Malu sifat seorang muslim

Seseorang yang bergelar perempuan pada suatu ketika dahulu sememangnya sinonim dengan sifat malunya. Namun hakikatnya kini, sifat malu itu semakin hari semakin pudar. Apakah sebab yang menjadikan sifat malu ini semakin menghilang? Adakah kerana pemakanannya?Adakah kerana perbuatannya?Adakah dari pergaulannya?Kita sama-sama fikirkannya.Malah ada yang menyatakan sesiapa yang mempunyai sifat malu ini pengecut dan ketinggalan zaman,terutamanya dari sudut penampilan diri.Bagi mereka yang masih setia dengan baju kurung dikatakan kolot dan sebagainya. Suara Hati berani menyatakan perasaan malu ini membantu kita menjaga kehormatan diri dan membentuk peribadi yang baik.

Sedarlah wahai insan yang bergelar muslim, salah satu sifat seorang muslim ialah barsifat malu dengan semua keadaan, tetapi sifat malunya tidak menghalang beliau daripada memperkatakan kebenaran. Malu juga harus bertempat. Sebagai seorang pendidik terutamanya tidak perlu malu untuk menegur dan mendidik para pelajar.
Malu yang dimaksudkan ini ialah malu kerana tidak menjaga dan menahan pandangan, malu kerana malas, malu meninggikan suara, malu mendedahkan aurat dan sebagainya.

Telah diriwayatkan bahawa Rasulullah lebih pemalu dari seorang gadis remaja:
"iman itu lebih dari tujuh puluh atau lebih dari enam puluh cabang yang paling afdal ialah kalimah Lailahaillallah dan paling rendah ialah membuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari jalan dan malu itu satu cabang dari iman"
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Para ulama' telah mengatakan
"Sifat malu pada hakikatnya ialah sesuatu sifat yang mendorong seseorang meninggalkan perkara yang buruk dan menghalang beliau daripada mencuaikan hak orang lain."

Oleh itu amat wajarlah kita memupuk sifat malu dalam diri ini apabila ingin melakukan perkara-perkara yang mungkar.
Jika malu berdua-duaan dengan bukan muhrim sudah tentu tidak berlakunya zina.
Jika malu bergaul bebas lelaki dan perempuan sudah tentu tidak berlakunya maksiat.
Jika malu mendedahkan aurat sudah tentu lelaki dapat menjaga pendangan matanya.
Jika malu menunjuk-nunjuk akan harta kekayaan sudah tentu tidak berlakunya kes kecurian.
Jika malu ingin melakukan dosa sudah tentu syaitan akan menangis setiap hari kerana usahanya tidak menjadi.

renung-renungkanlah....

Comments