Monday, February 13, 2017

Bengang

Harini hati menangis lagi..sekali dengn hidung menangis...

Ermm

Memang patut pemimpin belajar untuk menjadi pemimpin..nak jadi pemimpin bukan semudah ABC..walaupun sekadar memimpin sekolah rendah yang kecil..

Tak perlu kot nak memuji orang lain depan kita dan dalam masa sama merendah maruah kita.. 

Dah kalu bagi kerje kat aku je..tak.mampu nak buat memang la bunyi..kalu mampu takdenya nak bising...semua benda nak bagi kat kita buruknya semua kite..orang yang duk tenang je tak de kije dan kije biase..n ikut je kepala boleh la dipuji2..

Aku berkerja ikut pemimpin..kalu apa yg disuruh bende yang tak rasional dan kesan jangka panjang tak fikir memang ak bangkang..bangkang bukan sekadar bangkang..aku siap bagitau cadangan dan rasional sekali..sebab tu perlu meeting.

Nak jadi pentadbir sekadar nama baik tak payah..buat kerja sambil lewa..bende tak setel kita tolong tanya tuk setelkan kita lak yang dicop selalu tak leh bagi kerjasama..tak nak lah ak nak ungkit kerja2 ak menggunung dan pencapaian ak selama ni..kalu ckp pun korang tak nampak..yg nampakny aku membangkang je kerje..orang bangkang fikir long term effect la bro..korang tak nak fikir..aku tlong fikir



Korang kene terima kasih ada orang macam aku jom..kritik dan bagi idea..tak dak orang macam sampai sudah tuk level tu je..sampai bile..sampai lingkup result budak2

Sorry la sebab ni je tempat boleh lepas puas hati...

Rase nak beli tempat penumbuk tinju je nak lepas perasaan...

Dengan pengalaman sebelum ni ak ada..jangan harap aku mengalah..lagi korang cabar aku n push aku..jatuhkan aku..lagi tu la aku akan buktikan aku lebih baik dari itu..sebab aku tahu bile orang tegur means ada kelemahan..cari kelemahan dan baiki kelemahan aku akan jadi orang yang lebih baik..

Sakit hati..pedih hati letak tepi..just prove it..i can do it..

Silap orang la....heheh

Thursday, February 9, 2017

Prove It

Alhamdulillah bulan ini Tuhan berikan berita kesedihan dan kegembiraan.

Berkenaan dengan tajuk kali ini, saya ingin berkongsi keputusan peperiksaan saya yang membuatkan saya berfikir dan membuat refleksi sendiri.

Pada  7 Februari lepas keputusan peperiksaan saya bagi sem 3 telah keluar. Keputusan yang diperoleh membuatkan saya begitu gembira dan mengimbau kembali kenangan ketika belajar pada zaman degree dahulu.

Ketika itu pada awalnya saya sentiasa memperolehi keputusan yang tinggi dan pada suatu tahap saya abaikan prestasi pengajian saya. Saya bukanlah antara pelajar yang disukai oleh pensyarah.Selalu sahaja perasaan negatif muncul ketika itu. Dalam hati saya berkata, pensyarah pilih orang-orang cantik sahaja dan yang pandai sahaja. Hanya pelajar-pelajar tertentu sahaja yang pensyarah jabatan mengambil berat dan suka.

 Pernah suatu ketika dalam pertandingan INOVASI peringkat Institut, saya memperoleh anugerah Emas pada tempat Kedua namun sekeping gambar kumpulan kami pun tidak ditampal dijabatan. Sedangkan kemenangan yang diperoleh sekaligus melayakkan jabatan merangkul duit RM 1000 kerana paling banyak peserta jabatan kami peroleh skor yang tinggi. Gambar rakan-rakan kami yang memperolehi tempat ketiga dan saguhati terpapar untuk dipamerkan. Perkara-perkara kecil sebegini pun telah menyebabkan hati dah tak keruan dan rasa tersisih. Sebelum itu lagi, saya pernah menjadi pelajar yang tercorot dalam praktikum sewaktu orang lain memperoleh cemerlang. Sedangkan kesilapan berlaku tidak terlalu besar. Ayat yang menyebabkan saya ingat sampai sekarang pensyarah itu menyatakan Praktikum Semester 1 awak tak sepatutnya mendapat A kerana masih baru mula berpraktikum. Tapi saya mempertikai kenapa kawan-kawan saya layak sedangkan saya tidak, adakah disebabkan penampilan dan fizikal.

Pengalaman tersebut memberi makna dan membuatkan saya bersedia dengan cabaran akan datang. Kini pada tahun 2017 perkara yang sama berlaku. Ketika semua staf di sekolah saya memperoleh markah prestasi yang cemerlang, saya antara golongan yang tercicir daripada markah cemerlang dek kerana kata majikan saya kesilapan sistem. walaupun kesilapan sistem sekalipun perasaan rendah diri tetap berlaku,. Sedangkan saya merasakan tahun 2016 saya paling banyak ditaklifkan dengan pelbagai jawatan. Mungkin saya tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik kerana terlalu banyak. Alasan kesilapan sistem membuatkan saya redha dan keputusan itu juga tidak boleh diubah,

Benarlah orang kata pengalaman mengajar erti kehidupan. Pelangi juga akan muncul setelah awan mendung dan hujan,

Sehari selepas keputusan prestasi keluar, keputusan sem 3 keluar dan membuatkan saya begitu gembira. Tuhan membalasnya dengan memperoleh keputusan yang paling cemerlang pernah diperolehi.


Lihat pada subjek yang sama, cuma tahun yang berbeza 2011 dan 2016, isi kandungannya sedikit berbeza dan lebih mencabar dan saya buktikan saya mampu melakukannya. Alhamdulillah disebalik kesedihan markah prestasi yang mempunyai jurang yang tinggi dengan rakan sekerja yang lain ( kononnya kesilapan sistem) Tuhan hadiahkan sesuatu yang sangat berharga untuk disimpan sebagai satu kenangan. Subjek ini merupakan subjek paling digeruni bagi yang mengambilnya, Ketika saya memperoleh keputusan sebegini ada rakan kumpulan saya perlu mengulang subjek kerana universiti kami B- telah dikira gagal. Moga beliau dapat keputusan yang baik pada sem akan datang. 

Sebagai pendidik, kita tidak boleh memilih pelajar kita seperti memilih kain di pasar. Berilah kesamarataan dalam kasih sayang dan bimbingan, Rezeki Allah tidak pernah salah alamat. 

Coretan Hidup Mempunyai Seni yang Berbeza

Ramai kawan-kawan telah melangkah ke alam rumah tangga. Tahniah saya ucapkan pada kalian semua. Maaf dipinta sekiranya saya tidak dapat menghadiri majlis-majlis kalian semua. 
Melihat kawan-kawan yang mempunyai anak seorang atau dua orang ketika usia mereka sama dengan kita memang sesuatu yang sensitif bagi sesetengah orang. Tapi rezeki Allah tidak pernah salah alamat. Semuanya telah di atur. Bagi saya itu ada coretan hidup mereka kahwin awal dan mempunyai anak pada usia yang muda. Bagaimana pula dengan kita yang masih bujang ini? InsaaAllah pasti akan tiba pada waktu yang sesuai dengan kemampuan kita. Jangan bersedih.

sumber google


Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan mereka yang berkahwin lambat ini pasti akan mengisi masa lapangnya dengan sesuatu yang menarik dan mengikut minat tersendiri. Ada yang memilih untuk menggunakan wang yang ada untuk melancong melihat budaya orang lain dan mengutip pengalaman-pengalaman yang sukar diperolehi di negara sendiri. Ada juga yang memilih untuk membuka ruang diri berkecimpung dalam bidang keusahwanan. Selain itu, ramai juga yang menyambung pengajian ke peringkat seterusnya. 

Saya telah memilih untuk menyambung pengajian.

Belajar adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi saya. Kerana otak kita akan sentiasa bekerja dan berfikir sesuatu yang baru. Ilmu Allah ini terlalu luas, semakin kita belajar semakin kita haus akan ilmu. 

Ada yang tertanya-tanya mengapa saya memilih untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana. 

Alasan pertama saya adalah untuk mengisi masa lapang sebagai orang bujang. Dengan adanya program yang diprogram untuk kita, kita kurang membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kena ingatkan diri bahawa masa lapang adalah musuh utama bagi pemuda-pemudi. Kerana dengan adanya masa lapang yang tak digunakan dengan baik, kita kan menghampiri maksiat. 

Alasan kedua adalah dengan menambahkan ilmu dan kelulusan, kita tidak gusar dengan kebarangkalian-kebarangkalian perubahan sistem dan keperluan kerjaya pada masa akan datang. Dalam bidang pendidikan terutamanya.Pada suatu masa dahulu kementerian menekankan semua guru sekurang-kurangnya perlu mempunyai ijazah sarjana muda pada tempoh yang ditargetkan. Kini pada Tahun 2017, kita dapati sudah ramai guru sekolah rendah mempunyai kelulusan ijazah dan ramai juga yang mempunyai sarjana. Mempertingkan ilmu dan kelulusan diri menjadi satu keperluan dalam era memperoleh pekerjaan yang agak mencabar kini. 

Tidak mustahil suatu hari nanti guru-guru dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan sarjana untuk mengajar di sekolah. Pada ketika itu, kita mungkin sudah separuh jalan dalam alam pekerjaan dengan cabaran membesarkan anak dan menguruskan keluarga menjadi satu cabaran baru buat kita. Demi masa datang, persediaan yang lebih awal akan mengurangkan masalah pada masa akan datang. 

Ada yang menyatakan buat apa menyambung belajar sedangkan gaji daan pangkat tiada perubahan. Inilah yaang sentiasa meniti dibibir guru-guru. Bukan kerana wang yang dikejar, peningkatan ilmu itu  yang lebih penting. Namun tipulah kalau kita tidak memikirkan wang, dengan negara yang sedang sesak masalah ekonominya. Tidak mustahil suatu hari nanti perubahan-perubahan dasar dan pekeliling berlaku dan membolehkan guru yang mempunyai sarjana memperoleh peningkatan gaji. Sekadar angan-angan mat jenin. 

Cuma peringatan bagi mereka yang baru bercadang untuk menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan terutamanya ( kelulusan IPG atau pendidikan) pastikan;

1. Masih mempunyai minat untuk belajar, mendengar kuliah, membuat kerja kursus dll.

2. Meminati bidang dan kursus yang dipilih, Sebolehnya pilih kursus yang mempunyai kaitan yang paling rapat dengan bidang kita belajar ketika waktu degree.

3. Meminta kebenaran daripada pihak JPN untuk menyambung belajar. Sekiranya belum sah jawatan pastikan anda grad selepas sah jawatan (pandai-pandai susun jadua kalau tak sia-sia).

4. Perancangan kewangan bagi mereka yang tidak memperoleh biasiswa dari mana-mana pihak.

5. Memilih jadual kuliah yang bersesuaian dengan jadual kerja sekiranya belajar sambil kerja. Sekiranya cuti belajar tanpa rekod, jangan sia-siakan masa yang ada untuk habis pada masanya atau kata mudah GOT (grad on time).

6. Sebolehnya pilih universiti yang mudahkan urusan kita datang ke kuliah dan paling hampir dengan tempat kerja. Sekiranya tiada pilihan, itu adalah satu cabaran. Teruskan usaha.

Kita yang mencorakkan hidup kita.
Kita yang memilih jalan hidup kita.
Jangan membandingkan diri kita dengan mereka yang lain.
Rezeki masing-masing tidak sama. 

Nafas Baru

Alhamdulillah..akhirnya aku ingat password  email blog SUARA HATI ini. Sungguh hampir setahun meninggal blog usang ini kerana lupa kata laluan. Tahun ini menunjukkan tahun ke-9 kewujudan blog yang penuh kenangan.


Inshaa Allah aku akan luangkan masa untuk mencoret sedikit sebanyak pengalaman buat kenangan akan  datang.



Blog ini kebanyakannya bersifat peribadi, tiada paksaan untuk menerima atau tidak segala isi kandungan dan pendapat yang dikemukakan. 

Tuesday, November 24, 2015

rindu :(

Disaat sedang memikirkan cadangan tajuk kajian yang ingin dijalankan, terlintas difikiranku kisah-kisah lalu. Hampir 2 tahun aku meninggalkan tempat tarbiyyahku.

 Sungguh pantas waku berlalu.Kenangan dan pengalaman lalu membawa aku pada satu tahap pemikiran reflektif secara meonolog dalaman (ntah pape nk ckp).

Aku rindukan diriku yang lalu :(......
rindu sahabat-sahabat yang menegur pedas tapi manis pada pengakhirannya.

Manusia ini lemah dan sememangnya pelupa yang perlu sering diingati.

Ketika orang lain terus melangkah jauh dengan penuh matlamat dan cita-cita, ku dapat rasakan diri ini masih tidak berganjak. 

Apa yang dilakukan pasti Allah tunjukkan balasan terhadap perasaan yang lemah ini. Sungguh Allah Maa Penyayang. Andai hilang perasaan itu pasti itulah petanda aku makin jauh dariNya

Sungguh Aku Lemah

Sungguh Aku Lemah
Melalui denai kehidupan berliku ini,
Langkah demi langkah dengan calaran duri dosa

Sunggh Aku Lemah
Disaat bertenaga mendaki penuh impian
Disaat kehausan umpama tiada kudrat lagi

Sungguh Aku Lemah
Ungkapan-ungkapan terdahulu bagai hilang dibawa angin
Pasti akan ditanya kelak apa yang telah diungkapkan

Sungguh Aku Lemah
Disaat jiwa yang penuh harapan dan keinginan
Namun dengan matlamat yang kabur

Sungguh Aku Lemah
Berikan aku kekuatan untuk terus mencari Redha Mu
Dalam lemas mahu menggapai CintaMu

Sungguh Aku Lemah
Jelas perbezaan saat merasa kenikmatan CintaMu
Saat jauh dariMu ..

Sungguh Aku Lemah
Makin dirasa jatuhnya martabat yang Engkau  pinjam ketika dahulu
Kini terus tergapai-gapai
Mula diuji rasa kehinaan
Mula diuji rasa hilang keberkatan
Mula diuji indahnya dosa

Wahai Pemegang hati ini, Jangan Engkau balikkanya..
Moga ketaatan itu hingga akhir hayat

Friday, February 7, 2014

kanvas kehidupan

kanvas kehidupan ini pasti penuh dengan warna warni coretan takdir.

peristiwa dua tahun lalu..seperti baru berlaku semalam..tatkala ada yang mula menimbulkan kisah itu.. aku mula tersentuh..

jiwaku yang masih mentah ketika itu mungkin tidak dapat menerima realiti sebenar...kini baru ku sedari akan keseriusan perkara itu

itulah suratan takdir..Allah telah aturkn yang terbaik untuk kita..perkataan 'kalau' perlu dijauhi dariku..

jauh sudut hatiku berbicara akan perkara itu..

ku pohon doa dariMu ya Allah agar ketenangan itu milik kita semua..

Saturday, February 1, 2014

27 jamadilakhir 1410 H

tanggal 27 jamadilakhir 1410 H (24 jan 1990), bersamaan  hari rabu pukul 8.15 pagi..aku telah dilahirkan  oleh seorang ibu yang sungguh mulia.. emak dan abah yang aku sayang..

seronok dapat tahu tarikh dalam H..apa yang aku letak dalam diri..diri aku bukan hak mutlak sesiapa pun..walaupun keluarga sekali pun..tapi ia hak milik Allah..pergi dan kembali semua dibawah kuasa Ilahi..begitu juga diri orang lain.

Masa berlalu terlalu pantas,  pada 22 rabiulawal 1435 jumaat,(24 jan 2014)..oppss..salah..27 jamadilakhir 1435 (26 april 2014) umurku akan mencecah 24 tahun. "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"

24 tahun...

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahu Akbar..

aku bersyukur masih bernafas hingga saat ini..sedangkan sudah ramai sahabat-sahabatku telah menghadap Ilahi. Allah lebih menyayangi mereka..

diri kita..diri orang.. bukan hak mutlak sesiapa..siapa kita inginkan seseorang itu betul menjadi milik kita..kawan..rakan..sahabat..anak..ibu ayah..suami..isteri..siapa kita untuk memastikan mereka semua berada disamping kita saat suka dan duka..

namun ingatlah..sayangi seseorang sebelum dia pergi buat selama-lamanya..jangan sampai sayang itu keluar selepas ianya telah pergi...














Sunday, January 26, 2014

Lembutkanlah hatiku

sekeras2 hati manusia adalah lebih keras daripada batu..

jika batu..ia masih dapat melengkuk hanya dengan titisan air..

itulah hati yang unik



Ya Allah Tuhan yang menciptakan hati yang unik, pegangkanlah hati ini sebaiknya-baiknya..agar tidak berpaling dari rahmat dan agamaMu..Lembutkanlah hati kami untuk mendengar dan melaksana segala perintahMu..

Ameen...

Persiapkan Dirimu

semua orang mempunyai impian tersendiri..begitu juga saya.

Orang kata..sebagai guru pelatih..perlu ada persiapan soft skill untuk dibawa ke sekolah nanti.

jadinya time study dulu..(macam dah lama je habis study) adalah perancangan tuk bawa sesuatu di sekolah nanti.

salah satunya silat..tak tau kenapa saya suka dengan silat walaupun badan ni macam tak sesuai je..

time tu ada adik-adik junior yang ajak masuk..terus terima walaupun saya seorang wakil dari batch..kenapa saya masuk? sudah tentulah ada matlamat kan..bayangkan sorang-sorang senior..semua adik2 time tu..

yer..memang saya nampak dengan adanya soft skill ini..saya lebih nampak jauh matlamat saya time berada di sekolah kelak. Akhir- akhir ini melihat perkongsian senior dahulu yang menjadi silat sebagai salah satu medan dakwah dan tarbiyah...membuatkan saya terasa begitu teruja dan itulah matlamat saya..disamping memikirkan dengan adanya tenaga pengajar silat perempuan di sekolah, murid- murid perempuan tidak perlu  berguru dengan guru silat lelaki kebanyakannya.

Namun begitu perancangan Allah lebih baik..saya tidak lama dalam persatuan silat gayong..kerana ada sedikit masalah..saya yakin itu yang terbaik buat saya. Masih ada banyak cabang lain yang mampu saya terokai.

harapan saya pada semua guru pelatih fikirkan apa yang ada mampu menyumbang pada sekolah dan masyarakat. Tugas guru itu besar..terutamanya bagi mereka yang mengenal erti dakwah dan tarbiyyah..

Biar kita ke sekolah ada satu platfom yang mampu kita beraksi..


Wednesday, January 8, 2014

Hati Kita

teringat kata-kata seorang sahabat saya “ hati kite..kite yang kene jaga"

masalah hati ni memang sesuatu yang paling dasyat bagi saya..

bukannya masalah hati dengan lelaki pun..

masalah terasa hati..
masalah sensitif..

kesimpulannya ..selalulah beristighfar mintak bersih hati..

lagi banyak kite istighfar lagi banyak hilang titik hitam tu..

berdasarkan pengalaman..melarikan diri daripada masalah bukan sesuatu yang terbaik..

u must hadapi masalah itu dalam apa cara..laluilah walaupun berat..kadang- kadang kite perlu mengalah dalam sesetengah situasi..in shaa Allah yakin Allah bantu kite..

amalkan hasbunallah wani'mal wakil. salah satu ayat yang diajar oleh kakak naqibah (kak yana) masih saya amal hingga sekarang time mengalami kesulitan..


kembali pada point awal..walaupun kita rasa susah sangat nak hadapi namun kita tak sangka-sangka perkara kita telah hadapi secara tidak sedar (entah pape)

lawan kehendak kita..
bertolak ansur..
tawakal dan doa pada Allah..
amalkan doa rabhitah..
Dia yang Maha Mengetahui walaupun sehelai daun yang jatuh di tanah..

Allah takkan membebani hambaNya diluar kemampuan..

Jaga hubungan dengan manusia..
Jaga hubungan dengan Allah

Wahai Tuhan yang memegang hati-hati kami..tetapkanlah hati kami dengan agamaMu...jauhilah dari penyakit-penyakit hati..eratkan ukhwah antara kami dengan ikatan akidah..lapangkan lah hati kami..perbaikanlah akhlak kami.

pesanan buat diri yang hina ini jua..

Tuesday, January 7, 2014

^_^

Dia saat orang lain bekerja sementara sebelum posting...ku memilih berada di rumah...

Saturday, December 28, 2013

Bertemu & Menduga

ok nak share skit sal temu duga 24 Dis 2013 yang lalu

masuk bilik temu duga
bagi salam, assalamualaikum
masa masuk terus diberi arahan letak buku rph dan clear folder sijil atas meja panel

Part 1

Penampilan Diri

kami tak dibenarkan duduk sehingga diberitahu
sepanjang diri tu..panel tanye sal blazer, name tag n kasut

Name Tag:  Apa saiz sebenar name tag guru? saya orang first kene soal..nasib baik ada yang dah bagitau sebelum masuk bilik tu..agak berdebar jugak bagitau cepat2 7.5 x 2.5..tak cakap pulak cm ke inch ke ap..panel terus tegur la..ni la cikgu matematik..tak bagitau betul-betul sebab tu murid tak tulis betul dalam jawapan unitnya..terus kena..

jawapanya: 7.5 cm x 2.5 cm

Blazer : Apa beza blazer laki dan perempuan? lelaki tunggal dalam group kami terus jawab..blaze lelaki butangnya sebelah kanan, perempun berada sebelah kiri, time tu ada sorang perempuan pakai blazer laki terus kene...then soal lagi..cuba cek blazer kamu ada poket tak kat dalam..semua buka butang blazer then cek poket...sikit je ada poket yang lain xde...kene lagi..kat universiti tak belajar ke? Panel tanye..Blazer sebenar ada poket kat dalam kalau takde bukan blazer namenye..teruss...

Panel menduga lagi..lepas ni perlu cari saiz name tag dan blazer yang betul..kalau lah kamu diberi peluang interview lagi buat kali kedua..time ni akan berdebar jugak lah..

Kasut : kene lagi,..nape tak kilat..tenggelam banjir ke..sudah..sengih je la..sbb dah redah air depan pondok keselamatan tadi..

Part 2

Microteaching

Barulah kami dibenarkan duduk..lega..time nak duduk tu..kne buka butang blazer yer tu carenya...

Duduk je panel ucap selamat datang..then suh salah sorang daripada kami buat microteaching sal pendaraban..owh mmg fail sikit bab ni..pemalu katakan..nasib baik yang wakil lelaki itu sanggup..

Maka berlangsunglah microteaching...ahli group yang lain kne berlakon jadi murid..bab berlakon ni paling tak suke sebab memang tak suke berlakon tak berape nak spontan..time laki tu duk mengajar depan..mata ni duk tengok je kat panel duk belek2 RPH risau kot.ad skit2 yang tak lengkap..sikit je la..tapi berdebar gak..

habis je microteaching dari induksi hingga penutup, kami dikehendaki memberi pandangan, kelebihan dan kekurangan cikgu yang ajar tadi. saya orang first kerusi so pape saya yang kne tanye dulu...

start je bagi pandangan dan kekurangan..panel tadi menyampuk...boleh awak ajar kat depan nak betulkan apa yang Cikgu Shahrul ajar tadi..

owhh no...mmg tak suke part ni..tapi dengan bantuan Allah, secara automatik bangun terus ajar balik dan duduk tempat asal macam tak percaya boleh..lepas duduk ingat dah habis suh sambung pulak kelebihan cikgu tadi..lepas tu sorang2 kene jawab soalan yang sama tadi..

Part 3

Soalan 1: Boleh kamu nyatakan kepentingan buku RPH

Orang first lagi..mana tak berdebarnye...jawablah walaupun rasa soalannye mudah tapi bila bercampur berdebar macam-macam la jadinya..

Jika kita gagal untuk merancang , kita merancang untuk gagal
refleksi mengajar dll..

Soalan 2: Nyatakan Aspirasi Murid dalam PPPM

Walaupun dah baca..tak tau bagaimana boleh terhijab tak nampak nak jawab...nasib baik ada kawan sblah bagtau satu..tapi bila suh huraikan dengan pengajaran matematik dah mula blurr dah sbb point tu tak nampak langsung dan nak hurai jadi tergagap-gagap...moga dilembutkan hati panel tu...huh..


bukan saya sorang lupe..ada lagi yang lain...huhu...yang tak boleh jawab kena extra soalan...huraikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan..Panel komen, asyik2 JERIS2 yang sebenarnye ERIJ kami terima seadanya...papapun doakan kami semua lulus...Aminnnn....tengok jam rupe2nye 1jam 15 minit kami kene menduga...huhu...

Moga berjaya iv ini dan dapat diposting ditempat yang sesuai dengan kami dan mampu dilalui...

dan akhir sekali ...terima kasih sangat kepada mereka yang memberi semangat..special to suriani dan k,isma tq sangat kite sama2 redah..even akak sarat mengandung akak masih ingatkan saya..tq sangat...


Wednesday, October 30, 2013

Ada Apa Dengan Sebuah Penghormatan?

Ada apa dengan satu penghormatan? 


penghormatan itu luas maksudnya,

dihormati kerna akhlak, 
dihormati kerna kuasa,
dihormati kerna usia,
dihormati kerna pemikiran,

masih adakah rasa hormat antara kita?
Bagiku, 
Biar tidak diingati,
biar tidak disenangi,
biar diumpati,
tanggungjawab tetap digalas sepenuh hati,

Amarahku mungkin kadangkala terlampau,
namun disebaliknya penuh kasih sayang,
Jika engkau menyimpan rasa,
maafkanku kerna ku sayang kalian,
Jika tidak mampu,

nyata kalian belum cukup mengenaliku,


Jelas dan pasti ku cemburi pada yang pandai menyentuh hati,
dengan lemah lembut dan penyayang,
Jujur aku tak mampu seperti mereka,

Hati kecilku impikan sebegitu,

Disayangi,
Dirindui,
Dimanjai,

inilah dikatakan pentingnya pelbagai watak sebagai pelengkap kehidupan,
Jika semua berhati batu maka huru haralah dunia,
Jika semua berhati baldu maka huru hara jua dunia,
Caraku berbeza,

Bagiku untuk berjalan di tempat yang penuh onak dan duri ini,
perlunya ketegasan, perlunya kekuatan, perlunya jiwa yang kental,
Aku juga sedang berusaha membina kekuatan diri,
Jika sentiasa diusap-usap, 
sampai bila sukar untuk dilepaskan,

teruskan melangkah buat mereka yang mengaku pejuang
Jadilah seperti Uwais al Qarni yang tak terkenal di bumi tetapi menjadi terkenal dilangit...
Jadilah seperti Saad bin abi Waqas yang sanggup menjadi anak panah yang dilempar dimana sahaja


Moga Islam terus mekar di muka bumi


Tuesday, February 26, 2013

Praktikum Fasa 3: Kelasku 5 Usaha

Satu ujian yang berat bagiku untuk mendidik dan membimbing murid kelas belakang. Buat kali ke-2 saya perlu memegang murid kelas belakang. Saya tidak mahu menyatakan mereka merupakan murid kelas corot.

Mengajar konsep Matematik itu sukar sekiranya muridnya sudah Tahun 5 namun masih pada tahap Tahun 2. Saya difahamkan kelas 5 Usaha merupakan murid-murid PROTIM. Kebetulan baru-baru ini mereka baru sahaja menjalani Ujian PROTIM. Saya mengambil kesempatan untuk mengambil tahu akan perkembangan murid. Hanya 3 orang daripada 24 orang yang LULUS ujian PROTIM. Allah..satu ujian. Allah tidak akan uji sesuatu di luar kemampuan. Tambahan lagi ada murid pendidikan khas di dalam kelas ini. Penekanan yang berbeza yang berikan kepadanya. Kesian melihatnya yang sepatutnya melalui pendidikan khas namun diletakkan di arus perdana.

Minggu sudah masuk minggu ke-6 mengajar mereka. Sedang tercari-cari adakah mereka mempunyai sedikit perubahan terhadap pembelajaran Matematik. Seharusnya saya perlu melaksanakan kajian berkaitan terlebih dahulu :

  1. Perasaan dan minat mereka terhadap Matematik terlebih dahulu barulah saya dapat mengenal mereka dengan lebih dekat. 
  2. Mendapatkan data prestasi murid berdasarkan ujian-ujian sebelum ini.
  3. Hadam akan latar belakang murid
Murid kelasku yang terdiri daripa orang asli Tanjung Sepat dan murid melayu memberi satu kelainan bagiku. Saya perlu pandai menarik minat kedua-duanya.

Bayangkan ketika mengajar tambah dan tolak masih ramai yang belum mengusai konsep tambah dan tolak asas dengan baik. Inikan pula darab dan bahagi.

Namanya Rozanizal. Pemulihan melalui bongkah kayu.

Saya masih terfikir bagaimana berlakunya proses penerimaan maklumat dan pengeluaran maklumat yang diperolehi daripada saya. 
There was an error in this gadget

Kenali Diriku

Click to view my Personality Profile page