Jihad Di Jalan Allah

Rintihan,ratapan dan tangisan kedengaran dimana-mana. Masing-masing ada yang lari bertempiaran menyelamatkan diri dan ada juga yang memberanikan diri membalaskan serangan sekadar yang termampu. Bangunan-bangunan rosak teruk kesan daripada pengeboman yang berterusan. Israel menolak genjatan senjata dengan pergerakan Hamas. Walaupun rancangan mereka telah berjaya dilakukan dengan membunuh beberapa pemimpin kanan Hamas namun mereka tetap meneruskan serangan. Bukan itu sahaja, Israel turut menyatakan serangan akan berterusan selama berminggu-minggu lagi. Bayangkan jika kita berada ditempat mereka.



Orang-orang kafir sentiasa mencari peluang menjatuhkan umat islam. Adakah kita sanggup melihat umat islam ditindas dan dihina? semangat perjuangan itu perlu ada dalam diri setiap insan. Bersiap sedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Suara hati sentiasa berbisik..hidupku dan matiku hendaklah atas dasar islam..Sungguh bertuahnya agama islam sekiranya terdetik di setiap hati kecil umatnya yang mempunyai keinginan atau keazaman untuk mati syahid,menjadi mujahidin yang mempunyai semangat jihad yang tinggi menentang musuh-musuh islam. Sejarah telah banyak mengajar kita,islam telah menguasai 2/3 dunia pada suatu ketika dahulu. Alangkah indahnya hidup ini sekiranya saya dilahirkan ketika zaman itu. Suara hati sering menyatakan hasratnya yang berkeinginan sekali melihat detik-detik kegemilangan umat islam. Namun sekarang apa yang jelas dapat kita lihat ,umat islam semakin hari semakin lemah dan tidak bermaya. Begitu mudah terpengaruh dengan budaya-budaya orang kafir yang menjadi perkara biasa pada pengakhiran zaman ini. Pelbagai anasir-anasir negatif telah diterapkan dalam budaya kita pada ketika ini. Tanpa iman yang kukuh di hati, anasir-anasir buruk ini mampu memesongkan akidah umat islam.
Allah telah memberi ujian berat kepada umat islam Palestin. Baru beberapa minit yang lalu kita menyambut tahun baru. Kebanyakan umat islam di Malaysia pada ketika ini,sedang bersuka ria dan berhibur .Ketika kita bersuka ria, adakah kita sedar bahawa saudara-saudara kita sedang menderita,menahan kesakitan,menahan kelaparan,menahan keperitan hidup. Mereka diberi ujian oleh Allah dengan ketakutan,kelaparan,kekurangan harta dan jiwa. Kita tidak dapat jangka apa ujian yang bakal Allah berikan kepada kita pada masa akan datang.


Ingatlah mukmin itu mujahid, kerana jihad itu perwujudan identiti keperibadian seorang muslim. Allah telah menegaskan dalam Al Quran, Orang yang berjihad ini akan pasti diberi petunjuk dan jalan untuk mencapai cita-citanya.

"dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik"
Al Ankabut ayt 69

Allah juga telah memerintahkan kaum muslimin berjihad.

"dan jihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad sebenar-benarnya"
Al Hajj ayt 78

ayat ini amat jelas menyatakan Allah memerintah umat islam untuk berjihad di jalan Allah.

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: 'Berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah' kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan kehidupan di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. At Taubah: 38, 39) Maha Benar Allah Yang Maha Agung.

Comments