SuAra HAtI~3

Tamatnya satu program ini, memberi seribu satu makna kepada Suara hati. Memang tidak dinafikan sifat rendah diri ada dalam diri ini apabila berada dalam kalangan yang berpengatahuan agama jauh lebih banyak berbanding diri yang kerdil ini.

Namun begitu ramai yang memberi semangat untuk meneruskan program sampai ke pengakhirannya. Satu impak yang besar bagi diri ini untuk memegang satu amanah yang mungkin menjadi suatu kefarduan kepada semua insan yang bergelar muslim.

Kita semua sama, namun atas diri masing-masing menggunakan kreativiti tertentu untuk melaksanakan. Mungkin hal ini telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Hanya keyakinan dalam diri menjadi satu aset penting meneruskan perjuangan. Jika bukan kita siapa lagi yang akan melakukannya. jika nak dibandingkan ilmu yang baru sejeput ini perasaan takut pasti menyelubungi diri.

Namun apa yang dapat Suara Hati katakan, perkara ini mampu memberi kesan yang mendalam diri agar meneruskan usaha menuntut ilmu dengan lebih mendalam. Walaupun tahu ia bukannya bidang kita kita, namun harus difikirkan dengan lebih jauh bimbang akan umat ini yang semakin hari semakin leka. Menjadi satu kelebihan pada diri ini menarik lebih ramai insan yang lain agar berada dalam satu perahu yang sama yang akan menuju kearah destinasi yang sama. Dalam mengabdikan diri kepada Allah ini bukan diikut berdasarkan bidang yang diambil tetapi penghayatan yang tinggi dalam diri menjadi sesuatu yang berguna untuk kita kelak. Mengapa kita tidak mampu melakukannya sekiranya mereka mampu melakukannya?. Ianya merupakan satu cabaran bagi kita.

Kekurangan yang ada bukan menjadi alasan untuk meneruskan perjuangan ini tetapi kekurangan ini merupakan satu ujian bagi kita. Dengan adanya ikatan tanggungjawab ini kita mampu memujuk diri ini agar lebih taat dan patuh akan perintahNya.

Hati yang luluh hanya redha dengan ketentuan ini sekiranya betul-betul diberikan amanah yang berat ini. Kerana diri ini telah diberitahu bahawa ia merupakan fardu Ain. Menjadi satu kesilapan sekiranya tidak laksanakannya. Namun begitu, masih ramai yang lain lebih berpengatahuan dan berbakat untuk laksanakan tanggungjawab ini. Daripada sekecil-kecil kelompok sampailah sebesar-besar organisasi. Bukakan minda luaskan pengetahuan. Wallahualam

Comments