tidak diduga

Sebelum ni saya pernah post satu cerita berkenaan barang-barang yang dibuang oleh ayah. Tetapi setelah berfikir dua tiga kali akhirnya, post itu hanya dijadikan sebagai simpanan peribadi sahaja bukan untuk semua..benarlah bahawa pengalaman mendewasakan kita. Rupa-rupakan disebalik ujian kehilangan barang-barang yang dianggap bernilai dimata sendiri namun bukan bernilai di mata orang lain baru-baru ini memberi persediaan mengahadapi ujian yang lebih kurang hebatnya dalam menguji kesabaran yang rapuh ini.

Tuhan sengaja menguji kita dengan ujian yang kecil dahulu sebelum dia memberi sesuatu ujian yang lebih hebat dan semestinya mempunyai hikmah yang
tersendiri

Setelah hampir tiga minggu meninggalkan bilik kesayangan yang telah dihuni selama 3 tahun di IPG ini, kini kembali untuk memindahkan semua barang yang berada di tingkat paling atas turun ke bilik yang baru. Namun alangkah terkejutnya apabila melihat semua barang kosong dek kerana bilik itu bakal didiami oleh adik-adik junior yang akan masuk tidak lama lagi. Fikiran ini mula kebingungan apabila melihat barang-barang yang disusun rapi hilang entah ke mana. Akhirnya saya membuat keputusan pantas mencari barangan tersebut di semua stor yang terdapat di blok.

Tanpa diduga akhirnya terjumpalah barang-barang tadi yang dicampak-campak tanpa belas kasihan ke dalam stor aras 3 dengan bersepahnya. Buku-buku berteraburan, beg-beg dan fail merata-rata. Setelah mencari-cari barangan, tidak semua barangan yang disimpan di bilik sebelum ini ada di dalam stor tersebut.

Jika sebelum ini barangan yang dibuang ayah telah berjaya menitiskan air mata namun kali ini semua itu alah bisa tegar biasa kononya. Tiada lagi air mata yang hendak keluar. Kerana peristiwa barangan yang dibuang dirumah telah berjaya menjadi satu antibody yang kuat bagi mengelakkan diri ini merintih untuk mendapatkan kembali barangan yang hilang.

Bukan mudah sebenarnya untuk menerima kenyataan ini sebenarnya..beg biru guru 1Malaysia yang dipenuhi barang-barang comel, hadih kawan-kawan, Selimut tebal wonderpet..cadar...bantal...beg sandang hitam...beg laptop...file-file pbs, statistic, resource math dll yang tidak diletakkan dalam kotak..semua hilang entah kemana. Tiada guna mengadu kepada penyelia asrama mahupun warden pasti jawapannya, kami telah memberi arahan kosongkan bilik. Mungkin salah faham berlaku antara kami dan penyelia asrama, sebelum ini kami mendengar uar-uar semua aras 4 hendaklah mengosongkan bilik tetapi arahan itu tidak begitu ditekankan kepada batch kami kami memandangkan batch kami ramai terpaksa berpindah keluar asrama kerana persediaan untuk menerima adik-adik baru yang bakal masuk. Namun saya terkecuali daripada senarai.

Namun begitu, selalu mengingatkan diri ini semua yang ada tidak akan kekal selama-lamanya. Semua yang ada didunia bukan milik kita yang kekal. Semuanya sementara.

Satu peringatan buat diri yang hina ini. SEJARAH... MENGAJAR KITA... MENJADI LEBIH DEWASA...bersedialah dengan apa yang berlaku..

Comments