Permata Yang Dicari tak dijumpai..

Peristiwa yang agak sukar dilupakan...hehhehe

Selepas habis kuliah tadi kawan meminta bantuan saya untuk membantu seorang mak cik yang agak lanjut usia iaitu dalam 80 tahun umurnya di hadapan HEP. Walaupun usianya sudah meningkat, namun mak cik masih mampu naik turun tangga..huhu.
Apa yang menarik minat saya membantu beliau ialah tujuan beliau datang ke Institusi kami adalah ingin mencari salah seorang pelajar perempuan di tempat kami yang nak ditemukan dengan cucunya. Punyalah susah nak cari siapalah permata yang dicari itu..saya cuba tanya akak-akak senior ada tak nama permata yang dicari itu..tapi smuanya cakap tak kenal..ermm..siapkah dia rrrr????kami cadangkan nak cek nama perempuan tu kat pendaftaran kat HEp..tapi masa mak cik tu datang depan HEp, Hep da tutup sebab time rehat tengah hari..terpaksalah bawak makcik @ X-cikgu ni pergi masjid nak tunaikan solat Zohor..Kesian, perlahan-lahan dia turun tangga , sakit lutut..

Kat masjid lak dia tak boleh rukuk & sujud sebab sakit lutut..kami pun carilah kerusi tuk dia solat..Sementara tunggu Hep bukak sempat lah kami berbual-bual dengan mak cik tu..huhu..
Advanture sangat mak cik tu..die telah pergi melancong banyak negara ..Canada, Jepun, Amerika..and so on..Satu negara agi yang dia sentiasa pergi adalah..BRUNEI negara yg terkenal dengan kekayaannya..Anak-anak die memang ramai duk merantau kat negara orang..jadi kesempatan itu dia dapat melawat negara luar..Sebelum ni makcik ni Guru Besar kat Kolej ISlam pada suatu ketika dahulu..memang orang yang berpendidikan tinggi..

Dia datang kat Institut ni nak cari permata yang dihadiahkan kepada cucunya (orang brunei), cucu dia pun ade skali tadi..tapi dia just duk kat kerete je..hhehe malu katekan...cucu die ni agak warak (mengikut kata nendanya)Dalam kul 2 saya ada perjumpaan dengan pensyarah jadi say tinggalkan makcik tu kat cucu die jap and jumpa balik lepas abis perjumpaan dalam kol 2.30 n terusss..p ke Hep.

Saya cuba tanye permata yang dicari itu umur berapa? asal mane?
nama penuh ape? num telefon ada tak?...semua soalan ini die juga sedang mencari jawapan..sebab tu dia datang nak cari budak tu nak mengenali dengan lebih dekat..huhu..memang menarik cerita ni..Camne ni?? satu malklumatbtepat pun mak cik ni x tau..tapi yang pasti budak tu pernah ade progrm kat brunei dan menetap di rumah anak makcik ni bersama-sama satu kumpulan program tersebut... Dalam ramai-ramai ahli kumpulan progrm tu.. budak perempuan tu telah menarik minat cucu dia nak berkenalan..tapi sebelum ni memang mereka tak pernah tahu asal usul perempuan ni..menarik kan..

Dalam kul 2.45 barulH nampak ade org dlm Hep..Saya pun brgegas ke sana dan bertanya kepada puan kat dalm Hep tu....puan boleh saya tengok senarai pelajar SEM 5?(menurut nenda tu td bdak prempuan tu pergi brunei thun lepas masa dia tahun kedua ijazah..)..puan tu terus soh tengok kat senarai pelajar kat komputer hep..sama-sama dengan ex- cikgu td saya tengok satu persatu nama pelajar kat institusi ni..namun memang susah sangat nak cari name die..tibe puan kat HEp tu cakap..die pernah tengok name tu..nenda tadi tersenyum je..tapi yang peliknye name pelajar tu bukan Sem 5 tapi kat KPLI JQAf..mustahil sebab menurut nenda tu td bdak tu thun lpas lagi duk kat institut ni..ermmm hairan bin ajaib..memang sukar untuk diterima..adakah mak cik ni clap name?????..whatever..pencarian diteruskan..agen 007 memeriksa fail kuning pelajar berkenaan..sememangnya kalu KPLI semestinya ramai yang telah berkahwin..( naluri ini mngatkan bukan perempuan ini yang dicari..hanya nama sahaja yang sama tapi orang nya berbeza)..

Apabila menjumpai fail kuning pelajar yang berkenaan..terpaparlah gambar perempuan tersebut..tapi mak cik tu masih kabur-kabur wajah permata yang dicari itu..ermm susah2..
cuba membelek sehelai-demi sehelai lampiran peribadi pelajar berkenaan ..sungguh menghapakan mak cik tersebut apabila mngetahui dia telah berkahwin pada tahun 2007 lagi..misteri...(dalam fikiranku, makcik ni tercilap name kot,hanya nama kat KPLI tu je ade kat institut ni) memang mustahil la KPLI cucu dia cari..sebab dia ckp bdak tu muke still macam bdak2 takkan tbe2 jd tue lak dlm gambar pasport..hehhehe..

Dengan penuh harapan saya cuba menelefon akak tersebut untuk memastikan adakah dia yang menyertai rombongan ke brunei pada tahun lepas bagi mengelakkan kekeliruan berlaku..namun panggilan tidak dijawab...saya dapat merasai yang nenek itu berasa sangat kecewa..dibibirnya terkeluar kata permudahkan urusan cucuku ini..dalam hal ni memang die betul2 nak cari permata tuk cucu die..

Setelah hampir 45 minit berada dalam HEp, akhirnye nenek tu cakap takpe lah..blum ada rezeki..sebelum berangkat keluar , pegawai HEP sempat menawarkan diri dekat nenek tu nak minta pertolongan daripada pensyarah di institusi kami tuk carikan jodoh tuk cucu die..huhu
nenek tu pun terseyum..slpas tu die nyatakan syrat2nya..

1) beragama( paling penting..target die ustazah2..sbab die ckap cucu die warak..)
2) berwajah x gelap..hehhehe
3) bukan orang negeri sembilan..(knape ekk???)
4) yang dah nak abis belaja..(sebab cucu die umur da 26)
nak tergelak sorg2 pun ade bile dengar nenek tu bgtau syarat2 ni..huhu..

selepas selesai semuanya..maka terjawablah segala persoalan yg tertanya2 td..tp masih ade keraguan..saya pasti bukan perempuan itu yg dimaksudkan tetapi mungkin trsilap nama..
tapi walauapa pun yg terjadi nenek itu berpuas hati..dia hanya berserah kepada Allah...

selesainya urusan di HEP maka tibalah masanya saya berpisah dengan nenek tersebut..sempat lagi tukar-tukar num telefon dengan nenek tu...hehehe...

Dengan itu berakhirlah cerita ini huhuhu....permata yang dicari sudah berpunya..tetapi masih dalam kekeliruan..saya harap permata yang dicari itu masih belum berpunya kerana amat mustahil KPLI Ambilan jan 2009 yg dicari..mungkin permata yang sebenarnya masih SEM 5 tetapi nenek tu tersilap nama..huhu...dan maklumat yang terbaru...setelah menemuramah senior,mmg budak tu tidak wujud kat institut kami, tercilap tempat kot...hehhe..ape2 aje..

Comments

cekguungu said…
ermmmm....pnglmn y psti sukar u dilupakn kn tim....
suke sgt...
bleh wat cerpen taw....
tp,y best ag...klaulh dri ini permata y dcari...hu2...
bisikan insan said…
mmg rase nak gelak bile ingat balik...hahha..kalu umur kak gee tue skit pada skunk, mmg dah lame org offer kat nenek tu..hehhehe