SuAra HAtI ~6

apabila kita lupa akan asal usul kita,
sudah pasti sifat angkuh akan menyelubungi diri,

apabila sifat angkuh menyelubungi diri,
sudah pasti banyak hukum Allah ditinggalkan,

apabila banyak hukum Allah ditinggalkan,
sudah pasti banyak dosa kita kumpul,

apabila banyak dosa kita kumpul,
sudah pasti hati kita akan gelap gulita

apabila hati kita semakin gelap gulita,
sudah pasti iman semakin berkurang

apabila iman kita semakin berkurang,
sudah pasti kita akan seronok melakukan kemungkaran,

apabila kita seronok melakukan kemungkaran,
sudah pasti kita tidak berani mengcegah orang lain melakukan kemungkaran,

apabila kita tidak berani mengcegah kemungkaran,
sudah pasti maksiat berleluasa,

apabila maksiat semakin berleluasa,
sudah pasti azab kubur menunggu kita semua.

Comments

Popular Posts