Assalamualaikum w.b.t
Warkah ini kutuju khas buat diriku ini dan sahabat-sahabat yang ku sayangi sekalian. Sedarkah kita??Setiap detik dan saat yang sentiasa mengikuti kita menunjukkan umur kita semakin meningkat. Begitu juga dengan buku catatan dosa dan pahala kita . Tepuk dada tanya diri sendiri berapa banyak amalan dan ilmu pengatahuan yang manfaaat yang kita peroleh sepanjang hidup ini.
Sememangnya jika semakin dewasa kita boleh membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Namun sejauh mana kita betul-betul dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Seperti mana yang kita tahu kita sepatutnya berusaha mencari yang halal dan meninggalkan yang haram dan mengelakkan daripada yang syubhah. Pentingnya mencari keredhaan Allah dalam setiap perbuatan, percakapan, pergaulan, dan juga pemikiran. Kadang-kadang kita tahu perkara itu haram dan dilarang sama sekali untuk melakukanya namun kita abaikan sahaja perkara itu. Semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah. Tetapi ingatlah, hidayah itu milik Allah, hanya Allah yang berhak memberinya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Ingin sekali berbicarakan dengan masalah aurat sesama muslim ini terutamanya muslimah. Ada yang langsung tidak menghiraukan tentang aurat ini dan ada mengetahui tetapi tidak laksanaknya atau tidak mahu mengambil tahu akan aurat ini , dan ada juga yang diluar bertudung litup menjaga aurat dengan muslimin,namun aurat sesama muslimah diabaikan begitu sahaja. Sangat menyedihkan. Memang benarlah bukan mudah untuk melakukan sesuatu kebaikan sekiranya tidak mempunyai penghayatan yang mendalam tentang apa yang telah dipelajari.
Walaupun segelintir sahaja yang melakukanya namun jika tidak dicegah atau dilarang kita semua sama-sama akan disoal kelak. Sanggupkah kita menghadapi hari esok sekiranya kita tidak melaksanakan tanggungjawab kita itu. Jika Allah turunkan bala ,bukan si pembuat kemungkaran sahaja yang terkena namun semua yang berada dikelilingnya juga akan menerimanya. Oleh itu marilah sama-sama mencegah kemungkaran. Jika kita mempunyai kuasa,gunakanlah kuasa yang ada itu,jika kita tidak mampu gunakan lidah ini untuk memberi sedikit sebanyak nasihat dan sekiranya masih tidak mampu cegahlah dengan hati iaitu benci melihat akan kemungkaran itu.
Bukan mereka semua tidak tahu akan hukum perkara yang mereka lakukan itu,namun godaan dan bisikan syaitan itu menghalang daripada meninggalkan perkara mungkar itu. Perkara yang dahulunya dianggap luar biasa apabila melakukannya,tetapi kini telah manjadi perkara biasa kerana begitu ramai yang melakukannya. Jika ditanya tahukah kamu akan hukum melakukan perkara itu, mudah sekali lidah menyatakan tidak boleh. Namun begitu masih ingin melakukannya jua..Nauzubillah. Dimanakah tersimpannya perasaan-perasaan malu itu. Anggaplah aurat itu anggota-anggota yang amat berharga kepada kita mana mungkin ia tidak berharga sedangkan Allah sendiri yang menyuruh kita menjaganya dan menutupinya .
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah , wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” An Nur -31
Memang sudah nyata dan terang telah dinyatakan supaya kita menjaga dan menutup aurat. Lupakan panas didunia ini,ingatkan panas diakhirat kelak.
Duhai saudara-saudaraku, sahabat-sahabatku, teman-temanku..Takutlah akan azab neraka yang pedih itu. Kebanyakan ahli neraka adalah wanita ingatlah. Hiasi peribadi anda dan jadilah seorang muslimah yang solehah yang menjaga pertuturan,menjaga tingkahlaku,menjaga segala-segalanya.
Seindah-indah hiasan ialah wanita solehah. Jatuh bangun sesebuah pentadbiran juga amat berkait rapat dengan muslimat. Kita dikurniakan akal yang sempurna, oleh itu sama-samalah kita fikir kembali sejauh mana kita mengikuti perintah Allah dan sunnah Rasul. Masih sempat kita semua bertaubat sebelum roh berpisah dari jasad ini.
ku rayu kepada kamu semua" tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan ".
Wassalam..

Comments