InGinKaN KAsih SayAnG

adik-adik yang comel

Alhamdulillah cuti 1 mei memberi kesan yang mendalam dalam diri saya. Sedang kita bergelak ketawa dan bersuka ria,pernahkah kita fikirkan akan susahnya segelintir masyrakat di luar sana yang tidak mendapat nikmat yang kita ada ini.

1 mei 2009 merupakan hari bermakna bagiku kerana dapat berkongsi pegalaman dan mendalami perasaan anak-anak yang kekurangan kasih sayang. Memang tidak dinafikan mereka amat memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada insan bergelar ibu dan ayah.


Hati tidak begitu tabah melihat wajah-wajah mereka yang sungguh memilukan. Walaupun luarannya mereka nampak gembira tetapi hakikatnya jauh dalam sudut hati mereka mereka rindukan kedua ibu bapa mereka,hanya Allah sahaja tahu bagaimana perasan mereka.

sesi muhasabah

Ya Allah kuatkanlah iman mereka untuk menempuhi dugaan dalam hidup ini, tabahkan hati mereka untuk teruskan perjuangan untuk meneruskan hidup dan menjadi orang yang berjaya.Jangan Engkau bebankan mereka dengan bebanan yang lebih berat ya Allah, cukuplah itu untuk menjadi mereka anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa mereka...

riadah

Ada dikalangan mereka merupakan anak orang miskin dan ada juga dalam kalangan mereka yang kematian ayah atau emak dan ada yang kedua ibubapanya sudaH pergi meninggalkan mereka. Suara hati tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengar rintihan tangisan anak-anak kecil ini....Ya Allah aku tidak sanggup diuji sebegini..

Bukan mereka pinta ditempatkan di tempat ini namun, takdir telah metapkannya. Alangkah banyaknya pahala orang yang menubuhkan darul Ruqaiyyah itu..Subhanallah..

Apabila memulakan bicara dengan mereka, diri ini terus menganggap mereka seperti adik sendiri. Lingkungan umur 8 hingga 16 tahun sememangnya amat memerlukan kasih sayang daripada keluarga. Sesetengah daripada mereka menceritakan bahawa abang-abang dan kakak-kakak mereka kebanyakan sudah hanyut dibawa harus permodenan ini. Ada yang mengikut lelaki lain ada yang terjebak dengan gejala sosial lain. Kami sangat berharap mereka dijauhi daripada perkara-perkara ini.

Seramai 23 orang pelajar yang ditempatkan di situ. Mereka belajar dan sembahyang berjemaah sekali..Cita-cita mereka tinggi, ada yang mahu mati syahid berjuang , ada yang mahu jadi Pilot,doktor pakar tulang dan ustaz. Namun begitu ada yang lemah dan berputus asa yang ingin menjadi orang yang tak berguna dalam masyarakat. Nauzubillah..Mereka amat memerlukan bantuan dan sokongan daripada masyarkat di luar untuk terus berjaya. Dengan semangat belajr yang sedikit mana mungkin mereka boleh mengejar kerjaya yang tinggi untuk menyara hidup apabila besar kelak.

Wajah-wajah mereka sering terbayang-bayang dalam ingatan. Dengan adanya program ini, saya mendapat satu kesedaran untuk mensyukuri dengan nikmat yang ada. Jika kita tidak mendapt apa yang diimpikan fikirkanlah masih ramai di luar sana yang sentiasa berharap merasai nikmat yang kita sedang nikmati sekarang.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kekuatan menghadapi ujian Allah ini, mereka tidak mempunyai semangat untuk belajar dan ada juga yang tidak mempercayai kewujudan Allah balasan daripada ujian yang telah mereka alami..Di sini mereka dididik untuk berdikari dan diajar akan ilmu agama agar tidak mudah tersasar dari landasan ini..Tunjukkan mereka jalan yang benar...selamat tinggal adik-adik..semoga kita jumpa lagi

Comments

Anonymous said…
alhdulillah..
bes jugak klu bwat aktiviti cam g2..