Perkataan F.R.I.E.N.D.S.T.E.R bukan lagi asing bagi golongan remaja kini. Begitu juga dengan laman-laman kenalan seperti MySpaca,Tag,Hi-5,Multiply dan banyak lagi yang tidak kurang hebatnya mendapat sambutan daripada peminat-peminat alam maya ini . Kanak-kanak juga sudah ramai melibatkan diri. Kebanyakan mereka menyatakan tujuan melibatkan diri dalam laman ini adalah untuk menambahkan lagi koleksi kawan dan juga dapat berhubung dengan kenalan-kenalan lama.
Namun begitu sejauh manakah kelebihan dan kebaikan yang kita perolehi melalui kenalan alam maya ini yang kadang kala kita tidak mengenali asal usul keturunan dan latar belakang agama mereka. Wajarkah kita memberi peluang yang tidak sepatutnya kepada rakan-rakan alam maya ini dengan memperkenalkan diri kita dengan setelus dan sejujur hati tanpa menyembunyi sedikit maklumat pun tentang diri kita? tetapi inilah hakikatnya,ramai diantara kita yang tertipu dengan kanalan maya ini.
Sememangnya tidak dapat kita menafikan laman-laman ini mempunyai kelebihan dan kebaikan tersendiri. Namun itu semua dapat kita perolehi sekiranya kita pandai menggunakannya. Jika disenaraikan kebaikan dan keburukan sudah pasti yang buruk itu mendahului carta.
Teringat akan nasihat ayah ketika kakak saya mula berjinak-jinak dengan laman FRIENDSTER ini. Pada ketika itu, tanpa kakak sedari ayah cuba membuka history untuk melihat apa yang telah kakak layari dalam internet dan ayah cuba membuka laman friendster kakak. Kemudian ayah terus memanggil kakak dan menasihati agar tidak meletakkan maklumat yang betul-betul tentang diri didalam laman tersebut dan melarang daripada meletakkan gambar terutamanya anak-anak perempuannya . Memikirkan kesan jangka masa panjang ,dibimbangi boleh mendatangkan sesuatu perkara yang kita tidak dapat jangkakan.
Berhubung dengan gambar-gambar kita yang telah 'diupload' dengan mudahnya dalam laman-laman dan blog-blog kita. Pernahkah kita cuba bayangkan gambar-gambar itu akan dilihat oleh semua orang dalam alam yang tiada sempadan ini. Terutamanya muslimah-muslimah yang bertudung litup dikepala. Jika seorang lelaki ditegaskan agar menundukkan pandangannya daripada melihat perempuan. Mengapa dengan mudahnya kita menggalakkan mereka memandang setiap inci muka kita dengan melihat gambar-gambar kita yang sememangnya bukan realiti namun ingatlah dengan hanya melihat gambar, kita dapat bayangkan bagimana rupa realitinya. Dengan itu tidak hairanlah dengan hanya sekeping gambar seorang muslimah boleh menimbulkan beribu-ribu fitnah. Perkara ini sememangnya berlaku di mana-mana sahaja.
Pernah satu soalan yang terpacul keluar daripada mulut seorang muslim " tidak malu ke dia(muslimah)letak gambar dalam friendster , sedangkan dia tahu semua orang boleh lihat?"
Hanya Allah mengetahui apa yang niat dihati masing-masing dengan menayangkan wajah-wajah yang ternyata kecantikan boleh menyebabkan insan-insan yang ada penyakit didalam hatinya boleh rebah tersungkur kalah dengan nafsu sendiri apabila melihat kecantikan ciptaan Allah itu.
Jika kita ingin menunjukkan gambar kita kepada orang lain,sudah tentu kita akan memilih gambar yang paling baik dan paling cantik. Oleh itu, sudah pasti ada yang terpesona dengan kecantikan itu.Sebenarnya kita perlu memikirkan dengan lebih jauh tentang perkara ini. Perkara ini perlu diambil berat terutamanya muslimah agar lebih berwaspada. Sesungguhnya setiap ciptaan Allah itu cantik dan indah. Dengan kecantikan ini, nafsu akan cuba menguasai diri kita. Sebagai seorang muslimah tidak salah sekiranya kita lebih berwaspada dengan memikirkan kesan negatif terhadap gambar yang kita telah tayangkan dalam alam maya ini.
Bayangkan...wajah anda akan mendatangkan gejolak rasa dalam diri insan yang bergelar lelaki dan ada antara pengguna internet yang cuba save gambar-gambar untuk koleksi peribadi,yang beriman mungkin akan beristighfar dan memujuk hati,manakala yang sakit jiwanya akan mula mengganggu anda. Dan tidak hairan juga sekiranya ada yang memburu dengan SmS,telefon,hatta mungkin mendekati anda dengan tujuan untuk memiliki anda. Semua ini mungkin berlaku dengan hanya menayangkan sekeping gambar anda di dalam internet. Tidak bimbangkah kamu semua,sekiranya perkara ini berlaku?
Fikir-fikirkanlah apa yang patut kita lakukan bagi mengelakkan semua perkara ini berlaku. Tidak mustahil sekiranya laman-laman kenalan merupakan salah satu faktor berlakunya maksiat sekiranya kita silap dalam memilih teman maya ini seperti yang dinyatakan dalam berita pada Sambutan Tahun Baru 2009.

Comments