Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana Allah masih memberi kekuatan kepadaku untuk meneruskan perjuangan ini dan masih peluang untuk menghidu udara yang FREE ini..
Saya tertarik akan satu slot kuliah agama yang diadakan di tempat kami yang membincang tentang perempuan dengan masjid. Menurut ustaz tersebut perempuan semamangnya boleh pergi ke masjid teruatamanya insan yg bergelar pelajar. Tapi ada syarat-syaratnya...Jika sebelum ramai yang memberi alasan tidak dapat berjemaah di masjid kerana bimbang menimbulkan fitnah. Dalam hal ini memang akan menimbulkan fitnah tetapi ingat fitnah akan berlaku sekiranya kita tidak mengikuti syarat atau peraturannya. Ustaz itu ada menyatakan ftnah akan berlaku apabila perempuan itu ke masjid berseorangan tanpa berjemaah, seterusnya fitnah juga akan berlaku sekiranya perempuan itu ke masjid dalam keadaan tabaruj,(memakai wangi-wangian yang melampau, berhias berlebihan), dan seterusnya pergi ke berseorangan ke masjid dalam keadaan yang gelap dan meragukan.
Setelah mendengar sedikit sebanyak tentang hal ini, saya cuba mencari maklumat atau ilmu berkaitan isu ini bagi memuaskan hati dalam menuntut ilmu ini. Memang tidak dinafikan banyak persoalan yang timbul apabila menyuruh perempuan berjemaah dimasjid. Terutamanya di institusi yang mempunyai masjid dan sentiasa dipenuhkan dengan aktiviti ceramah dan kuliah agama. Dengan itu saya ingin tahu lebih mendalam.
Ketika cuba membelek-belek salah satu buku di atas meja terjumpalah satu bab yang berkaitan wanita dan masjid.
Dalam bab ini ada menyatakan setiap masjid perlu menyediakan tempat khusus untuk wanita yang ingin solat di masjid. Meski sebenarnya yang terbaik bagi wanita adalah solat di rumah, akan tetapi hal tersebut akan bermanfaat bila mereka ingin mengikuti pengajian dan ceramah agama.
Wanita juga dikatakan memilki peranan penting dalam membina dan memakmurkan masjid. Wanita merupakan syaqiqah (saudara kandung) kaum pemuda, dan bahagian terbesar masyarakat.
Pada zaman Rasulullah juga, Baginda memberi nasihat kepada wanita di dalam masjid, memberi pelajaran kepada mereka dan mereka selalu menghadiri khutbah Rasulullah. Dahulu kaum wanita datang untuk solat dan duduk pada barisan paling belakang. Kehadiran mereka memakai hijab, tanpa memakai wangi-wangian , tidak menggoda dan juga tidak trgoda. Dan mereka pulang sebelum kaum pemuda beranjak dari tempat duduk mereka. Amat berbeza dengan zaman sekarang, kebanyakan mereka tidak mengikuti cara ini. Ada yang pergi ke masjid berjemaah tetapi ketika keluar dari pintu masjid tidak menutup aurat dengan betul dan memakai wangi- wangian.
Dalam hal ini menjadi keharusan kepada kaum muslimin
Namun begitu terdapat beberapa hal yang harus diambil perhatian
"Barang siapa yang pergi ke Masjid , baik pagi mahupun petang hari, maka Allah telah menyiapkan sebuah tempat di dalam syurga untuknya, setiap kali ia pergi , baik waktu pagi mahupun petang hari"- HR BUKHARI DAN MUSLIM
"Tidaklah seorang hamba duduk di dalam masjid untuk menunggu solat, melainkan para malaikat berdoa untuknya di dalam solat: " Ya Allah ampunilah dia. Ya Allah kasihanilah dia." Doa ini tetap berlangsung selama ia tidak berhadas" - HR BUKHARI DAN MUSLIM
ingatlah wahai kaum hawa ambillah peluang ketika belajar ini untuk menuntut ilmu agama seberapa banyak yang mungkin sebelum mencecah alam perkahwinan atau keluarga kelak..gunakan kesempatan waktu dan peluang ini sebaiknya, jangan merasa cukup dengan ilmu yang telah kita ada sekrang sememangnya masih banyak ilmu yang belum kita ketahui dan terokai..semakin kita mencari ilmu tersebut semakin jahil kita rasakan kerana masih banyak ilmuAllah s.w.t..

- menyediakan tempat khusus yang layak untuk wanita di masjid, agar turut menghadiri solat jemaah, mendengar khutbah, ceramah agama dan pengajian ilmu.
- harus memiliki pintu masuk yang jauh dari tempat lelaki khususnya ketika keluar masuk masjid.
Namun begitu terdapat beberapa hal yang harus diambil perhatian
- Wanita muslimah tidak dibenarkan memakai wangi-wangian( mendatangkan fitnah)
- Tidak diwajibkan ke masjid kecuali dengan lelaki mahramnya...(jika berdua-duaan ke masjid dengan lelaki bukan mahram adalah haram walaupun dengan pemandu atau pemandu teksi menjadi fitnah dan jalan menuju kemaksiatan)
- wanita yang telah tiba di masjid tidak dibenarkan berbual-bual dengan wanita lain kerana dibimbangi hati akan berpaling daripada mengingati Allah dan menghilangkan kekhusyukkan dan menggangu orang lain
- tidak dibenarkan membawa anak yang kecil (masjid akn berubah menjadi taman kanak-kanak mengganggu ketenangan solat dan akan mencemari masjid dengan air kencing atau kotoran

Comments