Bagan Pinang

Ogos tahun lalu, Datuk Ariff Shah Omar Shah (Umno) dikalahkan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh.

Februari lalu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (Umno) dikalahkan oleh Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Kuala Terengganu.

April lalu, Ismail Safian (Umno) dikalahkan oleh Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS) dalam pilihanraya Parlimen Bukit Gantang.

Serentak dengan pilihanraya Bukit Gantang, Datuk S. Ganesan (MIC/BN) dikalahkan oleh S. Manikumar (PKR) dalam pilihanraya Dun Bukit Selambau.

Jun lalu, Aminah Abdullah (bebas) yang dikatakan sebagai calon proksi Umno, turut dikalahkan oleh Dr. Mansor Othman (PKR) dalam pilihanraya Dun Penanti.

Julai lalu, Tuan Aziz Tuan Mat (Umno) dikalahkan oleh Mohd Fauzi Abdullah (PAS) dalam pilihanraya Dun Manek Urai.

Ogos lalu, Rohaizat Othman (Umno) dikalahkan oleh Mohd Salleh Man (PAS) dalam pilihanraya Dun Permatang Pasir.

11 Oktober ini, Siapakah yang akan mengisi kekosongan Kerusi DUN Bagan Pinang selepas penyandangnya, Azman Mohammad Noor, yang mewakili BN, meninggal dunia pada 4 September lalu.

Pilihanraya kecil Bagan Pinang ini dikatakan bakal menjadi aras tanda utama, sama ada tsunami politik 8 Mac 2008 masih berterusan sehingga sekarang, atau rakyat sebenarnya masih menolak sesiapa saja calon yang diperjudikan Umno BN.

Agak-agaknya kenapa rakyat macam tidak boleh terima Umno BN lagi? Pasti masing-masing mempunyai jawapan dan pendapat sendiri. Sedar atau tidak parti BN akan setuasi ini terpulang kepadanya..namun kita sebagai rakyat yang berada di bawah lindungan sebuah kepimpinan mengambil peranan penting dalam memilih seorang pemimpin yang betul dan tepat.

Fenomena ini umpama gelombang tsunami bagi pihak kepimpinan dan penyokong UMNO BN. Silap siapakah yang menyebabkan kekalahan yang berterusan ini tidak perlu ditanya, namun harus dicari apa punca berlakunya perkara ini.

Mungkin rakyat kini lebih mengenal akan keindahan dan keajaiban politik ini. Mereka telah sedar dan telah pandai dan memahami akan proses demokrasi yang telah diamalkan oleh negara ini..(ye ke??..whatever..)..

Inilah dikatakan the magicians of our politics..huhu

Kita tengok je siapa yang menang dalam pilihanraya 11 Oktober ini. Sama ada Calon BN Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti atau Pas yang menamakan Pesuruhjaya Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar.

BN mengalami masalah pilih calon yang sesuai bagi mereka. Bagaimanakah penerimaan rakyat terhadap seorang pemimpin yang pernah terlibat dengan rasuah dan ingin mengambil kembali kuasanya dahulu sebagai menteri besar N9.

Sejarahnya mcam ni ..Isa digantung dari Umno selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 selepas disabitkan bersalah rasuah politik ketika pemilihan kepimpinan Umno pada 2004..

Sekarang ini, secara jelas kita lihat bekas PM, Tun Mahathir tidak dapat terima Isa sebagai calon tetapi PM kita sekarang terima dia dan ahli-ahli Umno akar umbi di N9 juga menyokong kuat Isa untuk kembali sebagai menteri besar akibat tidak senang dengan kepimpinan menteri besar hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Dan apa yang menarik, boleh dikatakan Tun Mahathir dan anggota parlimen Rembau, Khairy menjadi kembali baik dengan persamaan pendapat dalam kes ini..

Langkah pemilihan calon bersih daripada BN yang digesakan oleh bekan PM, Tun Mahathir sama sekali tidak mampu dilakukan oleh parti ini kerana kepimpinan Umno sekarang ini sudah terlalu parah dengan gejala rasuah dan salah guna kuasa di samping perpecahan dalam parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sendiri. (macam-macam kan..)




Comments