Petikan daripada MalaysiaKini.com
KDN haram 17 buku pelbagai bahasa
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan Perintah Larangan terhadap 17 buah penerbitan pelbagai bahasa kerana mengandungi penulisan yang tidak bermoral dan tidak sesuai untuk bacaan umum.
Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Razak Abdul Latif berkata sekiranya penerbitan itu dibiarkan, ia boleh memudaratkan moral masyarakat.
"Daripada keseluruhan jumlah penerbitan yang dilarang, 13 merupakan penerbitan bahasa Melayu, tiga bahasa Tamil dan satu penerbitan berbahasa Cina," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Penerbitan berbahasa Melayu termasuk 'SENSASI #3', 'SENSASI-majalah lelaki millennium', 'Antara Dosa dan Kasih', 'Dendam Nafsu Jalinan Nafsu Edisi 2', 'Jendela Hati Kompilasi Empat Cerita Terbaik', 'Kama Asmara Edisi 2', 'Gelora Nafsu#7', 'Gelora Nafsu #6'.
'Gelora Nafsu 3 Kompilasi lima cerita terbaik', 'Tips-Tips Bahagia Bersama Pasangan', 'Gelora Nafsu 2 Kompilasi enam cerita terbaik', 'Sensasi Edisi ke-2' dan 'Kamasutra Jawa dan Kuantum Cinta'.
Tiga penerbitan berbahasa Tamil ialah 'Aan-Penn Eruttarai Valkhai', 'Aanmai Kuraivum-Penmai Kuraivum' dan 'Sex Exercise', manakala Hard Magazine merupakan penerbitan berbahasa Cina yang turut dilarang penerbitannya.
Abdul Razak berkata pewartaan Perintah Larangan ini adalah menurut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 dan menjadi satu kesalahan mengikut Subseksyen 2 Seksyen 8 akta itu sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki bahan penerbitan larangan yang dilarang.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, katanya.
-Bernama
Berdasarkan paparan berita ini, Alhamdulillah jelas menunjukkan pihak berkuasa mulai sedar akan phenomena jualan buku-buku yang berunsur lucah dan tidak bermoral yang berleluasa di negara kita. Hal ini menjadi satu agenda untuk merosakkan pemikiran umat Islam agar lupa untuk melaksanakan tanggungjawab utama di muka bumi Allah ini. Menurut pemerhatian saya, buku-buku seperti ini sememangnya telah lama muncul dan banyak dijual di gerai -gerai buku kecil yang berada ditepi jalan mahupun dimana-mana. Walaupun masih ada lagi buku-buku yang terlepas pandang daripada pihak berkuasa, saya berharap kegiatan menjual buku-buku tidak bermoral ini haruslah sentiasa dipantau, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Pelbagai golongan berminat untuk membeli buku seperti ini, bermula daripada pelajar di bangku sekolah hinggalah orang dewasa. Apa yang paling membimbangkan pelajar-pelajar paling ramai membeli buku-buku tidak senonoh ini. Bukan sekadar pelajar sekolah menengah sahaja malahan pelajar sekolah rendah pun ramai yang tergolong dalam golongan ini. Jika diikutkan memang telah berlaku banyak kes disiplin yang melibatkan pelajar membawa bahan bacaan tidak bermoral ke sekolah. Mereka berkongsi buku ini dengan rakan-rakan mereka. Pemikiran kanak-kanak yang masih kecil telah dicemari dengan bahan bacaan ini. Bayangkan pelajar darjah empat telah berani untuk menyelak kain guru akibat daripada sumber pembacaan yang merosakkan minda dan fikiran ini.
Pelajar-pelajar terutamanya insan yang bernama Melayu semakin jauh dihanyut arus pemodenan. Didedahkan dengan perkara-perkara negatif sejak kecil memberi kesan yang mendalam pada masa depan mereka. Bila hati menjadi gelap gulita mana mungkin ilmu akan mudah menebus masuk ke dalamnya. Memang tidak dinafikan lagi hal ini menjadi slah satu punca mengapa anak muda kita ramai berada di pusat serenti dan ramai yang menjadi ibu muda tanpa suami. Lihatlah sekeliling kita, lihatlah anak-anak muda kita yang sedang hanyut, lihatlah ibu bapa yang terlalu manjakan anak sehingga menjadi " Sazali", lihatlah...renungkan..dan fikirkan cara untuk mengembalikan kembali fikrah islamiyyah yang semakin pudar ditelah globalisasi.....Duhai Guru-Guru ayuh bersama-sama berjuang untuk menyucikan kembali debu-debu dan karat-karat yang telah menghalang ummat untuk memperjuangkan ISLAM...Wallahualam

Comments