SuAra HAtI ~8..Persoalan

Satu persoalan timbul dari suara hati ini. Salahkah orang yang kurang ilmu agamanya memberi sedikit peringatan agar tidak melakukan perkara mungkar kepada orang yang mempunyai ilmu agama yang lebih tinggi????Bagaimana jika mereka ini tidak boleh menerima teguran ini kerana mereka rasa mempunyai ilmu agama lebih tinggi daripada kita dan tak sepatutnya menerima teguran seperti ini????

Memang tidak dinafikan kita sememangnya sangat menghormati orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Namun begitu tidak semua manusia di dunia ini sempurna melainkan rasul yang bersifat maksum. Kita juga dikehendaki saling berpesan-pesan kepada arah kebaikan, maka wajarlah setiap insan mengambil tanggungjawab untuk saling memperingati rakan-rakan agar tidak lalai di dunia yang fana ini. Walau apa jua bidang yang kita ceburi sekali pun, sememangnya tugas seorang muslim untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Suara hati merasakan sangat kerdil di bumi Allah ini dengan ilmu agama yang sejemput ini, jika dibandingkan dengan rakan-rakan aliran agama yang lain amat jauh ketinggalan. Hati ini sedar akan situasi ini, setuju bahawa saya masih kurang ilmu agama...tapi salahkah saya mengcegah kemungkaran sekiranya saya bukan dari aliran agama...bukankah itu tugas kita semua sebagai insan bergelar muslim...

Jangan nantikan ilmu penuh didada betul-betul baru nak ajak orang lain buat kebaikan dan tinggalkan kemungkaran..apa yang penting kita amalkan sebaik mungkin setakat mana yang mampu ilmu yang kita ada, bak kata pepatah arab, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah..kan..Kalau kita ada ilmu tinggi sangat tapi tidak amal dan ajak orang lain ikut amal sekali alangkah ruginya kita..Jika nak tunggu alim dan warak betul-betul baru nak dakwah sampai ble baru kita ada peluang ni..Jadi tiada alasan tidak alim dan belum cukup ilmu dalam mengakkan kebenaran ini.

Menerima satu suntikan semangat daripada satu teguran atau kata-kata semangat daripada salah seorang rakan yang berbunyi tingkatkan ilmu agama anda , sentiasalah fikir yang ilmu anda sentiasa tidak cukup untuk menjadi untuk lebih sempurna.. sekali lagi sebagai orang yang tidak mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang agama saya mengambil teguran atau nasihat ini sebagai satu semangat untuk terus mendalami ilmu agama dan berusaha menambah baik dan mengamalakan ilmu yang sedia ada. Hanya Allah sahaja yang tahu apa maksud tersirat disebalik kata-kata rakan yang sangat menyuntik suara hati ini..

Saya mengaku ilmu Allah ini sangat mulia dan sangat banyak sehingga tidak akan habis belajar sampai hujung nyawa, namun dengan ilmu yang kita ada sekarang ini beruntunglah sesiapa yang mempraktikkan dalam bentuk perbuatan. Kita melakukan sesuatu itu haruslah diiringi dengan satu sifat keikhlasan, jika tiada keikhlasan sia-sia sahaja.

Ya Allah berilah petunjuk kepada hambaMu ini..
Berilah ketenangan dan kelapangan jiwa untuk melaksanakan syariat Mu,
Tabahkan hatiku untuk menerima segala ujian daripadaMu ini,
Tunjukkanlah aku jalan yang benar...Amin....

Comments