Peringatan


Sering kita lihat pelajar-pelajar di tempat pengajian seperti sekolah, kolej dan universiti mempunyai pelbagai personaliti dan ragam yang berbeza-beza. Golongan yang baik-baik bersama rakan-rakannya dan golongan yang nakal-nakal bersama rakan-rakan mereka. Phenomena seperti ini banyak berlaku dimana-mana tempat pengajian. Hal ini meyebabkan yang baik menjadi semakin baik dan yang nakal menjadi semakin nakal.

Sedarkah kita golongan yang nakal itu juga berkeinginan untuk mempunyai akhlak yang sempurna, tetapi terdapat halangan-halangan yang berada di hadapan mereka. Sememangnya fitrah manusia untuk menjadi manusia yang baik, malahan sejahat mana orang itu inginkan pasangan yang baik. Perasaan malu untuk berubah dibimbangi diejek rakan-rakan yang lain, perasaan rendah diri akibat pandangan serong yang selalu diberikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kekurangan ilmu untuk menghayati islam itu secara sepenuhnya. Bagi golongan yang mengerti akan perasaan mereka ini, bantulah mereka ke jalan yang benar. Jangan kita selalu menyalahi mereka dengan mencari kesalahan-kesalahan mereka sahaja tanpa memikirkan usaha untuk mendekatkan diri mereka kepada keindahan islam itu sendiri.

Menjadi kebiasaan manusia itu sering melihatkan akan keburukan dahulu barulah melihat kebaikannya. Umpama sekeping kertas putih yang kosong diletakkan satu titik hitam ditengah-tengahnya pasti titik hitam yang kecil itu dilihat terlebih dahulu berbanding kertas yang suci bersih itu. Jika hanya menuding jari ke arah pihak lain sahaja, jangan kita lupa 4 jari lagi menunjuk ke arah kita.

Merujuk kembali kepada golongan-golongan yang hampir tercicir daripada landasan yang betul ini, peneguhan positif haruslah diberikan kepada mereka. Mereka inginkan ilmu, mereka ingin berubah menjadi, mereka ingin bersama-sama mengerti akan Islam namun mereka belum cukup motivasi untuk melangkah ke arah itu. Ayuhlah kita sama-sama berusaha membimbing mereka disamping berusaha membantu diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik. Dengan menggunakan cara pendekatan yang relevan dan pandai menggunakan psycology yang mampu membawa mereka ke zon yang lebih baik.

  • Cuba perkenalkan lagu-lagu islamic yang bermakna kepada golongan ini, mudah-mudahan mereka beransur-ansur menukar lagu-lagu yang kurang berfaedah dalam galeri musik mereka.
  • Perkenalkan novel-novel yang berunsurkan dakwah. Ceritakan jalan cerita yang menarik agar menarik perhatian mereka untuk menerokai lebih banyak novel-novel islamic lain.
  • perkenalkan laman web dan blog-blog islamic seperti IluvIslam , blog ustaz hasrizal, blog ustaz zaharuddin.
  • Jangan terlalu sombong dan memandang serong kepada golongan ini. Mana tahu mereka mempunyai ilmu lebih tinggi daripada kita. (sesungguhnya manusia itu tidak sempurna)
  • Cuba ajak mereka ke tempat-tempat menuntut ilmu atau tempat ibadah secara berterusan tanpa rasa bosan. (tanpa kita sedari, mereka merasakan diri mereka dihargai kerana didampingi oleh golongan yang baik-baik)
  • Pinjamkan bahan-bahan ilmiah kepada mereka. Jangan ditunggu mereka meminta pinjam tetapi tawarkan terlebih dahulu kepada mereka).
  • Ketika berbual-bual selitkan kata-kata nasihat yang berhemah tanpa disedari kata-kata itu akan memberi kesedaran kepada mereka.
  • Yang paling penting, bagi mereka yang mempunyai gelaran dan ilmu yang agak tinggi tunjukkan contoh teladan atau qudwah hasanah. Melalui proses pemerhatian dan peniruan mereka mampu membentuk peribadi dengan lebih baik.
Percayalah dengan usaha-usaha seperti, kita mampu membawa mereka lebih jauh kehadapan. Mereka rasa akan dihargai dan rasa dekat dengan kita. Perubahan itu tidak boleh berlaku secara drastik tetapi secara beransur-ansur. Semua ini pernah berlaku pada diri saya sendiri dan orang disekeliling saya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Mereka memerlukan golongan yang tanpa segan silu menghampiri mereka. Tiada berbezaan darjat antara manusia.




يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

Ash-Shaaf:003

كَبُرَ مَقْتاً عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.



Comments