Semasa malam majlis perkahwinan Ummu Iyyas binti 'Auf iaitu puteri Umamah binti Al Harith, beliau telah memberi sebuah wasiat yang paling baik..Wasiatnya berbunyi begini,
Wahai puteriku, sesungguhnya engkau telah memisahkan dirimu dari lingkungan yang darinya engkau keluar. Engkau telah meninggalkan kehidupan yang darinya engkau berkembang. Seandainya seorang perempuan tidak memerlukan seorang suami,kerana kecukupan dari orang tuanya dan keperluan orang tua terhadap anaknya,maka engkau menjadi orang yang sangat tidak memerlukan suami. Namun wanita diciptakan untuk lelaki dan baginya lelaki tercipta.
Nasihat pertama dan kedua : patuhlah kepada suami dengan apa adanya dan dengar kata-katanya dengan baik disertai ketaatan.
Nasihat ketiga dan keempat : Sentiasalah engkau memperhatikan mata dan ciuman hidung suami, jangan sampai matanya memandang darimu sesuatu yang buruk dan jangan sampai dia mencium darimu melainkan wangi yang paling sedap.
Nasihat kelima dan keenam: Sentiasalah engkau memperhatikan waktu tidur dan makannya ,kerana kelaparan akan membuatnya garang dan kekurangan tidur akan membuatnya mudah marah.
Nasihat ketujuh dan kelapan : Jagalah hartanya dan peliharalah keluarga dan anak-anaknya. Adapun hal terpenting berkaitan dengan hartanya adalah mengaturnya dengan baik dan yang berkaitan dengan anak-anaknya adalah memelihara mereka dengan baik.
Nasihat yang kesembilan dan kesepuluh : JAnganlah sekali-kali melanggar perintahnya dan janganlah menyebarkan rahsianya, kerana bila engakau melanggar perintahnya, maka engkau akan menyempitkan dadanya ,dan bila engkau menyebarkan rahsianya ,maka engkau mengkhianati amanatnya. dan janganlah sekali-kali engkau bersukacita dihadapannya bila ia sedang bersedih,dan janganlah pula engkau menampakkan kesedihan dan wajah masam ketika dia sedang bergembira.
Semoga wasiat ini dapat kita jadikan panduan untuk masa hadapan.
Comments