Pentingnya Sistem Pendidikan dalam Keluarga

Semester ini dapat satu tugasan yang membincangkan akan sistem kekeluargaan Cina dahulu dan sekarang. Daripada tugasan TITAS ini, dapatlah satu ilham untuk memberii sedikit pandangan mengenai isu kekeluargaan.Berdasarkan tugasan tersebut, kita dapat melihat sistem kekeluargaan Cina disamping membandingkannya dengan sistem kekeluargaan masyarakat kita kini. Terutamanya sistem pendidikan keluarga islam Melayu.

Jika dirujuk akan sistem kekeluargaan Cina, mereka sangat mementingkan status dan hubungan dalam keluarga. Fahaman Konfusianisme sangat mementingkan Konsep lima Hubungan iaitu hubungan suami dan isteri, bapa dan anak, abang dan adik, pemerintah serta rakyat dan kawan dan sahabat. Daripada konsep ini, kita dapat lihat pentingnya yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Bapa berkuasa kepada seorang anak dan anak patut patut hormat kepada bapa. Daripada dalam rumah hinggalah kepada sistem pemerintaJustify Fullhan negara China mereka menggunakan konsep ini. Malahan sehinggga masih terbukti akan kekuatan sistem kekeluargaan Cina, hanya sedikit masyarakat Cina yang bercerai berai kerana meraka masih berpegang teguh kepada fahaman mereka.

Begitu juga ajaran Islam yang benar, hubungan kekeluargaan sangat penting bagi membina sebuah negara Islam yang membangun. Untuk menegakkan syiar Islam, kita hendaklah memupuknya sejak dilahirkan lagi. Hari ini kita dapat merasakan kerapuhan sistem kekeluargaan masyarakat Melayu Islam yang semakin ketara. Banyak kes gejala sosial yang semakin meruncing kini. Semua pihak saling menunding jari, sama ada daripada pihak ibu bapa, sekolah, media massa mahupun kerajaan. Sedarkah kita dalam sebuah keluarga, bapa memainkan peranan paling besar dalam memberikan pendidikan Islam mahupun kemahiran dan membentuk disiplin anak-anak.

Comments