Aktiviti sesuai ketika Usrah @Study Circle

1. Membentangkan kesulitan ataupun masalah yang ada. Kemudian berbincang sama-sama untuk menyelesaikannya. (berat sama dipikul ringan sama dijinjing)

2. Bertukar-tukar fikiran. (berbincanglah apa-apa perkara sekalipun, kembangkan lagi pemikiran kita)

3. Mengkaji buku atau kitab (Kaji satu buku yang bermanfaat, kalau boleh kongsi apa yang dibaca)

4. Aktiviti luar (outdoor activities)
  • lawatan
  • berkelah
  • berkayak (sekiranya mampu)
  • mendaki bukit
  • berbasikal
  • berpuasa ramai-ramai sekali seminggu atau dua minggu sekali
  • Sembahyang subuh di masjid ataupun surau ataupun kat bilik sekurang-kurangnya seminggu sekali
  • tidur ramai-ramai (mengeratkan lagi ukhwah)
  • Masak sama-sama pastu makan bersama.
5. Ziarah bilik ke bilik. (sekiranya ramai yang tidak dapat hadirkan diri pada minggu tersebut)

6. Memberi tugasan ringan agar sentiasa berada dalam peringatan.


Sama-sama kita usaha melaksanakan sekadar kemampuan kita. Usrah bukan berlaku apabila kita menjadi naqib ataupun naqibah sahaja, tetapi boleh dilaksanakan sama-sama dengan sahabat-sahabat kita. Kerana ukhwah kerana Allah itu indah.

Selamat beramal.

*peringatan untuk diri sendiri

Comments