Bismillah
Kebelakangan ini, setiap petang pasti hujan akan turun bersama-sama dengan kilat dan petir. Selepas memperlahankan kipas angin yang berputar ligat di atas kepala, terpandang buku Bagi Golongan yang Berpemikiran yang dikarang oleh penulis yang tidak asing lagi iaitu Harun Yahya. Buku ini memberi satu tarikan kepada saya untuk melihat keagungan ciptaan Allah di langit dan di bumi.

Tidakkah engkau lihat bahawa Allah menurunkan air hujan dari langit, lalu Dia jalankan air itu menjadi mata air dalam bumi, kemudian dengan air itu Dia tumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam warnanya, kemudian tumbuhan itu menjadi kering sehingga engkau lihat kuning warnanya kemudian Allah menjadikannya pecah-pecah. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi peringatan bagi orang-orang yang berakal.
(Surah Az-Zumar : 21)
Begitulah hebatnya segala ciptaan Allah. Setiap apa yang diciptakan bukan sia-sia, pasti ada fungsi dan kegunaannya yang tertentu. Kita telah didedahkan akan proses terbentuknya awan dan turunnya hujan sejak di bangjku sekolah lagi. Guru Sains begitu bersemangat menyatakan proses yang berlaku. Namun kita tidak pernah didedahkan perihal hujan ini berdasarkan ayat-ayat yang termaktub dalam Kitab suci Al-Quran. Sains dan Agama sememangnya tidak dipisahkan. Agama itu cara hidup kita.
Tahukah kamu? Setiap saat, berjuta-juta kubik meter air lautan diangkat naik ke atmosfera dan kemudian kembali ke daratan. Kitaran air gergasi ini tidak seorang manusia pun mampu melakukannya. Proses pengewapan dan kondensasi berlaku dengan kuasa Allah. Melalui pengewapan inilah kita memperolehi air. Setiap tahun 45 juta kubik meter air mengewap daripada lautan. Air yang menyejat dibawa oleh angin melalui daratan dalam bentuk gumpalan awan daripada lautan ke darat bagi kegunaan umat manusia.
Allah menurunkan hujan melalui kadar tertentu
Kadar yang dikaitkan adalah kelajuan sewaktu gugur ke muka bumi . Dalam ketinggian 1200 meter, sebuah objek yang mempunyai berat dam saiz yang sama dengan setitis hujan akan terus memecut dan jatuh ke tanah pada kelajuan 558 km sejam. Purata kelajuan titisan hujan hanyalah 15-20 km sejam.
Dianggarkan setiap saat, lebuh kurang 16 juta tan air menyejat daripada bumi sama dengan angka jumlah air yang jatuh ke bumi dalam setiap saat.
Fenomena hujan berlaku melalui pembentukan hujan yang berlaku dalam tiga peringkat.
1. pembentukan angin
2. pembentukan awan
3. terbentuknya air hujan
Walaupun air yang disejat itu masin namun apabila ia turun ke bumi dalam keadaan bersih suci.
Tanah yang gersang menjadi subur
Tumbuhnya tumbuh-tumbuhan
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahu Akhbar...
Begitulah apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Dengan kadar tertentu dan proses yang mengalahkan teknologi tertinggi di dunia ini. Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada..
Peringatan buat diri jua.

Dia yang menurunkan air dari langit di antaranya untuk minum kamu dan di antaranya untuk tumbuhan , di sana kamu mengembalakan ternakanmu. Dia tumbuhkan untukmu dengan air itu tanam-tanaman, zaitun, pohon kurma, anggur, dan bermacam-macam buah-buahan. Sesungguhnya pada demikian itu menjadikan tanda bagi kaum yang memikirkannya.
(Surah An-Nahl: 10-11)
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum ? Kamukah yang menerunkannya dari awan atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
(Surah Al-Waqiah :68-67)
(Surah An-Nahl: 10-11)
Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum ? Kamukah yang menerunkannya dari awan atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
(Surah Al-Waqiah :68-67)
Allah menurunkan hujan melalui kadar tertentu
Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit dengan kadar.
(Surah Az-Zukhruf: 11)
(Surah Az-Zukhruf: 11)
Kadar yang dikaitkan adalah kelajuan sewaktu gugur ke muka bumi . Dalam ketinggian 1200 meter, sebuah objek yang mempunyai berat dam saiz yang sama dengan setitis hujan akan terus memecut dan jatuh ke tanah pada kelajuan 558 km sejam. Purata kelajuan titisan hujan hanyalah 15-20 km sejam.
Dianggarkan setiap saat, lebuh kurang 16 juta tan air menyejat daripada bumi sama dengan angka jumlah air yang jatuh ke bumi dalam setiap saat.
Fenomena hujan berlaku melalui pembentukan hujan yang berlaku dalam tiga peringkat.
1. pembentukan angin
2. pembentukan awan
3. terbentuknya air hujan
Allah jualah yang menghantar angin (peringkat pertama), lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya kelompok-kelompok (peringkat kedua) . Lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya (peringkat ketiga). Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, mereka serta merta berasa gembira .
( Surah Ar-Rum: 48).
( Surah Ar-Rum: 48).
Walaupun air yang disejat itu masin namun apabila ia turun ke bumi dalam keadaan bersih suci.
Dan Kami menurunkan dari langit air yang bersih suci, untuk Kami hidupkan dengan air itu bumi yang mati serta memberi minum kepada sebahagian dari makluk Kami, khasnya binatang ternak yang banyak dan manusia yang ramai.
(Surah Al-Furqan: 48-49)
(Surah Al-Furqan: 48-49)
Tanah yang gersang menjadi subur
Dan di antara pentanda-Nya bahawa engkau lihat bumi itu kering apabila Kami turunkan air kepadanya, lalu bergerak dan bertambah tinggi. Sesungguhnya yang menghidupkan bumi itu ialah yang menghidupkan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
( Surah Fussilat : 39)
( Surah Fussilat : 39)
Tumbuhnya tumbuh-tumbuhan
Dan Kami turunkan dari langit air hujan yang penuh keberkatan dan Kami tumbuhkan kerannya kebun-kebun dan biji tanaman yang akan dituai.
(Surah Qaff :9)

Comments