Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sepanjang hidup ini, telah banyak pengalaman yang aku telah lalui. Kini aku telah melalui banyak pengalaman mengenai persahabatan. Kali ini aku betul-betul mengerti apa itu erti persahabatan yang sebenar. Aku begitu kagum dengan sahabat-sahabat aku yang begitu mengambil berat akan pentingnya sebuah persahabatan. Kerana aku tahu persahabatan itu perlu berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Sebaik atau seburuk mana pun seorang sahabat itu, dia tetap merupakan sahabat kita. Memang benar jika kita ingin memilih sahabat, kita perlu mencarinya betul-betul. Carilah sahabat yang jika ada kekurangan pada kita, sahabat akan membantu kita mengisi akan kekurangan. Dalam erti kata lain saling melengkapi. Bukan dalam berpasangan sahaja boleh menggunakan istilah saling memahami, saling melengkapi dan juga saling menyayangi. Namun dalam persahabatan juga ia sangat penting kerana sahabat merupakan insan yang penting dalam hidup kita.
Kita sedar banyak masa kita diluangkan bersama sahabat berbanding dengan keluarga, melainkan setelah berumah tangga. Sahabat-sahabat ini merupakan satu semangat yang sangat kuat kepada kita. Tanpa sahabat-sahabat seperti ini, sudah pasti kita tidak dapat hidup dengan tenang di atas bumi. Tambahan lagi kita semua ummat islam bersaudara.
Jika ada kelebihan pada sahabat itu, jangan kita gunakan dengan cara yang salah dan jangan iri hati dengan kelebihan itu. Sesungguhnya setiap orang itu, pasti ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri. dan ingatlah jika ada kekurangan pada sahabat itu, jangan kita pinggirkan ia dengan alasan kekurangan itu. Cubalah membantu melengkapi akan kekurangan padanya dengan membimbingnya. Kerana dengan bimbingan yang sewajarnya boleh menyebabkan satu perubahan yang ketara pada diri sahabat kita. Kerana mereka tahu sahabat-sahabatlah sumber kekuatan kepada diri mereka untuk berubah.
Ingatlah setiap kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan.
Comments