Luahan Kalbu ~2

Ya Allah berilah ketenangan pada hamba mu yang hina ini..
Tunjukkan kami jalan yang benar..
Jangan Engkau biarkan kami sentiasa berada dalam kegelapan,
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami ..dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa-dosa sahabat kami..dosa orang-orang islam..

Syawal baru saje melangkah pergi. Namun ia meninggalkan banyak kenangan dan dugaan yang mungkin sukar untuk dilupakan. Dugaan demi dugaan yang melanda orang yang berhampiran denganku umpama gelombang Tsunami buat diriku ini. Gelombang demi gelombang yang menghempas terhadap diri mereka, bagaikan terkena tempias dan membasahi diriku. Lima gelombang datang membasahiku..dan ini paling besar gelombangnya sehingga aku tidak dapat berkata apa-apa

Suara hati yang lemah ini memang mudah digoncang sehingga menitik titisan-titisan jernih yang sukar untuk dihentikan. Walaupun luarannya nampak bagaikan orang yang sedang bergembira namun hakikatnya memang jauh sekali perbedaannya.

Memang sukar untuk mengungkapkan kata-kata ini, diriku bagaikan melayang-melayang dibawa angin yang kuat (betol ke???)..Satu demi satu persoalan yang timbul, tiada satu pun yang betul-betul mempunyai jawapan yang tepat. Bergantung bagaikan tiada landasan untuk diletakkan.

Inilah dikatakan hakikat kehidupan. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan yang mempunyai pelbagai stesen-stesen ujian untuk mendapat satu tempat yang kekal abadi untuk kehidupan yang akan datang.

Sering kali kita mendengar, Allah tidak akan menguji sesuatu benda kepada kita melainkan dengan kesanggupan kita untuk menerima ujian tersebut. Indahnya pentas mengadilan yang Maha Esa. Setiap yang diuji itu pasti ada hikmahnya yang tersendiri.

Di sini kita dapat melihat yang mata kaca yang mana permata, disini kita dapat lihat yang mana asid dan yang mana air berkabonat. Apa yang penting, tidak semua yang kita dengar di dunia ini adalah benar belaka. Jangan kita berani menghukum seseorang jika kita tidak mampu menyediakan bukti yang nyata. Namun jika betul, anggaplah ia sebagai satu ujian buatnya untuk terus berubah menjadi yang lebih baik. Sesungguhnya Allah itu maha Pemurah dan Maha Penyayang. Sedarlah, Allah Maha penerima Taubat.

Dengan melihat situasi dan phenomena di usia remaja ini, amat digalakkan agar kita mengambil pengajaran dan iktibar. Jika dikumpulkan memang terdapat begitu banyak hikmah dan pengajaran yang dapat disimpulkan. Allah menguji kita kerana Dia ingin melihat sekuat manakah iman kita.

Allah sengaja menduga kita agar kita cepat menyedari akan perbuatan kita. Hal ini menunjukkan bahawa Allah sangat menyayangi kita. Jika tidak sudah pasti kita akan hanyut dibawa harus tanpa sebarang halangan yang datang (iaitu peringatan), yang membantu kita berlandas ditepi dan mencari kembali jalan yang betul dan benar.

Dalam keadaan yang begitu merunsingkan dan memeningkan, ingatlah kita sentiasa mendekati-Nya, kerana kita tahu hanya kepada-Nya tempat kita sesuai untuk mengadu. Namun perlu diingatkan juga , bukan ketika kesusahan sahaja kita perlu mendekati-Nya tetapi ketika kita berada dalam nikmat-Nya kita juga harus sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.Andai tiada manusia yang sanggup menjadi tempat untuk diluahkan cukuplah kepada Pencipta kita adukan.

Kita tahu, apabila seseorang berada di dalam kesusahan jangan kita bebankan lagi akan kesusahan itu. Cuba untuk menyelesaikan dan mendekatinya. Jika dia betul teruskan tegakkan akan kebenaran. Jika benar ia salah cuba bawanya ke jalan yang betul agar ia tidak terus hilang aras yang baru sahaja termelencong.

Kerana aku yakin suatu hari nanti pasti ternyata yang benar dan kurang benar dan ak bersedia menerima jawapannya.

Comments