Permudahkan Urusanku

Bukankah kami pun telah melapangkan dadamu(Muhammad)?(1)dan kami pun telah menurunkan bebanmu darimu(2)yang memberatkan punggungmu(3)dan kami tinggi sebutan namamu bagimu(4) Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan(5) Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan (6) Maka apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan ) tetapkan bekerja keras ( untuk urusan lain) (7) dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap(8) -Al-Insyirah

Benarlah kata-kata Allah yang Maha Agung

Inilah ayat suci Al-Quran yang selalu kawan ana syorkan ana amalkan untuk mendapat ketenangan dalam melakukan sesuatu kerja. Memang tidak dapat dinafikan ia amat berkesan. Hari demi hari bebanan assignment semakin berkurang. Sepanjang bulan mac saya hanya mengadap laptop je..belum siap assingment ni..assignment lain pulak yang datang. Sabar je la Belalang..

Dalam kesusahan dan cabaran yang kita lalui sepanjang melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar ini pasti ada balasannya nanti..usahalah kunci segalanya.

Walaupun dalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja khusus ni, kita harus pandai mebahagikan masa untuk berdating dengan Pencipta kita (ALLAH), jangan jadikan alasan kerja banyak sehinggakan mengorbankan masa brjemaah di masjid dengan menyiapkan assingment.

Musim banyak kerja ni, malam-malam pukul 3-4 masih ada bilik yang cerah. Mereka ini sanggup bersengkang mata untuk menyiapkan kerja. Hakikatnya amat jelas kita dapat lihat, kebanyakan daripada kita sanggup mengorbankan masa tidur untuk menyiapkan kerja namun hanya segelintir sahaja yang sanggup mengorbankan sedikit masa tidur hanya untuk berhubung (berdating)dengan Allah( sama-sama muhasabah diri)

Berpeganglah akan kata-kata, Jika kita meluangkan masa untuk Allah, Allah akan memberi ruang masa yang lain bagi kita untuk melakukan urusan yang lain.

renung-renungkanlah..
Permudahkanlah urusanku dalam melaksanakan perintah mu Ya Allah..

Comments