ketika usia antara 20-24 tahun


CINTA....JODOH....

Hampir setiap hari orang disekelilingku membicarakan tentang perkara itu. Sudah puas menjawab dan menceritakan sedikit sebanyak perkara berkenaan cinta dan jodoh sekadar yang mampu. Hal ini bagaikan menjadi penomena. Banyak persoalan dan pendapat yang diutarakan dan dibincangkan. Virus ini bukan dikatakan di institusi kami sahaja tetapi hampir semua remaja yang berusia anatara 20-24 ini amat menarik membicarakannya.

Sememangnya kita semua tidak dapat lari daripada perasaan ini, kerana ia merupakan fitrah manusia. Masing-masing sibuk memikirkan siapa bakal teman hidupnya sehidup semati. Lelaki dan perempuan sama sahaja. Pantang pensyarah sebut pasal kahwin, terus penjang melebar syarahan tambahan diberi. Manakala yang dah bertemu seorang demi seorang telah menjejak ke jinjang pelamin. Melihat rakan-rakan seusia telah mempunyai pasangan hidup, menambahkan lagi perasaan itu di lubuk hati.

Antara persoalan utama yang ditanya,

1) Apa ciri-ciri pilihan hati?
2) Jika diberi tiga pilihan orang yang berbeza (kemudian dinyatakan satu-satu) apa pilihan yang sesuai? (susah sangat nak jawab soklan-soklan camni..adoii)
3) Jodoh tu memang dah ditetapkan, kenapa ada orang bercerai? (pening-pening nak jwabnye)
4) Macam mana nak tau orang itu memang betul-betul jodoh kita? (plak dah)
5) Siapalah pasangan aku nanti? ( masing-masing duk pikir masa depan)
6) Kalu dah kahwin umur ..... dapat anak masa umur ....

(Kalau nak tulis satu-satu memang tak larat banyak sangat. Kadang-kadang nak terbuih mulut jawab dan tak sanggup nak dengar hal ini hari-hari. Tetapi nak buat macam mana itu lumrah kehidupan dan fitrah manusia.)


Jika dilihat teori-teori psikologi, ketika usia akhir remaja inilah remaja akan mula ingin mencari pasangan hidup,mula ingin disayangi dan menyayangi. Kawalan diri itu sangat penting dalam diri setiap remaja. Ketika usia remajalah ramai yang hanyut dengan cinta palsu sehingga mendatangkan keburukan pada diri sendiri.

Harus diingatkan waktu remajalah paling penting dalam hidup kita. Cuba ukur dan renung kembali masa-masa remaja ini dihabiskan dengan cara bagaimana. Rugilah insan yang mensia-siakan usia remaja ke jalan yang salah. Kerana usia inilah semangat membara untuk melakukan sebarang perkara. Jangan habiskannya dengan melayan godaan nafsu dan keseronokan dunia sahaja.

Masa yang paling indah adalah masa remaja.

Masa yang paling menyedihkan adalah masa remaja.

Masa yang paling ingin dikenang adalah masa remaja.

Masa yang paling ingin dilupakan adalah masa remaja.

Kesimpulannya, gunakan masa remaja dengan sebaiknya. Luangkan sedikit masa dengan perjuangan-perjuangan yang membantu agama, bangsa dan negara. Sibukkan diri dengan melakukan perkara-perkara lain agak kita tidak terjebak dengan kelalaian atau kehendak nafsu semata-semata

" JODOH PERTEMUAN ITU HANYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI"

Kepada akak-akak yang telah diijabkalbu tahniah diucapkan. Semoga dirahmati Allah dan berbahagia hingga ke syurga..amin.."

Comments

setuju sgt tim..jodoh tuh mmg allah dah tetapkan..tinggal masa je yg menentukan..

dah ade calon ka?..hehhehee
bisikan insan said…
hehehe..
kita hnya merancang Allah yang menentukan..

blaja dlu la weii..
xpor lah...kawen time blajar pun ok gak..mematngkan kita..hehehe