Apabila kita ditakdirkan menjadi seorang pemimpin, jangan kita ambil mudah hal ini. Kita perlu sedar ia bukan sekadar gelaran tapi ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah. Seperti mana kita tahu, sememangnya memegang amanah ini sesuatu yang amat berat. Hati sentiasa takut sekiranya tidak mampu melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik. Namun niat yang ikhlas dan semangat yang gental mampu memupuk hati untuk teruskan berusaha memperbaikinya.
Dalam melaksanakan tugas seorang pemimpin, kita haruslah memahami terlebih dahulu akan pengertian tugas seorang pemimpin. Semua insan di muka bumi ini idamkan seorang pemimpin yang cerdik,baik, amanah, bertanggungjawab, memahami perasaan dan menyampaikan sesuatu yang baik.
Sifat-sifat Rasul harus diterapkan dalam diri seorang pemimpin
Shiddik...(benar)
apabila bicara ia benar,
apabila berkata ia betul,
melakukan perkara yang baik.
amanah..
bila diberi kepercayaan dan tanggungjawab,
dilaksanakan dengan baik,
mengambil berat akan tanggungjawab yang dipikul,
adil dalam laksanakan pemerintahan
fathonah...(bijak)
berfikiran cerdas dan pantas,
menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak,
pemimpin yang bijak membentuk ummah yang unggul.
Tabligh...(menyampaikan)
sentiasa menyuruh kearah kebaikan,
membimbing yang lemah,
dakwah tujuan utama,
menunjukkan contoh yang baik.
ingatlah...
Menjadi pemimpin merupakan tugas yang mudah, tetapi melaksanakan tugas
sebagai pemimpin yang telah diamanahkan Allah dengan pelbagai tanggungjawab,
itu amat berat untuk dilaksanakan dengan betul. Menerima, menjaga dan
melaksanakan amanah ini perlu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh kerana
tugas ini amat berat dan akan dipersoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.
p.k.kuliah ppismp
Comments