SuAra HAtI~4


Al-Fatihah....Ajal maut itu di tangan Tuhan, itulah kata-kata yang biasa dapat kita dengar apabila berlakunya peristiwa kematian. Suara Hati memang tidak sangka dalam jarak masa kurang dari 12 jam, 2 roh keluarga kami telah dipisahkan daripada jasadnya. Pada pagi semalam mendapat panggilan dari kakak menyatakan bapa saudara kami telah meninggal dunia, hati hanya termenung seketika seorang yang masih berupaya tiba-tiba telah dijemput untuk pulang kepada Penciptanya. Kalau nak diikutkan tiket untuk pulang ziarah memang sudah habis kerana kebetulan esok cuti perayaan Tahun Baru Cina akan bermula. Dengan itu Suara hati mengambil keputusan tidak pulang ziarah. Semalam ketika pejumpaan blok yang diadakan selepas Maghrib, Suara hati mendapat satu panggilan telefon lagi yang menyatakan sekarang giliran atok pula telah dijemput pulang ke Rahmatullah. Kakak memberitahu bahawa atok meninggal semasa ahli keluarga yang lain sedang mengebumikan arwah bapa saudara di Kelantan. Setelah selesai simpan Pak Ngah, semua bergegas pulang ke Setiu untuk menguruskan jenazah atok.Kesedihan mula berkumpul dihati kecil ini memikirkan mak saudara yang telah kehilangan 2 orang tersayang dalam hidupnya, ayah dan suami tercinta. begitu besar ujian dan dugaan Allah berikan kepadanya. Allah jua ada berfirman kita akan diuji dengan musibah kematian. Sabarlah perkara yang paling penting perlu ada dalam diri kita ketika berada dalam situasi ini. Namun itulah hakikatnya, setiap yang hidup pasti akan mati jua suatu hari nanti. Semoga Roh kalian berdua akan dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa-dosa yang dilakukan sepanjang pejalanan di dunia ini dan ditempatkan dalam kalangan orang - orang yang soleh. Kita sebagai insan yang masih diberi nikmat untuk bernafas di alam dunia ini harus menjadikan peristiwa-peristiwa ini sebagai pengajaran, muhasabah dan mengingatkan kita bahawa kita tidak dapat jangka bila kita akan mati. Ingatlah doa anak-anak soleh, amal dan sedekah jariah lah yang menjadi teman kita sampai akhirat kelak. Berbuat baiklah kepada Ibu bapa ketika mereka masih hidup dan jika mereka sudah tiada sentiasa bekalkan mereka doa-doa dan bacaan ayat-ayat Al-Quran kepada mereka sebagai Teman mereka di sana..wallahualam..

Comments