Sejak daripada akhir bulan Januari tahun ini saya mula berjinak untuk mengkaji tentang GERAKAN FREEMASON. Dalam tempoh hampir dua bulan lebih, banyak maklumat yang saya perolehi. Jika hendak diceritakan satu persatu akan gerakan ini takkan habis. Perancangan yang begitu terperinci sejak 1000 tahun dahulu telah mereka jalankan satu persatu. Mereka bagaikan telah menguasai dunia. Namun ingatlah Allah sentiasa bersama kita dalam memperjuangkan Islam. Sesungguhnya perancangan Allah lebih hebat daripada mereka. Berikut merupakan serba sedikit hasil dapatan yang saya perolehi.
"Ramai di kalangan ahli kitab mengharapkan kamu murtad menjadi kafir setelah kamu beriman kerana perasaan hasad dengki di dalam diri mereka setelah nyata kepada mereka kebenaran."
(Surah al-Baqarah ayat: 109).
Firman-Nya lagi yang bermaksud:
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka."
(Surah al-Baqarah ayat 120).
p/s: thanks a lot to shiqah, bg pinjam buku
Reality atau Fantastic
Semakin hari semakin bertambah perasaan cintakan dunia dalam kalangan umat Islam sekarang. Siraman-siraman slogan-slogan permodenan seperti globalisasi dan new order semakin mengaktifkan lagi perasaan kecintaan mereka kepada dunia. Manusia bagaikan tidak sedar dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan akhirat kekal selamanya. Perasaan ini merupakan virus yang paling bahaya dan mampu membuatkan umat islam berada dalam kesesatan dan kebinasaan. Virus ini mampu membuatkan umat islam tidak bergantung lagi kepada Allah malahan meminta pertolongan daripada pihak musuh. Seterusnya, umat islam hilang kekuatan dan menjadi pak turut atau menjadi orang suruhan musuh Islam tanpa kita sedari.
Sedar atau tidak, dalam era globalisasi inilah pihak musuh berada dalam kegembiraan kerana berjaya memodenkan umat islam atau dalam erti kata lain berjaya membuatkan umat islam semakin leka dan terus leka sehingga lupa siapakah musuh mereka yang sebenar. Satu gerakan sulit yang telah diwujudkan sejak 45 M lagi telah berjaya menguasai minda manusia di seluruh dunia. Gerakan ini dinamakan Freemasonry yang merupakan salah satu gerakan bawah tanah . Musuh-musuh Islam ini berani melakukan apa sahaja kepada umat Islam apabila mereka telah berjaya menguasai pentadbiran umat Islam. Jika kita imbas kembali sejarah kejatuhan sistem khalifah ketika zaman Turki Uthamaniyyah, mereka berjaya memecahbelahkan umat islam mengikut tempat dan bangsa. Dengan itu, Islam hilang satu kekuatan persatupadu. Meraka menggunakan alasan gerakan kebangsaan yang membela nasib bangsa bagi mengaburi mata umat Islam. Tanpa disedari, gerakan ini telah menusuk masuk kedalam gerakan kebangsaan yang telah dibentuk. Mereka menunjukkan keprihatinan membela anak bangsa, padahal disebalik keprihatin itu terdapat satu agenda rahsia yang bakal memusnahkan umat islam. Umpama ada udang disebalik batu.
Syeikh Annuar Al-Jundi di dalam kitabnya Mahalah li Binai al Manhij As Salamiyah pernah berkata:
“ Pada hari ini ajaran talmud merupakan ajaran yang meruntuhkan umat dan ketamadunan manusia. Melalui kaedah ilmiah, ajaran ini mentang agama, akhlak dan moral. Sekaligus dengan itu, ajaran ini menentang tuntutan dan kewajiban yang mesti dijalankan serta hukuman-hukuman (hudud)yang mesti dikenakan kepada pesalah. Di anatara perkara yang paling merbahaya yang didapati daripada ajaran ini ialah mewujudkan perancangan yang meruntuhkan dan membinasakan seperti Freemasonry, Zionisme dan protokol-protokol mereka.”
Apa itu gerakan Freemasonry?
Mungkin ada dalam kalangan kita yang mengetahui apa itu Freemasonry dan ada juga masih tertanya-tanya mengenainya dan ada juga yang masih tidak mengetahui akan kemujudan gerakan ini. Gerakan Freemasonry merupakan satu gerakan yang dipelapori oleh orang Yahudi yang ingin mengambil kembali tanah Palestin daripada Kristian dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, kemudian akan meluaskan pemerintahan ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan seterusnya menuju ke Madinah di Arab Saudi. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam. Selain itu, mereka juga akan mengembangankan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial. Apa yang jelas mengenai kesan gerakan ini, negara islam kini tidak mampu menjalankan hukum-hukum Allah sepenuhnya dan lebih cenderung ke arah kebaratan. Dari segi ekonomi, politik, pendidikan mahupun sosial, negara Islam begitu terpengaruh dengan dakyah yang disampaikan oleh musuh islam ini.
Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain. Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan di bawah naungan mereka adalah, Illuminati, Pertubuhan B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah - menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova. Sama ada kita sedar atau tidak, gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam.
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“ Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam,maka dia bukanlah daripada golongan mereka (orang-orang Islam)”.
Berdasarkan hadis tersebut, jelas menunjukkan menjadi satu kewajipan kepada kita untuk mengambil tahu akan hal umat islam yang lain. Bukankah anda tahu ? Setiap umat islam di atas muka bumi ini bersaudara. Lihat saudara –saudara kita yang berada di Palestin, Iraq dan banyak lagi negara Islam yang diuji dengan kelaparan dan peperangan. Pernahkah anda mengambil peduli akan halnya atau anda hanya memandang sebelah mata sahaja. Renung-renungkanlah. Kita seharusnya peka dengan keadaan semasa, di mana musuh-musuh Islam sedang berusaha memusnahkan umat Islam di muka bumi ini.
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka." (Surah al-Baqarah ayat 120).
Freemansory merupakan sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia, merosakkan kehidupan politik , ekonomi dan sosial di negara-negara yang dimasukinya. Gerakan ini berusaha untuk merosakkan bangsa dan pemerintahan Non- Yahudi (Goyim).
Sejarah gerakan Freemasonry
Dikatakan gerakan ini telah bermula sejak zaman Fir’aun. Hal ini dapat dijelaskan melalui mengapa mereka kerap kali menggunakan simbol-simbol Mesir Kuno dalam tradisi dan aktivitas ritual mereka, seperti penggunaan Dewa Horus, Piramida, Matahari dan berbagai simbol Mesir lainnya. Penggunaan ini bermula dari penggalian Kuil Sulaiman oleh para Templa dan penemuan doktrin dan ajaran Kabbalah yang terus-menerus mereka eksplorasi dan diajarkan dari mulut ke mulut. Penggalian ini begitu serius mereka lakukan sehingga kelak akan mempengaruhi cara pandang kaum Templar dan juga rencana mereka pada kehidupan dunia.
Illumanity (Pertubuhan Cahaya)
Pertubuhan ini merupakan satu cabang gerakan Freemason. Pertubuhan ini ditubuhkan oleh Adam Weishaupt pada tahun 1776 dan merupakan seorang anggota Freemasonry yang telah murtad daripada agama Kristian. Beliau telah ditarik oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman untuk menyertai gerakan ini pada tahun 1770. Berkhidmat sebagai professor Theology di University Angold Stadt, Jerman dan seorang yang berkefahaman Atheisme.
Kumpulan Illumanity ini dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’)Yahudi. Mereka menggunakan nama Illumanity sempena nama Iblis yang dianggap sebagai pemerintah tunggal alam ini. Perkataan Illumanity juga diambil daripada perkataan Lucifer (Iblis) yang bererti ‘ Pemegang Cahaya). Pusat pentadbirannya ialah di segitiga bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yg terdapat pada duit 1 dolar US. lambang yang ada pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Pereka cipta duit US ini juga dilakukan oleh seorang anggota freemasonry daripada pergerakan illuminati yg bernama Pat Robertson. Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yg merupakan gedung kewangan yg dikuasai oleh Yahudi.
Beliau telah berjaya memujuk lebih kurang 2,000 orang yang akan menjadi pelaksana kepada agenda yang telah dirancang olehnya dengan disokong oleh anggota Freemansory peringkat tinggi. Pertubuhan ini akan memastikan pengikut-pengikut ini mempunyai kemahiran dalam semua aspek kehidupan dan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama “ Lodges of the Grand Orient” untuk melaksanakan perancangan tertinggi (Freemasonry/ Zionisme)
Antara perancangan tersebut, agentur-agentur Illumanity perlu malaksanakan perkara berikut:
1. Menggunakan rasuah-rasuah berupa wang dan seks untuk menguasai orang-orang yang telah menduduki tempat-tempat tinggi dalam pelbagai jawatan kerajaan di seluruh dunia dan lain-lain bidang manusia. Setelah mereka termasuk ke dalam perangkap ini maka tundukkan mereka dengan pelbagai ‘Black Mail’ (ugutan membocorkan rahsia keaiban) dan ugutan kewangan ataupun ugutan untuk mencederakan tubuh badannya serta orang kesayangannya.
2. Anggota-anggota Illumanity hendaklah menduduki kerusi-kerusi penting di universiti-universiti dan memujuk pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memahami Ideologi Internationalisme (pemerintah tunggal). Mereka akan dibekalkan dengan biasiswa untuk menerima latihan luar negeri. Antara markas latihan yang dikenal pasti ialah Gordonstoun (Scotland), Salem(Germany) dan Anavryta(Greece).
3. Orang-orang yang telah terperangkap dan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang strategik sebagai agentur dalaman di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ini dijadikan sebagai pakar, penasihat dan juga sebagai perunding agar mereka dapat menasihati orang atasan untuk mengikuti polisi-polisi yang telah kita tetapkan.
4. Illumanity hendakalh menguasai suratkhabar dan media massa yang lain. Berita dan maklumat perlulah diputar belitkan supaya Goyim mempercayai bahawa pemerintahan tunggal sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah yang timbul.
Gerekan Freemasonry Di Malaysia
Gerakan Freemason mula bertapak di Malaysia sejak tahun 1511 ketika bermulanya penjajahan berlanda di Melaka. Selepas negara kita dijajah oleh kuasa barat, kuasa agama hanya terbatas pada upacara ritual sahaja dan pengamalan adat islam itu dianggap lapuk. Sehingga hari ini, tanpa kita sedari pemikiran kita sudah lama dikawal dan mengikut telunjuk musuh Islam ini. Bermula dengan konsep pecah dan perintah sehingga konsep pemerintahan untuk negarawan dan amalan agama termasuk adat istiadat untuk agamawan. Mereka tidak menunujukkan akan kewujudan mereka secara terang-terangan. Mereka menubuhkan gerakan-gerakan yang berbentuk ideologi seperti Sekularisme, Nasionalisme atau Kebangsaan dan kadang kala dalam bentuk Religionisme. Gerakan ini akan ditunjangi oleh penguasa-penguasa kerajaan, sebab itulah penguasa kerajaan tidak mengambil peduli akan gerakan ini.
Berikut merupakan logi-logi Freemasonry yang terletak di Malaysia
Cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah District Grand Lodges of Middle East atau DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah... Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah
merujuk kepada negra Arab dan Teluk.
merujuk kepada negra Arab dan Teluk.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
Singapura: 3 loji..
Kuala Lumpur: 3 loji..
Pulau Pinang: 1 loji..
lpoh: 1 loji..
Kuantan: 1 loji Kuching: 2 loji.
Port Dickson: 1 loji..
Port Klang: 1 loji..
Taiping: 1 loji..Kota Kinabalu: 1 loji..
Bangkok: 3 loji..
Pattaya: 1 loji..
Singapura: 3 loji..
Kuala Lumpur: 3 loji..
Pulau Pinang: 1 loji..
lpoh: 1 loji..
Kuantan: 1 loji Kuching: 2 loji.
Port Dickson: 1 loji..
Port Klang: 1 loji..
Taiping: 1 loji..Kota Kinabalu: 1 loji..
Bangkok: 3 loji..
Pattaya: 1 loji..
Sumber : Wikipedia
Masyarakat umum pula menganggap pergerakan ini sebagai suatu pertubuhan kebajikan atau kepartian. Gerakan Freemasonry secara senyap telah menyusup masuk dalam aspek-aspek penting dalam negara yang meliputi pendidikan, politik, ekonomi, sosial , pembangunan dan banyak lagi.
PENDIDIKAN
Daripada aspek pendidikan terutamanya, penduduk tanah Melayu pada ketika sememangnya sangat berpegang teguh pada ajaran agama dan adat istiadat. Walaupun ditarbiyah oleh mubaligh-mubaligh, namun amat sukar untuk mereka mengikutinya. Setelah itu, musuh- musuh Islam mula menggunakan pendekatan yang berbeza. Mereka sedar bahawa melalui pendidikan sahajalah merupakan cara yang paling baik untuk melakukan pendekatan ini. Pendidikan merupakan satu senjata yang sangat berkesan. Pelajar-pelajar akan mudah terpengaruh terutamanya ketika usia masih muda.
Ideologi Sekularisme diterapkap sedikit demi sedikit di dalam sistem pendidikan sejak dahulu lagi. Berikut adalah antara cara yang digunakan. Menjadikan hari cuti umum pada hari Ahad bagi menggantikan hari Jumaat dan menghapuskan takwin Islam(Hijrah)dan menggantikan dengan kalendar Barat (Masihi). Dalam pendidikan juga agama bagaikan dipisahkan dengan subjek-subjek yang berunsur keduniaan. Seperti subjek Sains, dengan menggunakan teori-teori Barat yang sememangnya terpesong daripada kefahaman Islam. Antaranya, menyatakan asal usul manusia bermula daripada beruk dan alam ini terjadi secara semula jadi tanpa ada pencipta. Kita diagung-agungkan dengan tokoh-tokoh Barat berbanding tokoh-tokoh Islam. Disinilah sedikit demi sedikit pemikiran kita dikawal. Guru-guru bukan aliran agama pula jarang diterapkan dengan ilmu-ilmu keagamaan melainkan mereka sendiri berusaha mencarinya. Maka dalam proses pembelajaran dan pengajaran guru-guru tidak pandai mengaitkan akan ilmu keagamaan dengan ilmu keduniaan. Kebanyakan pelajar yang bijak pandai sekarang jahil akan ilmu agama. Tidak perlu dinyatakan pelajar itu hasil keluaran dari sekolah mana. Hal ini kerana mereka telah dididik dalam sistem pendidikan yang sekular yang menjadi subjek pendidikan islam sebagai subjek peperiksaan sahaja. Pelajar-pelajar yang bijak pandai juga kebanyakannya dihantar keluar negara. Pelajar-pelajar ini sangat berisiko mengikuti budaya kerana terpengaruh dengan dakyah mereka.
Selain itu, golongan-golongan ini sangat takut akan gerekan-gerakan yang berunsur keagamaan iaitu ISLAM. Sekolah-sekolah agama rakyat ditutup sedikit demi sedikit. Aktiviti-aktiviti keagamaan yang dilakukan dianggap ragu-ragu dan sangsi dan memerlukan pemantauan daripada pihak-pihak yang berkuasa.
POLITIK
Seterusnya beralih ke arena politik. Seperti mana yang kita maklum, politik negara kita yang sentiasa bergolak ini juga sedikit sebanyak berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kawalan gerakan ini ini. Illumanity yang merupakan satu cabang gerakan Freemasonry ini memilih pengikut yang bersesuaian dengan kehendak mereka dan dapat mengikut telunjuk mereka. Mereka mengusai kuasa-kuasa politik di dunia ini.
Di dalam protokol ayat ke-5 menyatakan
“Pemerintah negara akan digerakkan oleh satu kekuatan di tangan kita. Kekuatan itu adalah kekuatan Gold(modal). Pengetahuan ekonomi dan politik yang ditemukan oleh pakar kita menetapkan bahawa kekuatan modal menguasai semua kekuatan.
Di dalam ayat ke-2 pula dinyatakan
“Untuk jawatan pentadbir(pemimpin), kita hendaklah memilih mereka daripada masyarakat biasa(bodoh) yang belum memiliki pengalaman dalam masalah pentadbiran dan undang-undang negara. Langkah ini penting kerana mereka akan mudah diperalatkan untuk melaksanakan setiap arahan dan nasihat yang diberikan oleh cendiakawan dan penasihat kita yang memang sudah dilatih sejak kecil untuk menguasai dunia ini”
Manakala ayat ke-10 pula dinyatakan:
“ Untuk mencapai tujuan yang dikehendaki, hendakalah memilih beberapa orang pemimpin yang pernah dibongkar tipu dan muslihatnya atau pernah bergiat dalam mana-mana pertubuhan yang disangsikan. Pemimpin seperti ini amat berpotensi dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh kita. Hal ini kerana mereka takut jika rahsia mereka akan terbongkar kepada pengatahuan umum dan khuatir kedudukannya akan digugat oleh musuh politiknya”
Sumber: Rahsia Gerakan Freemasonry & Kelab Rotary m/s 210&211
Maka tidak hairanlah politik di negara sentiasa bergolak. Pemimpin-pemimpin banyak terlibat dengan rasuah. Kita juga dipaparkan dengan kes rasuah seks dan wang dalam isu penyeludupan pasir baru-baru ini. (Rujuk kembali kepada perancangan pertama Illumanity). Bagi memastikan rahsia-rahsia keaiban mereka tidak terbongkar sudah tentu mereka memerlukan modal untuk menutupnya. Seribu satu rahsia disebalik kisah-kisah pemimpin di negara kita. Bacakan dan fikirkan sejenak ayat ke-10 dalam protokol mereka. Tidak perlu dihuraikan dengan lebih panjang lagi, media massa telah banyak memaparkan dan memaklumkan akan hal ini. Persoalan demi persoalan mungkin timbul. Adakah negara kita sememangnya telah berada dalam kawalan mereka? Adakah pemimpin-pemimpin kita sedang mengikut telunjuk-telunjuk mereka?
Protokol Kedua Puluh
Bank Antarabangsa Yahudi akan memberikan pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara automatik kesan pertambahan hutang tersebut.
Protokol Kedua Puluh Satu
Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Insitusi ini akan dapat menawarkan pasaran 500sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.
Dari sudut ekonomi pula sangat penting, para pemimpin bijak menguruskan kewangan. Hal ini kerana gerakan ini amat suka memberi bantuan yang berbentuk modal wang ringgit yang menawarkan pinjaman wang daripada bank dunia yang sememangnya berada dibawah kekuasaan orang Yahudi. Mereka menggunakan sistem riba atau bunga yang sangat tinggi. Negara boleh menjadi bankrap sekiranya pemimpin tidak berfikiran jauh. Bank Dunia atau International Monetary Fund (IMF) adalah antar senjata utama bahaya Freemasonry untuk menjerat mangsanya yang lemah. Seterusnya menjadi hamba atau pengampu setia mereka. Akhirnya, negara umat Islam berjaya dijadikan bahan pencaturan mereka demi mengekalkan keutuhan Kapitalis Moden yang amat menguntungkan mereka. Berikut adalah kesan gerakan Freemasonry di negara kita. Bank-bank riba beroperasi secara berleluasa. Manakala arak dan judi juga menjadi sumber kewangan utama di negara kita. Contohnya pusat judi yang terkenal di Genting Hingland dan Carlsberg yang merupakan salah satu gedung arak di Malaysia menjadi salah satu sumber kewangan utama di negara kita.
SOSIAL
Salah satu prinsip Freemasonry adalah menyebarkan semua kemungkaran dan mengagungkan hubungan seks.
"Moral generasi muda Goyim pada waktu ini telah kita hancurkan dengan memperkenalkan prinsip-prinsip dan teori-teori palsu yang sudah kita sama-sama ketahui bahawa teori dan prinsip itu adalah rosak, lalu kita sematkan ke dalam benak akal mereka."
(Ayat ke-9)
"Untuk mencegah orang-orang Goyim daripada menemui langkah baru dalam politik, kita hendaklah membawa mereka ke kancah hiburan seperti judi, pesta hiburan, pesta seks dan mengadakan rumah-rumah urut. Di samping itu kita muatkan iklan-iklan di dalam surat khabar bertujuan mempengaruhi para remaja untuk menggiatkan diri mereka dalam arena seni, olahraga dan sebagainya. Pelbagai jenis hiburan ini lama kelamaan dapat mengalih perhatian manusia daripada bangkit menentang kita sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga menganggu-gugat ketenteraman kita dan sebahagian manusia yang lain." (Ayat ke-13)
Seorang pemimpin tertinggi Freemasory telah berkata:
"Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama."
Salah seorang pemimpin tertinggi Imperialis pernah berkata:
"Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan umat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan meterialistik."
Sumber: Gerakan Freemasonry m/s 32-33
Tepuk dada tanya diri masing-masing, adakah Freemasonry telah berjaya melaksanakan prinsip dan protokolnya? Pemuda-pemudi zaman sekaranglah yang bakal menggantikan orang-orang lama dipuncak kepimpinan ataupun sebagai rakyat yang menjadi penyokong kepada pihak kepimpinan. Jika rosaknya pemuda-pemudi zaman sekarang maka fikir-fikirkanlah apa yang terjadi kepada negara dan agama kita. Mereka telah mengkaji dan merancang sejak dahulu lagi akan kelemahan dan kekurangan musuh ketat mereka. Mereka belajar daripada sejarah, mereka tahu jika menggunakan kaedah peperangan sudah tentu tipis sekali kemenangan yang bakal mereka perolehi. Selagi akidah dan semangat jihad yang gentar tertanam dalam jiwa pemuda-pemuda Islam, selagi itulah mereka tidak akan berjaya. Dengan itu, mereka menggunakan kaedah lain dengan meracuni fikiran-fikiran umat manusia dengan ideology-ideologi sesat dan salah.
Zaman remaja merupakan zaman yang paling banyak kita menghadapi dugaan. Ketika usia inilah kita berada antara dua pilihan sama ada lebih ke arah keduniaan ataupun lebih ke arah perjuangan ke jalan Allah. Oleh itu, kita harus pandai mengimbangi kedua-duanya sekadar kemampuan kita. Musuh Islam akan tersenyum riang apabila melihat anak-anak muda Islam yang hanyut pada zaman globalisasi ini. Ramai remaja kita yang tersungkur ke lembah maksiat, merempit dan juga terlibat dengan najis dadah. Mereka sangat gembira kerana ketika remaja-remaja kita terlena dan hanyut dengan keseronokan keduniaan, mereka mempunyai kesempatan untuk mereka senjata-senjata canggih untuk memusnahkan umat Islam di atas dunia ini. Ketika remaja kita asyik sibuk dengan berkasih-kasihan, berebut menjadi artis dan idola orang ramai dan mengubah fesyen mengikut trend semasa, remaja mereka dididik untuk menghancurkan umat Islam. Mereka mempunyai strategi dan perancangan yang tersendiri untuk melemahkan fikiran umat Islam agar lupa untuk mempertahankan agama yang disangjungi oleh mereka.
(Surah al-Baqarah ayat: 109).
Firman-Nya lagi yang bermaksud:
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka."
(Surah al-Baqarah ayat 120).
Daripada remaja berubah menjadi dewasa dan seterusnya mempunyai sebuah keluarga. Ibu bapa sangat penting untuk mencorakkan anak-anak dengan fikrah Islamiyyah dan membina baitulmuslim. Salah satu matlamat Illumanity adalah menghapuskan rumahtangga sebagai hak perseorangan dan kehidupan berkeluarga. Golongan ini mempercayai keluarga merupakan permulaan asas bagi sesuatu tamadun. Oleh itu, jika kita lihat situasi di negara kita, ramai anak yang dilahirkan tanpa ayah akibat perbuatan yang terkeji itu. Di sini kita dapat simpulkan sistem kekeluargaan tidak diambil berat. Mereka boleh melahirkan anak begitu sahaja tanpa melalui ikatan yang sah. Jika permulaan sesuatu keturunan itu tidak dilaksanakan mengikut cara yang betul, sudah pasti amat sukar untuk membentukya. Lihat sahajalah jumlah kes cerai di Malaysia yang melonjak tinggi akibat daripada tidak mengerti sepenuhnya akan matlamat dan makna sebuah perkahwinan.
Bermula daripada bayi lagi, mereka telah memasuki racun-racun secara halus dalam pemikiran bayi melalui rancangan-rancangan televisyen seperti Cartoon. Kita juga pernah digemparkan dengan rancangan Teletubbies yang mempunyai unsur-unsur Freemasonry, rancangan bayi yang memaparkan watak-watak boneka yang comel. Pada permulaan rancangan tersebut bayi-bayi kecil dan kanak-kanak yang menonton dapat melihat hero seorang bayi menyerupai matahari terbit menyinari alam. Sambil matahari ini terbit mimik muka bayi comel tersebut menunjukkan wajah bengis, seolah-olah dirinya yang autoriti di alam penuh warna warni dan sekelip mata (dalam suku saat) logo Freemason dipancarkan. Cuba tenung betul-betul tanpa mengelip mata pada bayi matahari di permulaan rancangan Teletubbies tersebut. Di sini jelas, musuh Islam ini telah berusaha sedaya upaya untuk mempengaruhi minda manusia sejak kecil lagi. Hal ini kerana mereka tahu kajian telah jelas semua bayi di dunia ini menggunakan bahasa yang sama untuk difahami.
Seterusnya ketika usia semakin bertambah, kanak-kanak suka melihat kartun yang lebih menarik yang mempunyai banyak dialog dan pergerakan. Ketika kanak-kanak banyak didedahkan dengan cerita-cerita Walt Disney. Pengasas Walt Disney Picture dan Disneyland adalah seorang Yahudi Zionist yang sejati. Bukan itu sahaja, malah Walt Disney juga seorang gay atau homoseksual. Jadi tidak hairanlah semua filem-filem kartunnya menerapkan ciri-ciri homoseksual dan pornografi tanpa disedari oleh ibu bapa tetapi disedari oleh anak-anak mereka. Kita mungkin tidak perasan perkara-perkara seperti ini kerana kita tidak menunggu gambar kartun berputar sehingga tamat bersama anak atau adik-adik kita. Kita hanya membiarkan mereka melihat seorang diri.Filem-filem keluaran Walt Disney Picture sememangnya tidak akan terlepas daripada unsur-unsur lucah. Selain itu juga, filem keluaran Warner Bros(WB) dan banyak lagi juga menunjukkan unsur yang sama.
Iklan-iklan di dalam televisyen juga tidak kurang hebatnya menunjukkan unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan pemikiran kanak-kanak. Kaum wanita banyak digunakan dalam iklan-iklan di kaca televisyen. Begitu rendah nilai seorang wanita, apabila digunakan dengan mudah sekali untuk keuntungan pihak-pihak tertentu. Majalah-majalah yang tidak sepatutnya wujud dijual merata-rata tempat di Malaysia. Majalah yang boleh merosakkan akidah dan lucah dibenarkan berada di sesetengah kedai-kedai buku dan surat kabar. Siapakah yang membenarkannya?
Antara langkah Freemasonry adalah melalaikan masyarakat Dunia Ketiga agar terus berada dalam kemunduran, melalui hiburan dan pelbagai bentuk maksiat yang melewati semapadan syarak dan kewarasan akal yang normal. Media massa dan IT atau Dunia Maklumat Tanpa Sempadan digunakan untuk menjayakan misi mereka, pusat-pusat hiburan, pelacuran, perjudian, nyanyian menjadikan wanita sebagai senjata utama.
Karl Marx pernah berkata:
"Penggantinya adalah panggung drama dana filem. Maka palingkanlah mereka yang sibuk ke arah pementasan teater."
Sejak kecil hinggalah dewasa, hiburan bagaikan tidak boleh dipisahkan. Berhibur tiada salahnya, tetapi kita harus pandai memilihnya. Terutamanya bagi kanak-kanak bawah umur yang memerlukan kawalan daripada ibu bapa. Hujung-hujung minggu pasti ramai yang beratur panjang untuk membeli tiket menonton wayang. Sehingga kadang kala panggung wayang didahulukan sebelum solat. Inilah phenomena zaman sekarang. Malahan pergi menonton juga berpasang-pasangan. Ingatlah kesibukan dengan dunia hiburan tidak akan luput hingga ke akhir hayat tetapi sebanyak mana kita perjuangkan untuk agama akan dibawa hingga ke akhirat.
Rancangan realiti TV semakin hari semakin bertambah begitu juga dengan ahli yang berdaftar untuk menyertai uji bakatnya. Bukan remaja sahaja yang didedahkan dengan hiburan tanpa batasan ini malahan mereka yang telah berkahwin juga turut terlibat. Contohnya Sehari Berdansa. Apakah semua program ini tergolong dalam program matlamat menghalalkan cara?
Renung-renungkanlah wahai ummat Islam!!!! SEDARLAH..Ayuh bangun membela agama mu, kita bagaikan boneka yang dimainkan oleh musuh Islam, kita bagaikan menjadi alat percaturan mereka. Jangan terus lena dibuai mimpi, bangunlah. Murnikan fikrah, tegakkan kebenaran. Teruskan perjuangkan Islam hingga ke hujung nyawa.
Comments