NilaI sEbuAh LukISaN

sambil kemas barang lama tadi..sempat saya belek-belek barang-barang..mengenangkan kembali detik-detik ketika muda-muda dulu..hehhe..paling syok skali bile tengok barang-barang time sekolah dulu..setiap barang tu ada nilai dan kenangan yang tersendirian berhad..time dok belek-belek 2..tanganku terpegang satu file berwarna kuning yang agak besar saiznya ..satu persoalan mula muncul di fikiranku..file apakah ini?besar pelik jah...apabila saya buka file itu..dengan automatiknya bibir saya mengukir senyuman yang mempunyai seribu satu makna..
memang saya tidak sangka,file kuning itu tempat simpannya khazanah-khazanah seni saya..huhu
bila dilihat kembali khazanah lukisan saya itu memang rase nak gelak je kije..
cikgu PSV soh cari satu benda ,pastu kena lukis..saya pilih benda yg simple je..
sebatang pen ajaib..huhu
kemudian kene leraikan..lukis pulak...selepas itu..taraaa....satu pattern telah terbentuk..cantik tak saya design?

bukan itu je...kite org pon kene tulis abc cantik-cantik..

daripada sehelai kertas lukisan yg suci bersih..saya telah penuhkan dengan hasil kerje tangan saya..huhu...time syok-syok lukis...tak sedar lak tertinggal huruf J..hahhaa..kesian huruf j...dahla nama kelas saya 4 J..kesian J


haa....yg ni lukisan paling special..entah ape-ape..time last exam PSV, mase tu takde idea nak buat ape..hentam jelah belalang ape yang terlintas kat fikiran lukis je..hehehe..sedar-sedar siap jadi macam ni....cikgu yang jage exam time tu ada round tengok-tengok ape anak murid dieorg lukis...bile lalu tepi saya..cikgu tu senyum je...entah ape maksud yang tersirat dari senyuman tu..ermmm..
tak faham betul..apelah maksud disebalik lukisan ni...bak kata para peminat dan pencinta seni Lukisan itu Abstrak..hehehe

saya lukis satu kumpulan semut yang lengkap dengan senjata..ada mesin gun..dan ada bom tangan sekali beb...hahhaha..

time saya dok renung sambil sengih sorang-sorang ni..fikiran saya mula teringat akan saudara-saudara satu agama dengan kita yang sedang berjihad dan berperang..kalau semut ni besar pasti semut-semut turut serta berjihad di jalan Allah...nak bantu saudara-saudara islam di Gazaseorang wanita memegang gambar bayi cedera ketika menyertai bantahan di Berlin...bayangkan bagaimanakah perasaan ibu kepada bayi ini..alangkah sedihnya..hampir menitis air mata melihat keadaan mereka ini..
sabarlah saudara-saudaraku..ini ujian Allah..Allah akan memberi pertolongan kepada hamba-hambaNya yang beriman..


Apakah kamu menduga akan dapat masuk surga padahal belum datang kepadamu cubaan sebagaimana halnya (yang dialami) oleh orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncang pelbagai cubaan sehingga berkata Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya. "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" ingatlah pertolongan Allah amat dekat (QS Al-Baqarah [2]: 214).

Dan sungguh pasti kami akan menguji kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar (QS Al-Baqarah [2]:155).





Comments