Marvi Marmara


Mavi Marmara

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“ Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam,maka dia bukanlah daripada golongan mereka (orang-orang Islam)”.


benci!!!geram!!!marah!!!...laknak yahudi!!!!
Semua perasaan ada..walauapa pun alasan mereka..yahudi memang jahat sangat2..

Lihatlah apa reaksi negara lain apabila kapal ini diserang.

Turki memberikan reaksi pantas. Duta Israel di Ankara diminta berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar. Kapal itu juga merupakan kapal Turki. Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat.

Negara kita pula lena dengan dakapan APCO. Namun begitu masih ada yang masih prihatin terhadap isu ini. Umat islam itu bersaudara. Apa mereka rasa, kita juga dapat merasainya. Inikan pula rakyat negara kita sendiri yang mengalamiya. Semoga mereka semua terselamat. Doakan mereka dan anggota yang lain.

Sememangnya "Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka." (Surah al-Baqarah ayat 120).

Freedom Flotilla diserang oleh tentera israel. Misi kemanusiaan dan untuk memberi bantuan makanan dan perubatan kepada ummat Palestin berhenti ditengah jalan akibat serangan ini. 20 orang telah meninggal dunia dan 50 orang lagi cedera. Tidak dapat bayangkan persiapan penduduk gaza untuk menyambut kedatangan Mavi Marmara ini dengan harapan dapat melahirkan semangat baru dengan bantuan untuk pendidikan, perubatan dan makanan.

Menurut Pengerusi LL4G, Zulkifli Mohd Nani, kapal Induk Marvi Marmara adalah satu daripada tujuh kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan. Ia diserang ketika menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi diketuai sebuah NGO dari Turki, iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan kapal Marvi Marmara yang dinaiki sukarelawan Malaysia diserang jam 11 pagi. Ketua misi LL4G, Noorazman ketika dihubungi sebelum ini berkata tidak ada sebatang paku pun dalam kapal itu untuk sebarang tujuan tidak baik dan misi hanya untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza tetapi Israel dalam kenyataannya menyatakan tembakan bermula daripada kapal Mavi Marmara sebelum dibalas oleh tenteranya.

Antara yang berada di atas kapal itu adalah:-

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Kita tidak mampu untuk bersama-sama mereka, namun berdoalah untuk keselamatan mereka.

Comments