Ada Apa dengan CiNTa




cinta...

ape itu cinta??ermmm..Cintakan Allah dan cintakan manusia. Cinta Allah adalah cinta yang hakiki dan Esa, mankala cinta manusia ada banyak cabang. Cintakan ibu ayah, cintakan keluarga, cintakan saudara seislam dan cintakan seorang kekasih yang bernama teman hingga ke syurga.

Jika bicara tentang cinta ini, saya tidak diberi kekuatan dan cukup ilmu untuk menyatakan hukum atau syarat-syarat bagi orang yang dilamun cinta.Silap-silap haribulan selipar melayang kat muka ni dan mereka akan cakap saya belum diuji dengan perasaan ini(Alhamdulillah) .hehehhe..Tapi ada apa dengan cinta?? Bila timbul gosip antara lelaki dan perempuan yang lebih-lebih perasan biasanya perempuan la. Wahai teman-teman sejenis denganku, janganlah mudah terlentok dengan permainan-permainan dunia ini. Sabarlah, telah ditetapkan di Luh Mahfuz akan jodoh kita. Tak kisahlah orang cakap anti-laki ke anti- couple ke, perasan(koya) ke...yang penting pegang kata-kata "DON"T TRUST BOYS ACCEPT YOUR BELOVED HUSBAND"

Usia remaja ini kita akan diuji dengan macam-macam dugaan...(kuatkan imanku ini, aminn). Atas diri dan iman masing-masing macam mana untuk menghadapi dan menyelesaikannya..(tapi ingat setiap kesukaran ada kemudahannya, ingat janji itu) Ujian cinta la paling banyak, mula-mula cinta monyet, tak nak bercouple tapi nak ada perasaan cinta itu ,cinta islamic, cinta sebelum kahwin macam-macam la. Apa yang penting kita tahu apa yang betul dan apa yang perlu diperbetulkan. Memang suara hati tidak pandai nak bicara bab-bab yang romantis ini..(heheheh).





Apa yang saya tahu,Cinta ni bukan calang-calang perasaan, jangan tersilap luahkan perasaan kepada insan-insan biasa. Cuba luahkan perasaan cinta ini kepada ibu bapa dan keluarga dahulu, tapi sekiranya dah sampai masanya untuk diluahkan dan diteruskan dengan lafaz akad pernikahan teruskan kerana Allah telah memilihnya untukmu. Ingat, jangan lupa pilih yang beragama,kerana itu penjamin untukmu kekal bahagia hingga ke syurga. Takutlah sekiranya orang dilamun cinta ni tak dapat mengawalnya dengan baik, setiap detik setiap saat ingat kat pasangan die je..solat pun buleh jadi tak khusyuk..nauzubillah..Orang lain yang tak bercinta-cintun ni pun solat tak khusyuk jugak..susah2..ermm

Semoge tetapkan lagi suara hati ni untuk mencurah sepenuh perasaan cinta ini kepadaNya dan keluarga. Ingin memberi sepenuhnya cinta ini kepada keluarga sebelum berkongsi dengan insan lain setelah diijab kalbu nanti.(jauhnya fikir..bawah umur lagi la)..

Walauapapun,sebelum suara hati diuji dengan ujian ini, semoga Allah memperkenankan doa ini untuk mengharungi hari-hari akan datang.

Bismillahirrahmaanirrahim

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu agar tidak
terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu

Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin....

**sebenarnya takut nak post bende ni..kontrovensi***

Comments

Popular Posts