Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Setiap orang pasti ada kelemahan dan lebihan tersendiri. Begitu juga dengan diriku yang hina ini. Semalam suara hati sedikit termenung dan mengenangkan kembali segala keburukan yang telah dilakukan sepanjang berada di dunia ini. Diri ini bagaikan begitu hina dan kerdil apabila memikirkan kembali dosa-dosa silam mahupun dosa yang baru. Dalam keadaan sedar dan tidak sedar, jika dihitungkan memang telah banyak kesilapan yang telah dilakukan.
Betullah kata pepatah kerana mulut badan binasa. Dalam kehidupan seharian kita, kita tidak terlepas daripada berkomunikasi dengan orang lain. Ketika berkomunikasi itu, pasti ada terlajak kata atau terkasar bahasa dan terlanjur mengata. Dengan itu, sudah pasti kita tidak akan lari daripada perkara ini sekiranya tidak dikawal betul-betul.
Kadang-kadang, walaupun kita kita telah merancang terlebih dahulu untuk mengeluarkan dan menyusun kata-kata kepada seseorang, namun perancangan itu tidak semestinya menepati perasaan seseorang itu.Berfikir dan merancang dahulu sebelum berbicara, tetapi Segala perancangan yang dilakukan bagaikan tiada makna sekiranya kita tidak berfikir dengan lebih jauh lagi ke hadapan. Walaupun kita telah berbincang dengan rakan yang lain untuk menyusun bicara itu terlebih dahulu, namun tidak semestinya hasil berbincangan itu dapat mengelakkan daripada terlajak kata dan terkasar bahasa.
Kita perlu sedar, pemikiran orang lain tidak sama dengan kita. Kita perlu sedar pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara tidak sama dengan pandangn kita. Oleh itu, wajarlah kita menghormati pandangan mereka. Satu pengajaran, agar tidak perlu terlampau berani dalam mengakkan pandangan kita tetapi berpada-padalah.
Satu teguran yang akan diingati dan perlu dikawali dengan baik. Jangan menghukum sesorang itu tanpa ilmu dan tanpa bukti. Sebelum menegur seseorang sedarlah mungkin ilmu dia lebih tinggi daripada diri kita yang mungkin baru berputik. Jangan membuat tuduhan yang melulu tanpa bukti yang kukuh. Manusia sememangnya tidak akan lari daripada kesalahan , tetapi jangan kita gunakan peluang itu untuk menuduh seseorang itu sesuatu yang buruk tanpa memikirkan dahulu akan kesannya pada masa akan datang.
Jika kita membuat dosa kepada Allah, kita boleh meminta ampun kepada-Nya kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Pengasih, tetapi jika kita membuat salah dengan manusia kita tidak akan dapat menghapuskan dosa tersebut melainkan manusia itu memaafi kita.
Sebelum nyawa sampai ke kerongkong, izinkan diriku yang lemah ini memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri yang hina ini. Maafkan aku sekiranya terlajak kata, terkasar bahasa, terlanjur mengata. Hanya itu yang mampu kupinta. Jika ada salah dan khilaf harap dapat dimaafkan. wassalam..ikhlas daripada suara hati
Comments