Saban hari, melihat tingkahlaku remaja dan masyarakat sekarang membuatkan kita sentiasa berada dalam kekeliruan. Daripada golongan kanak-kanak sehinggalah orang tua, daripada golongan jahil sehinggalah orang yang beragama. Apakah perbezaan antara golongan ini. Semakin hari semakin ketara perubahan-perubahan yang berlaku pada golongan ini. Terutamannya dalam soal menutup aurat. Adakah hukum menutup aurat berbeza-beza mengikut golongan tertentu? Bukahkah perintah yang diturunkan dalam ayat suci Al-Quran dituju kepada umat manusia dimuka bumi ini tanpa ada pengecualian?
Persoalan demi persoalan yang timbul hari demi hari. Alasan demi alasan muncul untuk mengelakkan daripada wajib untuk melaksanakan. "Hendak seribu daya, tak hendak seribu satu dalih". Inilah dikatakan perjalanan di dunia ini hanyalah sementara yakni tempat persinggahan, maka sudah pasti banyak dugaan dan ujian akan melanda diri kita sepanjang perjalanan untuk menuju ke akhirat kelak. Daripada mula-mula menjejak kaki di dunia ini sehinggalah minit ini, masalah aurat ini tidak pernah hilang atau diselesaikan. Bermula sejak sekolah rendah, sekolah menengah, IPT/IPTS, dan tempat kerja, masalah aurat tidak pernah selasai.
"Muslimah, jagalah aurat kamu. Anggaplah ia bagaikan harta kamu yang paling berharga. Jangan kamu merasa seronok apabila melakukan perkara yang haram ini. Segala perintah Allah tidak pernah sekali pun akan memudharatkan kita bahkan perintah-perintah ini memberi manfaat yang sangat besar kepada kita". Nasihat demi nasihat yang sama juga seringkali terngiang-ngiang di telinga ini. Namun sejauh mana penghayatan dan kesedaran yang timbul dalam hati yang sakit ini.
Memang tidak dinafikan dalam melaksanakan sesuatu kebaikan pasti ada cabaran dan dugaan yang melanda. Semuanya kerana ingin menguji sejauh mana teguhnya iman seseorang itu dalam melaksanakan syariat Allah. Tidak perlu mengolah banyak akan dimana aurat seseorang muslimah itu kerana hampir keseluruhan muslimah telah tahu di mana aurat mereka. Mereka dengar tetapi mereka tidak endahkan kerana lebih mengejar ke arah keduniaan.
Ustaz tidak pernah puas menyampaikan, "Aurat muslimah itu keseluruhan badannya kecuali tapak tangan dan wajah. Hendaklah memakai pakaian menutup aurat yang tidak ketat dan jarang. Kamu semua wajib memakai tudung, kerana rambut itu adalah mahkota kamu jangan biarkan ia terdedah terkena debu yang kotor berterbangan ". Hal ini bukan perkara yang baru kepada kita kerana menutup aurat ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi, setelah islam yang indah ini di perkenalkan. Maka tiada alasan lagi untuk kamu mempertikaikannya.
"Ala..panasla pakai tudung. Nanti berpeluh tidak selesa. Lagipun nak buat keja apa-apa susah. Mengganggu dan menyerabutkan terutamnya tudung labuh. Rimasla.". Jika kita bandingkan panas memakai tudung labuh dan panas seksa apai neraka , sudah tentu kata-kata ini berat untuk dikeluarkan. Namun hakikatnya, kebanyakannya kini hanya memikirkan hanya sebahagian dan meninggalakan sebahagian lagi. Keduniaan semata-mata. Pentingkan akan keselesaan diri daripada malaksanakan perintah Allah. Jelas dan nyata mereka ini tidak memikir kesan jangka masa panjang hasil perlakuan mereka ini.
Kadang-kadang memang benar dalam kebaikan, pastia ada perkara yang kita tidak sukai. Sebenarnya kita tidak tahu kadang-kadang apa yang kita suka itu mendatangkan keburukan kepada kita dan yang kita tidak sukai itu mendatangkan kebaikan kepada kita. "Pakai tudung labuh nampak macam mak cik la. Dahla macam ustazah je..Bukannya nak jadi ustazah". Hakikatnya beginilah situasi yang sering belaku. Pengalaman dalam dua keadaan yang berbeza ini telah mengajar akan erti sebuah nikmat melaksanakan syariat ini. Sekiranya perubahan pertama kali memakai tudung labuh dilakukan, perasaaan dalam diri memang nyata terselit rasa tidak sesuai dengan muka dan badan dan keadaan sekeliling dan macam-macam lagi situasi yang menyebabkan rasa tidak selesa apabila memakainya. Namun harus kita ingat, jika sering melakukan sesuatu perkara luar biasa dalam diri kita, pasti perkara itu akan menjadi biasa.Apabila ia sebati dengan jiwa kita. Perkara ini tidak menjadi masalah besar kepada kita, kerana kita tahu semua yang diperintahkan pasti ada hikmahnya. Rasa lebih terselamat dan dapat menjaga maruah diri
" Taknak hipokritla..nanti kawan-kawan cakap apa lak". Owh..hipokrit. Adakah ini punca utama menyebabkan manusia sukar untuk berubah kepada lebih baik? Sebenarnya dalam situasi ingin melakukan perubahan, kadang-kadang hipokrit itu perlu. Apa yang kita faham akan erti hipokrit ini adalah apabila melakukan sesuatu syariat bukan kerana Allah tapi kerana manusia.
Hipokrik:
1. a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, esp. a person whose actions belie stated beliefs.
2. a person who feigns some desirable or publicly approved attitude, esp. one whose private life, opinions, or statements belie his or her public statements.
Untuk melakukan sesuatu perubahan itu pada mulanya pasti kadang-kadang tidak terlepas daripada hipokrit. Tetapi perlu kena pada tempatnya. Kita merasa diri kita menipu orang ramai dengan menunjukkan diri ini soleh ataupun solehah. Tetapi dengan cara ini pada awalnya niat kita tersasar dari jalan sebanar, tetapi jika mengamalkan amalan seperti orang soleh dan solehah secara berterusan pasti akan membetulkan kembali jalan itu.
Perubahan itu tidak dapat dilakukan dalam sekelip mata sahaja. Jika diri hanya menyatakan tidak dapat berubah kerana telah diciptakan sebegini dan memang tidak dapat melakukan apa-apa lagi tanpa melakukan sebarang usaha dan perubahan menuju kebaikan adalah satu perkara yang merugikan. Hanya menunggu hidayah daripada Allah tanpa berusaha mencari dan menghampirinya. Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita memerlukan islam.
Percayalah pada suatu hari nanti, situasi yang dikatakan hipokrit itu nanti bukan lagi dikatakan satu penipuan kerana hati kita akan melakukan sesuatu kebaikan yang dikatakan hipokrit itu secara rela dan bukan lagi secara paksarela.

Kita perlu usaha.Mula-mula memang sakit dan banyak cabarannya tapi takkan kita mahu mengalah pada syaitan.Paksa untuk kebaikan insyaAllah ikhlas akan datang mengiringi.Kalau tak paksa, tunggu keikhlasan datang, tanpa ada usaha untuk mengikhlaskan perbuatan, sampai bila-bila pun tak buat.
"apa yang kamu tak boleh lakukan sepenuhnya, janganlah tinggalkan sepenuhnya" .
Comments