Tanpa guru siapalah kita semua....
Tidak terkira banyaknya jumlah ilmu yang telah kamu berikan kepadaku..
Umpama lilin yang membiarkan api membakar diri..
Sanggup berkorban apa sahaja untuk anak didiknya..
Dirimu sangat mulia disisi Allah..
Menggunakan ilmu yang ada dengan sebaiknya dengan mengajar kepada anak bangsa
Kepada semua insan bergelar guru, Selamat Hari Guru. Semoga Allah merahmati dan memberkati segala ilmu yang telah dicurahkan
Begitu juga dengan bakal-bakal guru yang berada di institut-institut pengajian selamat hari guru saya ucapkan..Sebagai salah seorang pelajar yang belajar untuk mengajar, kita dapat melihat rakan-rakan kita sebagai bakal-bakal pendidik masa depan.
Ada yang menunjukkan ciri-ciri seorang pendidik yang cemerlang, ada juga yang menunjukkan ciri-ciri yang bakal mencemarkan nama murni profesion perguruan.
Jika kita pernah berjanji untuk mendidik anak bangsa ketika mula-mula menjejak kaki di institut pendidikan, janganlah kita abaikan janji manis itu.
Hari ini suara hati amat bimbang dengan bakal-bakal guru yang akan menggantikan tempat-tempat guru-guru kita terdahulu..
Jika kita lihat bakal-bakal guru sekarang memakai pakaian yang mencolok mata, tidak boleh bayangkan bagaimana rupa pelajar-pelajar akan datang.
Jika kita lihat bakal-bakal guru sekarang menghisap rokok , bayangkan bagaimana akhlak anak murid mereka pada masa hadapan.
Guru merupakan contoh kepada anak-anak murid,jadi berusahalah menjadi khudwah hasanah kepada bakal-bakal pelajar kita pada masa hadapan.
Didiklah hati daripada sekarang untuk menjadi contoh terbaik yang boleh melahirkan insan yang cemerlang dunia akhirat
Comments