Semakin hari semakin banyak perkara-perkara yang tak diingini berlaku. Gempa bumi di merata-rata tempat, berlakunya banyak kematian dan kemusnahan. Tidakkah kita sedar??Tanda kekuasaan dan kebesaran semakin jelas kelihatan. Peringatan demi peringatan telah diberikan kepada kita. Selain itu banyak peristiwa-peristiwa besar berlaku pada Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari Raya Korban, Awal Muharram, Tahun Baru, Hari Kristmas dan banyak lagi. Pada 1 Januari (Jumaat), gerhana bulan telah berlaku kemudian yang terbaru pada hari jumaat 15 Januari juga ada satu peristiwa yang berlaku iaitu gerhana Matahari. Semua peristiwa membuatkan kita semakin dekat dengan Allah. Namun begitu, terpulang kepada kita semua menyedari atau tidak akan petunjuk ini. Ingatlah hari Kiamat juga berlaku pada Hari Jumaat.
Jika kita lihat, apabila berlaku gerhana, semua muslim akan berkumpul di masjid atau surau untuk melaksanakan solat gerhana dan mendengar khutbah peringatan atau nasihat penting akan disampaikan. Allah ingin menunujukkan tanda kekuasaanNya kepada umat manusia agar mereka beriman dan bertaqwa kepada Allah. Apa yang paling penting apabila berlakunya gerhana ia bermakna Allah memberi amaran kepada manusia menjauhi maksiat dan memperingati Allah sebelum Hari Kiamat.
Kita mungkin tidak sedar kita semakin lalai dan kurang mengingati Allah. Dengan berlakunya perkara-perkara ini, sedikit sebanyak akan membuatkan kita kembali dan mendekatkan diri kepada Allah. Gempa bumi dan bencana alam lain juga merupakan tanda-tanda kekuasan Allah ingin tunjukkan kepada kita dan memberi pengajaran bagi mereka yang kufur. Gempa bumi di Kepulauan Solomon, Haiti, California, banjir di Brazil dan letusan gunung berapi di Congo. Dunia yang semakin tua ini menunjukkan Hari Kiamat semakin hampir, setakat manakah amalan kita sekarang? Fikirkanlah.
Dalam khutbah gerhana, Rasulullah ada berpesan agar kurangkan keseronokan dan banyakkan keinsafan. Keseronokan dunia tidak akan hilang sampailah ajal tiba. Hanya diri kita sendirilah yang menentukan bagaimana cara untuk mengimbangi dunia dan akhirat. Walaupun ramai yang mengecapi keseronokan dunia, tetapi masih ramai tidak berpuas hati dan tidak mencapai kepuasan keseronokan tersebut. Anggaplah keseronokan dunia hanya sementara dan akhirat kekal selamanya. Penjara orang mukmin adalah dunia dan penjara bagi orang kafir adalah di akhirat. Oleh itu, ayuhlah kita mencuba sedaya upaya untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat yang kekal selamanya. Walaupun pahit dan sakit deritanya berada di dunia bagi menegakkan Islam, bersabarlah dan yakinlah kita akan memperolehi keindahan dan balasan pada kehidupan yang akan datang.
Maksiat yang berleluasa dan hiburan tanpa batasan kini telah menyebabkan ramai orang islam menjadi lemah dan gagal. Begitu mudah terpedaya dengan dunia fatamorgana dan nilai-nilai Islam juga semakin pudar di negara-negara Islam kini. Negara kita yang dikatakan sebuah negara Islam sangat mengecewakan kerana tidak mampu melaksanakan perintah Allah dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara. Islam bagaikan tertimbus dengan kemajuan negara yang semakin membangun. Hanya sebilangan kecil yang masih bersemangat dan berusaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam.
Semoga dengan petunjuk-petunjuk yang Allah berikan ini akan membuka hati ramai pihak untuk berfikir sejenak dan muhasabah diri untuk kembali beriman dan bertaqwa kepada yang Maha Pencipta kerana kita jua akan kembali kepadanya suatu hari nanti. Sebagai seorang pendidik terutamanya menjadi kewajiban kepada kita semua untuk membetulkan balik pemikiran-pemikiran yang semakin terpesong bermula di bangku sekolah lagi. Pengaruh ideologi dunia luar darpada pelbagai aspek yang semakin menjadi-menjadi mampu membunuh akidah anak-anak kecil islam. Sedikit demi sedikit mereka meracuni pemikiran orang-orang tanpa kita sedari. Dengan itu bangunlah wahai umat islam untuk bersatu padu untuk mengembalikan generasi yang mampu memperjuangkan Islam kembali daripada musuh-musuh Islam..kafir laknatullah..
Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:
"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi

Comments