Isu Kartika Sari Dewi Shukarno.
Walaupun hampir dua bulan peristiwa ini berlaku namun perjuangan-perjuangan menolak dan menerima hukuman yang dikenakan ke atasnya masih panas diperdebatkan. Pelbagai perdebatan dan pencangahan pendapat telah diutarakan berkaitan kes ini .
Ummat Islam bagaikan dilanda ujian dasyat apabila terdapat segelintir yang mencabar akan hukum Allah ini. Mereka tidak menyetujui akan perlaksanaan hukum Allah di atas bumi ini. Memansuhkan undang-undang syariah adalah perkara yang tidak patut dan mustahil untuk dilakukan. Kerana kita tahu Islam merupakan agama rasmi di negara kita.
Menurut The Star Online, Wednesday August 19, 2009.
The Syariah High Court has ordered for Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, to be detained for seven days effective Aug 24 in preparation for being whipped six times.
The order was obtained following an application by Syarie deputy public prosecutor Saiful Idham Sahimi, who filed it at the court here yesterday.
The court also granted the prosecution’s application for Kartika’s caning to be carried out within the seven days of her detention at the women’s prison in Kajang, that it be carried out by a female officer and for her to be released as soon as the punishment was meted out.
The application was heard before Syariah High Court Judge Justice Datuk Abdul Rahman Yunos in chambers.
On July 20, Kartika had been ordered to be caned and fined RM5,000 for consuming alcohol at a hotel night club in Cherating.She was arrested by a team from the state religious department at 1.20am on July 12, 2007.
Although Kartika paid the fine, she did not appeal against the whipping order.
The mother of two was charged under Section 136 of the Pahang Islamic and Malay Traditional Practices Enactment (Amendment) 1987.
Under this section, those found guilty of consuming alcohol can be fined up to RM5,000 or jailed for a maximum of three years, or both, and sentenced to six strokes of the rotan.
The sentence for consuming alcohol was made stiffer when the Islamic Religious Administration and Pahang Malay Tradition Enactment was amended in 1987.
The punishment is provided for under Section 125(4) of the Syariah Criminal Procedure Enactment 2002, which spelled out how the caning should be carried out.
In Islamic law, the cane should not be thicker than the little finger on the hand and the cane cannot be lifted so high that the upper arm is away from the armpit.
Garis panduan perlaksanaan hukuman sebatan mengikut Islam adalah seperti berikut:
1. Mahkamah atau Kerajaan Negeri menentukan dimana hukuman itu hendak dilaksanakan.
2. Pesalah mesti diperiksa oleh Doktor Kerajaan tentang tahap kesihatannya untuk menjalani hukuman sebat itu.
3. Alat untuk digunakan adalah rotan atau ranting kecil pokok yang berukuran panjang tidak lebih dari 1.22 meter (4 kaki) dan tebalnya 1.25cm (1/4 inci).
4. Orang yang akan menyebat itu mestilah seorang yang adil dan matang.
5. Tukang sebat itu mesti gunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya lebih dari paras kepala supaya tidak melukakan kulit.
6. Selepas mengenakan satu sebatan dia hendaklah angkat alat sebatan itu keatas dan tidak menariknya.
7. Sebatan boleh dikenakan ke seluruh badan kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
8. Pesalah yang disebat hendaklah berpakaian mengikut Hukum Syarak.
9. Pesalah lelaki disebat dalam keadaan berdiri dan perempuansecara duduk.
10. Perempuan yang hamil tidak boleh disebat dan mesti tunggu selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
Satu kajian yang telah dilakukan oleh seorang saintis Rusia, Dr Marina Chuhrova yang mempunyai sepuluh orang pesakit ketagih arak yang menjalani rawatan terapi merotan. Pada asalnya pesakit-pesakit ini tidak menyukai kaedah ini tetapi apabila ia mula memberi kesan positif, mereka bertukar menjadi suka, sehingga mereka sanggup membayar lebih kurang RM400 untuk satu sesi rawatan.
Tambahan itu, ahli biologi, Dr Sergei Speransky yang mengetuai kajian itu, mendakwa hukuman jasmani boleh membantu seseorang menangani masalah ketagihan dan tekanan. Sergei mengesahkan yang beliau bukan sadis walaupun beliau mencadangkan kaedah merotan atau menyebat, dan kaedah itu ternyata berkesan.
Kaedah ini biasanya melibatkan 30 sesi atau paling baik 60 sesi.
Kini memang jelas setiap Hukum Allah itu, pasti ada kelebihan yang tersendiri.
Menurut satu Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan..
Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.
Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.
Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.
Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.
Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.
Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.
Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.
Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.
Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.
Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.
Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!
Ayuh..buka minda kita semua akan perlaksanaan
Comments