pemuda pemudi bangsaku

bismillah.....

adik punya pasal kakak sanggup buat apa-apa saja...
punyalah lambat tunggu Bank Islam buka tadi,nak ambil nombor turn pun kena tunggu berjam-jam,pegawai kat situ cakap kol 11 baru boleh ambil nombor,tapi kol 12 lebih pon tak leh ambil lagi..sabar jelah belalang..dah dapat nombor kene beratur lak..letih-letih tapi adik punya akak sanggup tunggu...lepas bayar yuran kat bank tu kami berdua pergi jalan-jalan kat stesen bas lama , adik nak gunting rambut kat situ...agak lama jugak kene tggu die,ramai sangat org ..memang hari ini hari yang menguji kesabaran..memang tak dapat nak nafikan lagi penantian itu satu penyeksaan..time duk tggu adik siap gunting,sempat saya cuci mata tengok orang lalu lalang kat situ..hehhe...rmai sangat orang kat stesen hari ni,mklumlah hari pertama tahun baru..macam2 ragam org saya tengok..paling rmai yg ada kat situ adalah remaja atau pemuda pemudi satu bangsa dan agama dengan kita..sedih rasenya apabila tengok dieorg sume mcam tidak ada rasa malu langsung..pakaian,pergaulan,percakapan sungguh memalukan..nauzubillah..mintak jauh sangat keluarga dan sahabat-sahabat saya jadi macm tu..ermmm..saya berasa sangat bertuah kerana Tuhan belum menarik balik semua perasaan malu dalam diri saya. Bila hilangnya rasa malu dalam diri,macam perkara boleh jadi..


gambar hiasan


Suara hati sering tertanya-tanya,bilakah pemuda pemudi bangsa kita ini akan tersedar daripada tipu helah dunia ini? hati ini sentiasa menangis apabila melihat keadaan anak-anak muda sekarang. mereka mengambil jalan mudah mudah tanpa memikirkan masa yang akan datang. Mengapa mereka masih melalui jalan yang gelap itu mereka tahu sekiranya mereka melalui jalan itu,mereka pasti akan terlanggar atau tersungkur jatuh apabila terkena apa-apa halangan yang menghalang perjalanan itu. Beginilah jadinya sekiranya mereka memilih kebahagian di dunia yang hanya sementara itu tanpa memikirkan bahawa adanya kehidupan lain yang kekal selama-lamanya.

Sudah cukupkah bekalan kita untuk kehidupan yang akan datang? Sejak semalam Suara hati terfikir-fikir apakah berita yang akan terkeluar mengenai sambutan tahun baru di negara kita ini. Berita gembira atau sedih yang akan keluar pada hari pertama tahun baru ini..
Hakikatnya memang betul firasat Suara hati berita sedih yang banyak terpacul keluar dari mulut-mulut pembaca berita. Hancur remuklah hati kedua ibu bapa kepada insan-insan terlibat apabila mendengar berita-berita ini. Hal ini boleh dijadikan perkara biasa yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini ketika sambutan tahun baru diadakan.


KUALA LUMPUR: Seorang penyampai berita tv swasta dan seorang pelakon wanita adalah antara 26 orang yang ditahan dalam pesta seks dan dadah bagi meraikan kedatangan tahun baru di sebuah bilik hotel di Jalan P Ramlee di ibu negara, di sini, awal pagi tadi.

Operasi jam 3.30 pagi yang diketuai Asisten Superintendan Mahani Ahmad dari Bahagian D7 cawangan maksiat, judi dan kongsi gelap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) itu turut mendapati pembaca berita wanita dan pelakon itu positif dadah.
Mahani berkata serbuan di sebuah bilik di tingkat 11 itu turut menemui pelbagai jenis dadah seperti ketamin, kokain dan syabu serta minuman keras.

Semua 26 yang ditahan berumur 18 hingga 31 tahun dan sembilan daripadanya iaitu enam lelaki dan tiga wanita positif dadah, katanya ketika di sini hari ini. Beliau berkata pembaca berita wanita itu gagal dalam saringan pertama ujian air kencing yang didapati positif dadah jenis ketamin dan syabu. Mahani berkata turut ditahan dalam serbuan itu seorang pelajar dari sebuah kolej swasta di Kelana Jaya berusia 20 tahun yang dipercayai ejen pembekal dadah.

Katanya ketika serbuan
tiga pasangan berada di atas katil manakala selebihnya sedang berhibur dalam keadaan separuh sedar dipercayai mabuk.
Difahamkan pesta seks dan dadah itu dianjurkan oleh dua lelaki dan semua mereka berkenalan di dalam kelab dan melalui rangkaian laman web friendster.
Semua mereka yang ditahan dibawa ke IPKKL dan sembilan yang positif dadah disiasat di bawah Sekyen 15 (1)9(a) Akta Dadah Berbahaya 1950.

Sementara itu, sambutan malam tahun baru di Bukit Bintang tercemar apabila kira-kira 40 orang ditahan atas pelbagai kesalahan. - Bernama


Bukan tempat-tempat ini sahaja yang berlaku perkara-perkara yang dimurkai Allah ini,namun masih banyak lagi tempat-tempat yang lain yang tidak dapat dihidu oleh penguatkuasa agama. Berkemungkinan besar banyak tempat penginapan,chalet dan hotel sentiasa laris pada musim perayaan tahun baru ini. Bukan itu sahaja,kelab-kelab malam pun penuh dengan adanya pesta tari menari. Suara hati tidak sanggup mendengar berita 3 atau 4 bulan lagi disahkan rmai yang mencuci rahim di klinik-klinik terbabit dan berita 9 bulan akan datang pula banyak bayi-bayi awal tahun dijumpai.Dimanakah nilai diri seorang insan yang menggelar dirinya sebagai seorang islam. Salah siapakah ini?Masing-masing menuding jari sesama sendiri.Hingga bilakah berakhirnya perkara yang dibenci Allah ini.

Suara hati berbisik, sehingga iman di dalam diri seseorang itu teguh disisi agama dan perkara ini akan berakhir sekiranya umat kita melakukan kebaikan dan mengcegah kemungkaran.. Kita berada di bumi Allah,semua di alam semesta ini kepunyaan Allah hatta tubuh badan kita sendiri kepunyaan Allah.Begitu besar nikmat yang diberi ini...bukan balasan harta benda dan wang ringgit yang diminta tetapi tidak lain tidak bukan Allah hanya meminta kita membalasnya dengan mengabdikan diri dengan menyembah-Nya. Mukmin sejati merupakan muslim yang mempunyai keimanan yang tinggi disamping Allah

"Negara kita kita semakin maju jadi kita mestilah setanding dengan dengan negara-negara maju yang lain. Apa salahnya kta berpesta,berseronok,berparti,konsert dan hiburan-hiburan yang lain untuk meraikan perayaan tahun baru ini, tak standard r..kalu tak buat semua ni"....ayat-ayat inilah yang mungkin biasa disebut oleh sebahagian anak-anak muda sekarang. Inikah dinamakan negara Islam Hadhari? sesuaikan perbuatan-perbuatan ini berlaku di negara yang dibangga-banggakan dengan negara Islam yang dihormti? Tepuk dada tanya diri kita sendiri.

Negara jiran kita pon tidak kurang hebatnya sambutan awal tahun mereka,60 maut dan 212 cedera kebakaran di kelab malam Bangkok. Sanggupkah kita mengalami seperti ini?Mati dalam keadaan lupa dan alpa kepada Allah dan ketika sedang berfoya-foya.Sempatkah kita bertaubat pada ketika itu? Hanya Allah yang tahu. Nauzubillah.

ingatlah wahai pemuda pemudi bangsaku "dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir" HR Muslim



Begitu bahayanya zaman teknologi maklumat ini,tersilap guna manfaat yang dibrikan ini mampu merosakkan akidah kita. Rangkaian friendster juga dilibatkan dalam perkara ini.Berhati-hatilah saudara-saudaraku. Sememangnya masyarakat sekarang terutamanya remaja rmai yang amat minat menggunakan rangkaian ini. Berkawan tiada salahnya tetapi kita seharusnya pandai memilih kawan. Kita diberikan akal khas untuk berfikir yang mana buruk yang mana baik,gunakanlah sebaik-baiknya.

”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” ( Al Imran ayt 118).



Comments