Rentetan PPSMI

Rentetan pelaksanaan PPSMI

Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)


Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

- waktu ni jadi bahan ujikaji PPSMI yang pertama

Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

- Keputusan SPM PMR and UPSR diumumkan bagi bahan ujikaji pertama
- diuar-uarkan PPSMi tidak menjejaskan result malahan meningkat(meningkat???ermmm ataupun gred turun)
- ramai pelajar gagal dalam 2 subject ini(math n science)

Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

- rakyat semakin berani bersuara apabila parti pembangkang semakin berkembang dan kuat

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

- ramai rakyat Malaysia semakin sedar akan kesan PPSMI yang menhasilkan kesan buruk dan merugikan.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.

- Sasterawan mula berani bersuara dengan penuh keyakinan mempertahankan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bg 2 subjek yg sangat penting itu

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."

- haaa..yg menantu Pak Lah pun berani mula menunjuk rasa ketidakpuasan akan isu ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

- dimansuhkan 2012..ermm..maknanya ada 3 tahun lagi 3 peperiksaan besar akan berlangsung..
- kenapa x mulakan dengan pelajar darjah 1 tahun depan je.
-jangka masa 3 tahun ini macam-macam perubahan boleh berlaku
- mungkin nak bg masa lagi kot..nak kaji lagi sejauh mana kesan kepada pelajar yang telah melalui PPSMI ini pada kesan masa jangka masa panjang.


Apabila politik digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaan..siapa yang menjadi mangsa??rakyat jugak. bagi yang golongan elit dan pelajar bandar yang telah menguasai BI dengan baik..PPSMI tidak menjadi masalah kepada mereka ..namun bagaimana bagi yang belajar di luar bandar atau bagi mereka yang lemah dalam Bi. Hal ini telah melunturkan semangat mereka untuk terus belajar subject ini walaupun mereka meminatinya.

Timbalan Menteri ada berkata keputusan kabinet ini tidak ada berkaitan dengan manek urai..(politik lagi)...Mungkin tiada kaitan..Namun apa yang jelas kekuatan pembangkang itu sangat penting bagi memastikan sesebuah negara itu menjadi kuat dan mantap. Dengan ada kritikan dan bantahan inilah membolehkan sesebuah negara dapat mengenalpasti akan kelemahan dan dapat memperbaikinya. Sekiranya tiada pembangkang , negara yang mundur semakin mundur dan negara maju tetap tidak meningkatkan lagi tahap kemajuannya.

Cuba kita bayangkan sekiranya Pakatan Rakyat sangat kuat semasa isu PPSMI dimulakan..kebarangkalian PPSMi tidak akan dijalankan pasti tinggi..

Berbeza orang berbeza pendapat, Ahli politik dengan pemikiran politiknya, para pendidik dengan pemikirannya tersendiri.

Cukuplah dengan memerhatikan sekeliling kita akan kesan eksperiment ini.lihat saudara mara kita atau ahli keluarga kita yang melalui proses PPSMi ini, adakah baik atau buruk..Tidak dinafikan program ini juga medatangkan kesan yang positif..tetapi kepada segelintir pelajar sahaja.


kita tengok pula apa kata Khairy

PPSMI rugikan murid

"Dari aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian itu mendapati ramai lagi guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74) sekolah rendah dan 25.3 peratus guru (93) sekolah menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris.

Menurut Khairy lagi, dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, PEMBINA mendapati:

bullet button Sekolah rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.

bullet button Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya dua mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Menurut Khairy, kajian PEMBINA juga mendapati pelaksanaan PPSMI menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada kira-kira 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan ..


Sekarang baru la nak buka mata semua bila keputusan peperiksaan semakin tiada kualiti..

dulu berkobar-kobar pertahankan tengok sekarang..

tengok apa kata Perdana Menteri kita...

PUTRAJAYA: Perubahan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menyimpang daripada matlamat kerajaan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) di kalangan pelajar, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata, penekanan kerajaan dalam Bahasa Inggeris tetap sama tetapi caranya cuma berbeza kali ini.

Beliau berkata, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia juga tidak akan menghalang pelajar memasuki kerjaya profesional seperti doktor.

-ish3..macam2 la..

- Dulu lain..sekarang lain...bertepatan ngan 1Malaysia..

"rakyat didahulukan pencapaian diutamakan."

Comments

faaza said…
wah...tim..
bgus2...
entry ni byk tmbh pngetahuan utk faz..y x tahu sgt isu smasa skrg..
tq tim,
sbb m'bgkitkan smgt faz utk lbih up-to-date..
bisikan insan said…
thanx faz..hehehe
semoga istiqamah..