Assalamualaikum,
Kini satu persoalan baru timbul dalam kepala. Apabila seseorang itu suka sama suka dan mempunyai matlamat yang sama iaitu perkahwinan, adakah ini dikatakan sebuah pertunangan? Persoalan ini belum terjawab, kerana ada pendapat yang menyatakan majlis pertunangan hanyalah adat dan yang penting perjanjian antara dua buah pihak untuk menjalinkan satu ikatan yang sah.
Ada dalam kalangan yang memang suka sama suka dan telah menemui ibu bapa masing-masing dan dalam erti kata lain memang mempunyai satu matlamat yang sama iaitu ingin mendirikan masjid bersama dengan si dia. Apa yang menjadi persoalannya mereka ini tidak melaksanakan lagi majlis pertunangan itu, tetapi telah melebelkan pasangannya itu sebagai tunangannya atau telah dicop bakal menjadi haknya tetapi perlu disusuli dengan istikarah dan pegangan iman yang sangat kuat agar tidak melanggari batas-batas pergaulan.
Namun begitu, bagi diri yang jahil ini, bagaikan tertanya-tanya bolehkah macam tu, dengan ilmu yang sedikit tidak dapat nak dibandingkan dengan orang-orang yang beragama lebih tinggi. Pertunangan boleh dikatakan satu perjanjian awal sebelum pernikahan. Tetapi jika tiada majlis pertunangan lagi yang dibuat, perempuan dikira sebagai tunangan orang atau tidak?? satu persoalan lagi.
Selain itu, keluar pula istilah berkenalan sebelum kahwin dan yang terbaru suara hati dengar berkenalan sebelum bertunang. Sebab nak kenal betul-betul bakal tunang kita itu. Persoalan demi persoalan perlu dicari akan jawapannya. Bak kata pepatah tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad, jadi kesempatan itu, suka mengambil peluang ini untuk bertanya akan hal kepada sesiapa yang lebih arif.
Hal ini berbeza dengan menggunakan orang tengah sebagai agen untuk melangsungkan sebuah pertunangan yang sah. Kerana apabila menggunaka orang tengah untuk mengenali seseorang itu, agak berbeza sedikit. Orang tengah yang memerhatikan akan bakal tunang itu bersesuaian atau tidak dengan diri kita. Jikalau sesuai pertunangan boleh diteruskan dan jikalau tidak pendamkan sahaja hasrat itu. Yang ini memang boleh diterima logik akal fikiran.
Dahulu semasa kecil-kecil, semasa sekolah rendah dan menengah, ustazah dan ustaz selalu pesan jangan bercinta sebelum kahwin. Jikalau menaruh minat dan suka pada seseorang pendamkanlah dahulu didalam hati dan berdoalah jika dia benar untuk kita dekatkanlah hatinya dengan hati kita dan jika tidak kita terima akan ketentuannya kerana jodoh itu kerja Allah menetapkannya.
Walaupun ada yang mengatakan kami hanya berkenal-kanalan sebelum bertunang untuk mengenali dengan lebih mengenai diri masing-masing, tetapi kadangkala akan menimbulkan fitnah daripada orang-orang yang kurang memahami. Bagi mereka yang berpendapat lain,hal ini bagaikan sama sahaja dengan mereka yang bercinta dengan bertujuan untuk berkahwin. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Inilah yang dikatakan perbezaan pendapat antara masyarakat sekeliling kita. Sesetengah orang boleh menerimanya dan sesetengahnya tidak dapat menerimanya. Oleh itu, hormatilah pendapat masing-masing. Peganglah sesuatu yang kita rasa kita mampu lakukan. Jika kita tidak mampu untuk mengawal keadaan dan menjaga iman dengan baik, baiklah sekiranya kita berpegang kepada jodoh itu ditangan Allah. Percaya bahawa telah ditetapkan kepada pasangan hidup yang sangat bersesuaian dan saling melengkapi antaranya.
Diri yang jahil tentang agama ini bagaikan tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan pertunangan yang betul menurut islam.
Suka saya berkongsi artikel di bawah ini. Selamat menghayatinya..
http://puteraazhari.blogspot.com/2009/10/tunang-melamar-cinta-berduri.html
http://puteraazhari.blogspot.com/2009/10/cinta-kampus-matlamat-halalkan-cara.html
http://studiomuslim.com/dakwah/risalah-vs-cinta/
Comments