SuArA HaTi~1 PeRbanDinGAn....... Kita dan Mereka

pagi kita dikejutkan dengan kicauan burung,
pagi mereka dikejutkan dengan dentuman bom,

tengah hari kita dihidangkan pelbagai sajian,
tengah hari mereka dihidangkan rumput yang layu,

malam kita dibuai mimpi indah,
malam mereka dibuai mimpi ngeri yang realiti,

minuman kita jus buah-buahan,
minuman mereka linangan air mata

ketika kita bersuka ria dengan hilai tawa,
mereka sedang bersedih dengan rintihan dan tangisan,

anak-anak kita seronok menonton tv,
anak-anak mereka meratap atas kematian ibu bapa,

remaja kita lalai dengan hiburan,
remaja mereka berjihad pertahankan agama,

ibu bapa kita sedang sibuk mencari rezeki,
ibu bapa mereka sedang sibuk mencari anak dibawah runtuhan,

bukankah Pencipta kita sama dengan Pencipta mereka?
bukankah Agama kita sama dengan Agama mereka?
bukankah kita satu saudara, yang bermulanya asal usul daripada Adam dan Hawa?

Mengapakah kebanyakan kita tidak merasai keperitan yang mereka alami...
kita masih mampu nak berhibur...
kita masih mampu bersuka ria...
kita masih mampu membazir makanan...
kita masih tidak bersyukur dengan apa yang kita ada..

Comments