SuAra HAtI ~ 9

bismillah..dengan nama Allah

sekarang tinggal lebih kurang 48 jam lagi kot untuk berperang dengan kertas yang terakhir..huhu..tapi tangan macam berat je nak buat latihan..tapi bace tu ade la sikit2,tambah pulak ada laptop depan mata ni lagi... la..hik3...InsyaAllah strt esok nak tutup terus waktu malam je bukak jap sblum tidor..hehehe..(susah ni..ermmm,smoga dapt dilakukan dengan seikhlas hati..niat nak blaja)

Nanti habis exam kene terlibat dengan konvo KPLI lak..nanti bukak sem kene terlibat ngan pendaftaran pelajar KPLI baru..huuhu..Time duk sni ni la nak cari pengalaman-pengalaman uruskan bende-bende ni..betulkan niat ikhlaskan hati untuk membuat sesuatu kerja.

Bab kata orang kalu kerja tak ikhlas ni tak de maknenye buat kije tu letih-letih..huhu
Bila kita buat kerja tu secara ikhlas rasa letih tu tak rasa sangat malah bila dah selesai kerja rasa puas hati lagi..Kalu kita dapat kerja yang banyak dalam satu masa jangan cepat mengeluh..(nasihat utk diri sendiri)..Apa yang penting kita pandai menyusun perancangan yang mana perlu diselesaikan dulu dan yang mana perlu diselesaikan kemudian..

Tekanan akan muncul sekiranya kita silap membuat perancangan. Apabila tidak sempat untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan,kita akan merasai tekanan itu..(that's why time2 mcam ni pentingnya shabat-shbat menberi semngat dan membantu kita)..Jangan la pendamkan perasaan dan tekanan itu sorang-sorang nanti tak pasal-pasal meletup..huhu

Senyum-senyumlah selalu..tetapi jangan terlebih over lak macam kerang busuk..hik3..

Comments