Membangunkah Malaysia Tanpa Penjajah

Assalamualaikum..

Kali ni nak share apa yang telah dibincangkan time FPK, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Puan Sharifah bulan lalu. Isu yang dibangkitkan kumpulan kami adalah " Adakah Malaysia maju tanpa Penjajah dan adakah Malaysia maju kerana dijajah? Pada permulaannya, kumpulan kami berada di antara pagar antara kedua-duanya. Hal ini kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan keburukannya tersendiri. Setelah membuat perbincgan dalam masa 20 minit, akhirnya kami berjaya membuat keputusan dan kami yakin dengan keputusan kami.

Dalam era globalisasi ini masyarakat kebanyakannya cenderung menyatakan mereka maju kerana kita dijajah. Dengan alsan dengan menyatakan sekiranya penjajah tidak datang ke negara kita, kita bagaikan tidak berkembang, tidak mengikut peredaran masa dan juga mengatakan mana mungkin kita akan mempunyai pembangunan yang pesat seperti hari yang bertunjangkan dengan perkembangan teknologi yang tinggi.

Tanpa kita sedari, kita mungkin salah seorang yang dalam golongan yang berpendapat sebegitu. Namun cuba kita renungkan dan imbas kembali sejauh mana negara kita maju dan membangun sekarang. Memang sudah nyata terang lagi bersuluh menunjukkan negara kita sememangnya maju, membangun dan dikatakan merdeka yakni bebas. Tetapi sedarkah diri kita semua, pada zahirnya kita merdeka tetapi minda kita sedang dijajah. . Negara kita diberi pelbagai pengiktirafan, dibangunkan dengan bangunan-bangunan tinggi yang mencapai langit dan rakyat didedahkan dengan ilmu teknologi yang tinggi pelbagai tujuan. Sedar atau tidak disebalik kenikmatan ini pasti ada ujiannya tersendiri.

Seperti mana yang kita tahu, pendidikan merupakan aspek yang paling penting dalam kehidupan. Pendidikan mampu mengubah seseorang itu menjadi insan yang berbeza pada asalnya. Melalui pendidikan juga kita dapat menerapkan sesuatu perkara itu dengan mudah. Sejarah pendidikan menunjukkan sistem pendidikan selepas kedatangan penjajah nyata menunjukkan banyak perubahan pada sebelum. Sistem pendidikan selepas kedatangan penjajah menunjukkan bibit-bibit kecil munculnya penerapan sistem pendidikan sekular. Jika dahulu, fahaman-fahaman yang disampaikan oleh mubaligh amat susah untuk diterapkan dalam diri orang Melayu Islam yang sangat berpegang teguh kepada agama, namun begitu kini fahaman seperti mudah sekali dapat meresap dalam jiwa orang Melayu. Mengapa jadi begini? Hal ini kerana, penjajah sedar melalui sistem pendidikanlah mereka dapat menerapkan fahaman-fahaman mereka dengan mudah. Contoh yang paling mudah dinyatakan mengenai penerapan fahaman sekularisme adalah cuti umum atau cuti hujung minggu sekolah adalah jatuh pada hari Sabtu dan Ahad kecuali, Kedah, Kelantan dan Terengganu.


Lihatlah kesan sistem pendidikan ini sehingga sekarang, agama islam banyak sekali dipisahkan dengan subjek-subjek lain. Malahan subjek pendidikan islam kurang diambil berat, dan kebanyakan pelajar belajar hanya berteraskan peperiksaan. Inikah yang dikatakan negara kita maju kerana penjajah.Pelajar-pelajar yang pandai didapati kebanyakannya jahil tentang agama. Mereka hanya menekankan pendidikan keduniaan semata-mata tanpa memikirkan akan tanggungjawab sebagai mukmin. Begitu juga dengan pelajar-peljar cemerlang yang dihantar keluar negara, mereka tidak mempunyai benteng yang kukuh bagi akidah mereka dan apabila mereka pulang ke tanah air perubahannya amat ketara sekali. Namun tidak semua yang tergolong daripada golongan ini, masih ada yang kuat akan akidahnya.

Pembangunan yang pesat dan pendedahan teknologi yang tinggi yang selalu dibangga-banggakan oleh rakyat Malaysia menjadi tanda aras berlakunya proses permodenan dan pembangunan negara setaraf dengan negara-negara maju lain. Kita didedahkan dengan pelbagai hiburan yang melalaikan dan kemaksiatan yang berleluasa. Kesan ini dapat dibuktikan dengan kejatuhan nilai moral dan akhlak anak Melayu Islam dengan begitu mudah sekali. Seperti ungkapan dunia tanpa sempadan, begitu juga dengan hubungan bebas berlaku tanpa sempadan. Sedar atau tidak, zaman era globalisasi inilah punca kemusnahan ummat Islam yang hanya mementingkan keduniaan dan mengabaikan keakhiratan. Ramai yang mengaku dirinya Islam namun sikit yang menunjukkan ciri-ciri orang Islam yang sebenar. Ayuhlah kita bangkit kembali wahai Ummat Muhammad. Cukuplah tidur lenamu yang sekian lama memimpinkan kebahagian dunia semata-mata, ayuh menjadi salah seorang kader-kader Islam yang memperjuangkan agama Allah ini.

Percaya atau tidak, Malaysia juga akan maju tanpa penjajah. Membangun dengan syiar Islam dan dapat membentuk Daulah Islamiyyah yang kuat. Jika kita kaji akan sejarah negara sebelum ketibaan penjajah, negara kita telah dipengaruhi Islam dari setiap penjuru dunia. Kedatangan pedagang-pedagang Islam telah berjaya mentarbiahkan masyarakat Melayu ketika itu berpegang teguh kepada agama islam. Sistem pendidikan yang bercorak islamic dilaksanakan dengan baik. Pelajar yang berjaya dan berkelayakan juga mampu menyambung pelajaran ke negara Timur Tengah dan pulang kembali ke tanah air menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Masyarakat kitika itu sangat memuliakan golongan berilmu dan berpenididikan. Mereka belajar di sekoloh-sekolah pondok, masjid dan di rumah-rumah berkenaan. Ingatlah, ilmu orang islam sebenarnya mendahului tokoh-tokoh cendiakawan barat. Semua ilmu sebenarnya berteraskan unsur islam dan membuatkan kita kembali memikirkan kepada Pencipta. Ianya bukan ilmu yang menyatakan manusia datang daripada beruk dan alam ini semamangnya semula jadi. Kerana setiap makhluk itu pasti ada Penciptanya.

Sekiranya sistem pendidikan kita masih berteraskan Islam sehingga sekarang sudah pasti kita mampu membina Daulah Islamiyyah dengan mudah. Sekarang ayuhlah kita, terutamanya bakal pendidik harus berusaha memurnikan kembali fikrah anak bangsa kita yang dihanyutkan dengan arus permodenan ini. Roh-roh islam haruslah ditanamkan kembali dalam jiwa muslim Melayu. Dengan itu kita dapat berkembang dengan maju dan kuat untuk memperkukuhkan kembali ikatan ummat islam yang sedang dilerai-leraikan ini. Kita mampu berdiri tanpa bantuan kafir, jika sekiranya hati kita semua bersatu. Bersih daripada titik hitam yang menjadi racun dalam perjuangan Islam...waallahualam...

Comments