baby hatch


bagi mengelakkan judi berleluasa secara , caranya memberi lesen judi secara halal
begi mengelakkan pembuangan bayi luar nikah berleluasa, caranya menyediakan pusat jagaan bayi anak luar nikah..

lepas ni..

bagi mengelakkan pelacuran berleluasa, apa pula caranya?

Sebuah negara yang dikatakan sebuah negara Islam yang dibangga-banggakan namun perlaksanaannya jelas sekali berlaku disebaliknya. Hampir setiap hari kita dikhabarkan dengan kes-kes pembuangan bayi yang sangat ketara. Pemasalahan yang tidak tahu bila akan titik nokhtahnya ini menjadi semakin meruncing. Sehinggakan masalah pembuangan bayi ini menjadi perkara biasa di negara kita ini. Dunia sudah maju, rakyat perlu maju. Inilah impaknya kesan daripada pudarnya penghayatan Islam di sesebuah negara.

Perkara yang luar biasa menjadi biasa apabila selalu dilakukan.

Golongan muda: biasalah..zaman mudalah kita perlu enjoy puas-puas. Nanti lepas kahwin tak boleh nak enjoy lebih-lebih lagi..
: kami tak sangka boleh jadi macam ni...tapi nak buat macam mana dah terlanjur..

Ibu bapa: Biasalah..nak buat macam mana, benda dah nak jadi. Kita tak boleh lawan takdir.

Kami prihatin....: Biasalah..remaja memang tidak boleh lari daripada sifat ingin mencuba dan mencari kepuasan dalam hidup. Usah risau kami telah sediakan tempat jagaan bagi bayi-bayi luar nikah. Bagi mereka yang terlanjur, jangan dibuang anak itu. Hantar di pusat jagaan kami, kami akan patikan kanak-kanak ini diberi kasih sayang dan perhatian disamping menjaga kebajikannya. Ibu yang termengandung boleh menjaga anak tersebut ataupun dijadikan anak angkat.

SEREMBAN 11 Feb.Jabatan Kebajikan Masyaraka t (JKM) negeri mewujudka n pusat jagaan khas untuk bayi-bayi yang tidak diinginka n atau dibuang dalam usaha menghenti kan gejala pembuanga n bayi. Pengerusi Jawatanku asa Bertindak Pembangun an Wanita Keluarga dan Masyaraka t negeri, Datuk Zainab Nasir berkata, pusat tersebut yang baru beroperas i sejak beberapa bulan lepas di sini dinamakan Rumah Sinar Harapan. "Ia bertujuan melindung i bayi-bayi yang tidak diinginka n oleh ibu bapa mereka termasuk yang berhadapa n dengan tekanan kerana pelbagai masalah seperti remaja hamil luar nikah dan sebagainy a," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Tambah beliau, kebanyaka n wanita yang hamil luar nikah terutama remaja berhadapa n dengan tekanan dan kebuntuan . Katanya, oleh kerana takut dan malu untuk berhadapa n dengan keluarga dan masyaraka t kebanyaka n mereka mengambil langkah singkat. "Pada ketika ini JKM akan tampil membantu. Kita berharap wanita terbabit akan datang bertemu kami untuk mendapatk an nasihat dan perlindun gan. "Mereka akan dilindung i dan dijaga sepenuhny a sehingga melahirka n bayi tersebut seterusny a boleh membuat pilihan untuk menjaga atau menjadika nnya anak angkat," katanya. Selain itu, kata beliau, kemudahan rumah kebajikan itu juga untuk menempatk an remaja terlanjur . "Kita mengadaka n kemudahan seperti ini bukan untuk menggalak kan anak-anak muda ini melakukan aktiviti tidak bermoral tetapi mengelakk an kes-kes pembuanga n bayi. "Banyak individu yang mengandun g luar nikah khususnya remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah lain seperti disisih keluarga dan malu, malah dibuang kerja, jadi ini fungsi rumah kebajikan tersebut iaitu melindung i mereka," katanya. Beliau pada masa sama menasihat kan ibu bapa supaya sentiasa mengawasi pergaulan anak remaja mereka agar tidak terjebak dengan pergaulan bebas.

Pelbagai riaksi yang timbul apabila kenyataan seperti di atas diutarakan. Memang tidak dinafikan setiap perkara itu pasti ada buruk dan baiknya. Tetapi jalan peneyelesaian yang singkat bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Lebih baik kita fikirkan cara untuk membanteras zina daripada kita memikirkan cara untuk menjaga hasil zina. Hal ini umpama memberi lesen hijau kepada mereka yang terlanjur.

Mereka yang terlanjur tidak lagi berasa bimbang dengan perbuatan terkutuk ini. Mereka berasa yakin setelah mereka melahirkan anak masih ada pihak yang dapat membantu mereka menjaga anak. Istilah baby hatch ini telah lama wujud. Anda boleh rujuk di wikipidea ini 'baby Hatch'.
Di Malaysia, penubuhan 'Baby Hatch' oleh sebuah NGO Orphan Care, katanya digalakkan, dengan tujuan menjaga dan memelihara bayi yang terbuang supaya tidak terbiar.

Ingatlah dan berwaspadalah, pihak gereja terutamanya sangat mengambil berat akan penjagaan kanak-kanak tanpa penjaga ini. Bagi menyalurkan dakyah mereka dan menambahkan lagi jumlah penganut mereka. Saya berani menyatakan tidak mustahil pada suatu hari nanti, pendakyah-pendakyah kristian akan mengambil anak-anak di pusat jagaan ini menjadi anak angkat. Sepertimana yang kita tahu, kebanyakan anak luar nikah juga terdiri daripada kaum melayu yakni melayu islam.

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya. Ibu bapalah yang mencorakkan agamanya jua. Sekiranya pusat jagaan tersebut tidak mengambil berat akan perkara ini, kita lihat kesannya 10 tahun akan datang. Waallahualam..

* kenyataan ini merupakan cetusan pendapat individu semata-mata. Tidak dipaksa untuk diterima

Comments