MaThEMaTicS In Al-Quran..NuMbEr 19

Mathematical analysis of Qur'anic text

Starting in 1969, Khalifa used computers to analyze the frequency of letters and words in the Qur'an. In 1974 he claimed that he discovered an intricate numerical pattern in the text of the Qur'an involving the number 19 mentioned in chapter 74 of the Qur'an.

Khalifa's research did not receive much attention in the West. The first comment appeared in Scientific American of September 1980, p. 22. Martin Gardner wrote of Khalifa's initial publication in the West: "It's an ingenious study of the Quran." Gardner later wrote a more extensive review of Khalifa and his work.[1]

Many popular magazines and newspapers in the Muslim world reported his discoveries. Khalifa's first publicized report appeared in the Egyptian magazine Akher Sa'a (January 24, 1973). Updates of his research were subsequently published by the same magazine (November 28, 1973 and December 31, 1975). Many other magazines and newspaper articles by and about Khalifa appeared throughout the world in many languages.


Kitab suci umat Islam, Al-Quran bukan sahaja mengandungi keindahan dan kesempurnaan dari sudut bahasanya, tetapi juga telah berjaya membuatkan para saintis dan pengkaji-pengkaji seluruh dunia terkejut dan terpegun dengan keajaibannya dari sudut ilmiah.

Seorang sarjana pertanian Mesir, Rashad Khalifa telah menemukan satu kod Matematik yang mengandungi rahsia Al-Quran yang tidak terungkap berabad-abad lamanya. Setelah melakukan kajian dan penyelidikan selama bertahun-tahun dengan bantuan komputer, beliau membuktikan surah serta ayat-ayat di dalam Al-Quran mempunyai gandaan angka 19. Penemuannya itu adalah inspirasi setelah melakukan penafsiran dari surah Al-Muddatstir, ayat 30-31:

Firman Allah yang bermaksud: “Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga). Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab dan orang-orang mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): “Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?”. Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang dikehendakiNya dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia”.

Profesor Dr. Hamka di dalam bukunya, Tafsir Al-Azhar menyatakan bahawa orang-orang kafir, terutamanya Abu Jahal mengejek Baginda apabila mendengar ayat tersebut. Orang-orang kafir menyangka penjaga neraka hanya ada sembilan belas. Ia sebenarnya adalah perumpamaan dari Allah S.W.T. yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Berikut adalah beberapa penemuan Rashad Khalifa pada 1976 dan didedahkan pada umum di Pameran Islam Sedunia di London:

1) Apa yang diketahui bahawa setiap surah di dalam Al-Quran sentiasa dimulai dengan bacaan “Bismillahirrahmanirrahim”. Bacaan tersebut terdiri daripada 19 huruf atau 19 X 1 (di dalam bahasa Arab).

2) Bacaan “Bismilah” terdiri daripada beberapa kelompok kata: Ismi, Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahiim. Hasil kajian menunjukkan jumlah masing-masing setiap kata-kata tersebut di dalam Al-Quran sentiasa merupakan gandaan 19.

(i) Jumlah kata ‘Ismi’ di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 19 kali (atau 19 X 1).

(ii) Jumlah kata ‘Allah’ di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 2, 698 kali (atau 19 X 142).

(iii) Jumlah kata ‘Ar-Rahman’ di dalam Al-Quran telah dijumpai sebanyak 57 kali (atau 19 X 3).

(iv) Jumlah kata ‘Ar-Rahiim’ di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 114 kali (atau 19 X 6).

Mengikut beliau, apabila faktor pendarabannya dijumlahkan maka terhasil jawapan yang merupakan gandaan 19 juga: 1 142 3 6 = 152 (atau boleh disebut di dalam 19 X 8).

3) Jumlah keseluruhan surah-surah di dalam Al-Quran berjumlah 114 surah iaitu bersamaan dengan 19 X 6.

4) Bacaan “Basmallah” di dalam Al-Quran dijumpai sebanyak 114 (19 X 6), iaitu sebanyak 113 kali ditemukan sebagai pembuka surah kecuali surah yang ke-9 (At-Taubah), manakala sebuah lagi ditemui pada surah yang ke 27 (An-Naml), ayat yang ke-30.

Surah yang ke-9 tidak dimulai dengan bacaan “Basmallah” kerana isinya merupakan ayat-ayat perang. Dalam surah ke-9 ini kebanyakan isi bicaranya adalah tentang pernyataan pemutusan perjanjian damai dengan kaum musyrikin kerana pengkhianatan mereka. Bagi surah yang ke-27 terdapat kisah mengenai penyerahan diri Ratu Balqis oleh Nabi Sulaiman a.s.

Terjemahan Surah ke-9 ayat 3: “Dan (inilah) pemakluman Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji akbar, bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir (bahawa mereka mendapat seksa yang pedih).”

Terjemahan Surah ke-27 ayat 29-31: “Berkata ia (Balqis): “Hai pembesar-pembesar, sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sebuah surat yang mulia. Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri.”

Pada surah yang ke-27 ayat: 30 tempat ditemui kalimah “Basmallah”. Apabila bilangan surah dan ayatnya dijumlahkan, maka hasilnya merupakan gandaan 19 iaitu 27 + 30 = 57 (19 X 3).

Jika diteliti, kita dapat melihat perkaitan yang menarik di antara surah ke-9 dan surah ke-27. Surah ke-27 merupakan surah yang ke-19 jika dikira dari surah ke-9.

Surah yang ke: 9, 10, 11, 12,…25, 26, 27

Urutan surah: 1, 2, 3, 4,…17, 18, 19

Berdasarkan fakta di atas, apabila bilangan-bilangan surah ini dijumlahkan bermula dari surah ke-9 hingga 27:

9 + 10 + 11 + 12 +…+ 24 + 25 +26 + 27 menghasilkan jumlah 342 (atau 19 X 18).

Wahyu pertama (surah ke-96, ayat 1-5) terdiri daripada 19 kata (atau 19 X 1) dan 76 huruf (atau 19 X 4). Wahyu kedua (Surah ke-68, ayat 1-9) terdiri daripada 38 kata (atau 19 X 2). Wahyu ketiga (Surah ke-73, ayat 1-10) merangkumi 57 kata (atau 19 X 3). Wahyu terakhir (Surah ke-110) merangkumi 19 kata (atau 19 X 1). Ayat pertama surah ke-110 tersebut terdiri daripada 19 huruf (atau 19 X 1). Wahyu yang pertama kali menyatakan keesaan Allah S. W. T. Adalah wahyu yang ke-19 iaitu Surah ke-112 (Al-Ikhlas). Surah ke-96 (wahyu pertama), jika dikira dari belakang Al-Quran merupakan surah yang ke-19.

Surah yang ke: 114, 113, 112, 111,…

Urutan surah ke: 1, 2, 3, 4,…, 17, 18, 19.

Bukti-bukti di atas menunjukkan Al-Quran telah tersusun rapi dan indah. Al-Quran juga telah disusun mengikut perhitungan sistem kunci yang sistematik (interlocking system), sesuai dengan maksud dari Surah ke-85, ayat 20 yang bermaksud: “Allah telah mengepung/mengunci mereka dari belakang.”

Nombor 19 merupakan salah satu nombor prima (prime number) iaitu nombor yang tidak dapat dibahagi dengan apa-apa nombor sekali pun melainkan dengan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, keistimewaan tersebut seolah-olah melambangkan sifat Allah S.W.T. yang MAHA dan tiada tolok bandingnya kepada sesiapa dan apa sekalipun kecuali bagi diriNya sendiri. Firman Allah di dalam Surah Al-Ikhlas, ayat 3 yang bermaksud:

“Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan.”

Nombor 19 terdiri daripada angka 1 dan 9 di mana angka 1 merupakan bilangan pertama sekali dan angka 9 merupakan bilangan terakhir dalam sistem kiraan. Keistimewaan tersebut jelas membuktikan sifat Allah S.W.T. yang Maha Awal dan Maha Akhir. Di dalam Surah Al-Hadid, ayat 3 yang bermaksud:

“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Angka 1 boleh melambangkan sifat Allah S.W.T. yang Maha Esa. Ini dapat dilihat di dalam Surah Al-Ikhlas, ayat 1 yang bermaksud:

“Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa.”

Angka 9 yang diertikan sebagai angka terbesar melambangkan salah satu sifat Allah S.W.T. yang ke-38, “Maha Besar”.

Nombor 19 adalah satu kod Matematik yang berlatar belakang susunan huruf Al-Quran. Ia merupakan satu fenomena unik dan sekaligus membuktikan bahawa Al-Quran merupakan wahyu dari Allah S.W.T. dan bukannya karya atau tulisan dari manusia biasa. Otak manusia tidak akan mampu mencipta karya-karya, huruf-huruf serta perkataan-perkataan mengikut satu kod Matematik yang sekaligus membawa tema yang utama.

Nombor 19 juga berfungsi sebagai pemeliharaan ketulenan serta keutuhan Al-Quran. Nombor 19 boleh digunakan untuk menentukan apakah kitab Al-Quran ini mengandungi kesilapan ataupun tidak. Caranya daengan menghitung kata-kata krusial yang jumlahnya dalam Al-Quran digandakan dengan nombor 19. Ia kemudian dibahagi pula dengan nombor hasil hitungan 19.

Maka, dengan cara itu kita dapat melihat bahawa Al-Quran tetap asli sehingga ke akhir zaman. Ia juga membuktikan bahawa Allah S.W.T. merupakan Pencipta bagi sekalian alam ini. Firman Allah di dalam Surah Al-Fushshilat, ayat 42 yang bermaksud:

“Yang tidak datang kepadanya (Al-Quran) kebatilan baik dari depan mahupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.


Comments