“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
Al-Hujurat ayat 13
Bak kata pepatah Arab, "Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Itulah ibaratnya lumrah kehidupan manusia dalam persahabatan. Memang tidak dinafikan lagi memilih seseorang sahabat atau teman itu sangat penting kerana sahabat sangat mempengaruhi gaya hidup dan keperibadian kita. Allah telah memberi akal kepada kita untuk memilih yang mana buruk yang mana baik, jadi gunakanlah sebaiknya dalam memilih sahabat. Seperti mana kita tahu, golongan remaja terutamanya banyak menghabiskan masa bersama sahabat atau teman berbanding dengan keluarga. Di luar kawalan dan pandangan ibu bapa ini sudah pasti macam perkara ingin dilakukann. Dalam hal ini sahabat la menjadi aspek penting dalam membentuk keperibadian seseorang itu. Jika tersilap memilih teman sudah pasti rosaklah kita
“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Ciri-ciri Sahabat Yang Baik
Al-Hujurat ayat 13
Sedarkah kita bahawa dalam Islam sememangnya amat menitik berat akan faktor untuk memilih kawan. Amat ganjil kedengaran sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kawan. Setiap insan pasti mempunyai teman dalam hidupnya. Allah juga telah menciptakan makhluknya di atas muka bumi ini secara berpasang-pasangan. Selain keluarga, sahabatlah merupakan orang yang paling rapat dengan kita.
Bak kata pepatah Arab, "Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Itulah ibaratnya lumrah kehidupan manusia dalam persahabatan. Memang tidak dinafikan lagi memilih seseorang sahabat atau teman itu sangat penting kerana sahabat sangat mempengaruhi gaya hidup dan keperibadian kita. Allah telah memberi akal kepada kita untuk memilih yang mana buruk yang mana baik, jadi gunakanlah sebaiknya dalam memilih sahabat. Seperti mana kita tahu, golongan remaja terutamanya banyak menghabiskan masa bersama sahabat atau teman berbanding dengan keluarga. Di luar kawalan dan pandangan ibu bapa ini sudah pasti macam perkara ingin dilakukann. Dalam hal ini sahabat la menjadi aspek penting dalam membentuk keperibadian seseorang itu. Jika tersilap memilih teman sudah pasti rosaklah kita
“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Ciri-ciri Sahabat Yang Baik
- Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
- Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
- Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
- Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
- Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Comments