10 WaSiat Al-Imam Hassan Al Banna

Sepuluh Wasiat

Bacalah-Renungilah-Kemudian Terus Beramal

1. Apabila saudara mendengar suara azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana sekalipun
(segera tunaikan solat selepas azan)

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah buku-buku , atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah , dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
(bacalah Al-Quran)

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul: kerana Bahasa Arab yang betul itu satu-satunya syiar islam
(Berusaha bercakap dalam bahasa Arab)

4. Jangan banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa jua kebaikan.
(Janganlah saudara banyakkan pendebatan)


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
(Janganlah banyak ketawa)

6. Jangan bergurau atau main-main kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
(Jangan bergurau)

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
(Janganlah mengangkat suaramu lebih dari apa yang diperlukan oleh pendengar)

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang , mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberikan kebajikan.
( janganlah mengumpat)

9. berkenal-kenallah dengan sesama insan
(berkenal-kenalan dengan orang ditemui)

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; Oleh itu, tolonglah saudaramu sendiri tentang cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaannya.
(kewajipan lebih banyak daripada masa)

Comments