Disebalik Kalbuku

assalamualaikum..

Nukilan ini bukannya ingin meluahkan perasaan atau meluahkan rasa tetapi sekadar perkongsian pengalaman daripada sahabat-sahabat. Kalau nak dibandingkan dengan pengalaman sendiri tidak adalah yang menarik untuk dikongsikan namun memalui pengalaman-pengalaman sahabat-sahabat mungkin sudah cukup bagiku untuk menimba pengalaman dan untuk dijadikan sebagai pengajaran.

Sebagai seorang muslimah yang memang nyata merupakan insan yang sangat lembut hatinya dan mudah untk dilayan perasaan sudah pasti banyak dugaan yang melibatkan permainan perasaan. Dalam usia remaja ini, kita tidak akan lari daripada ujian-ujian yang melanda diri untuk menguji sejauh mana kuatnya iman kita ini. Walaupun kadangkala kita mengatakan kita tidak pernah menghadapi ujian seperti itu, namun melalui pengalaman sahabat-sahabat, kita dapat mengambil pengajaran daripadanya.

"Wahai orang-orang briman!Jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan jnganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.dan janganlah ada diantara kamu mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. sungguh Allah Maha Penerima Tobat, Maha Penyayang-Al-Hujurat 12



Melalui ayat suci Al-Quran ini, jelas kita dapat melihat betapa Allah memberi penegasan kepada agar menjauhi daripada berprasangka kepada orang lain, dilarang mencari-cari kesalahan orang lain, dan dilarang kita mengunjing(mengumpat) kepada sebahagian yang lain.

Dalam keadaan sedar atau tidak sekarang, ketiga-tiga phenomena ini telah banyak berlaku disekeliling kita. Kadang-kadang suara hati bagaikan lali dengan situasi-situasi ini. Sebagai seorang manusia biasa sudah pasti kita tidak lari daripada kesilapan dan dosa.

Dalam persahabatan atau apa-apa sahaja pasti prasangka ini pasti berlaku. Memang tidak dinafikan kadangkala berprasangka ini sangat penting dalam persahabatan dan perkenalan. Namun begitu bersangaka baik itu lebih baik daripada bersangka buruk. Hal ini kerana bersangka baik lebih banyak kebaikan dan kelebihan daripada prasangka buruk. Diri yang lemah ini juga tidak lari daripada kesilapan-kesilapan ini. Akibat kurang percaya kepadaseseorang itu, maka timbullah satu prasangka yang kurang enak berlaku. Selepas menyedari tindakan yang terburu-buru ini, diri ini bagaikan semakin kerdil kerana tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.

Kita tidak sepatutnya prasangka buruk kepada sesiapa sahaja dengan membabi buta sehingga boleh menimbulkan persengketaan. Jika tiada bukti yang nyata dan jelas jangan kita berani prasangka bukan-bukan kepadanya. Kerana melalui prasangka ini timbullah phenomena mencari-cari kesalah orang lain. Selain itu, prsangka juga boleh menimbulkan fitnah yang sangat dasyat.

Seterusnya, telah dinyatakan juga agar tidak mencari-cari kesalahan orang lain. Situasi ini berlaku apabila perasaan iri hati atau perasaan kurang berpuas hati yang berpunca daripada prasangka yang boleh mendatang dosa. Kadang-kadang diri kita lebih suka menceritakan keburukan orang lain berbanding kebaikannya. Dengan itu, setiap kesalahan dan keburukan orang lain sentiasa dicari-cari tetapi kebaikannya tidak pula diikuti. Umpama terdapat satu titik hitam di atas sekeping kertas yang putih bersih. Kertas yang putih bersih itu tidak dilihatnya tetapi titik hitam yang kecil itu pula dilihatnya. Itulah sering berlaku pada diri kita selama ini.


Melalui mencari kesalahan orang lain, maka lahirlah ayat-ayat yang mengunjing yang keluar daripada mulut-mulut yang belum mendapat hidayah ini. Sampai kini belum diketahui apa itu ubat untuk menghentikan mulut-mulut yang suka mengumpat ini. Sedangkan dalam Al-Quran telah dikhaskan satu surah mengenai mengumpat ini (AL HUMAZAH). Tidak sedarkah kita semua bahawa mengunjing orang ini umpama memakin daging saudaranya yang telah mati.Tidak jijikkah kita memakan daging orang yang telah mati.Baunya tidak dapat ditahan inikan pula untuk dimakan.

Wahai orang-orang beriman ingatlah akan peringatan ini. Jika sekarang engkau sedang mendengar berita atau cerita yang tidak cukup bukti dan saksi, jangan engkau berani menghebohkan dan mencerita-ceritakan pula kepada orang lain dengan tokok tambah yang tersendiri.

Ingatlah akan pesanan ini.....
kerana diri ini tidak sanggup mendengar perkara yang bukan-bukan berkenaan sahabat-sahabatku yang nyata sangat bohong dan dusta semata-mata.........

celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela
yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya
dia(manusia) mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.
Sekali-kali tidak! Pasti dia akan lemparkan ke dalam neraka hutamah
dan tahukah kamu apakah neraka hutamah itu?
yaitu api azab Allah yang menyalakan
yang membakar sampai ke hati
sungguh , api itu ditutup rapat atas diri mereka
sedang mereka itu diikat pada tiang-tiang yang panjang
AL-HUMAZAH (1-9)

Comments