Salahudin Ayubi- Penakluk Jerusalem


Nama diberi Yusof bin Najmuddin Ayyub. Dilahirkan di Tikrit (Iraq) pada tahun 543H atau 1138M. Itulah sedikit maklumat peribadi seorang penakluk Jerusalem yang bergelar Salahuddin Ayyubi.

Buku novel sejarah islam yang bertajuk Salahudin Ayubi yang dikarang oleh Abdul Latip Talib sangat sesuai untuk bacaan umum. Sejarah Salahudin sangat menarik ditulis dalam bentuk novel ini sangat menarik pembaca.

" Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia" -Salahudin bin Ayubi.

Negara Palestin yang menjadi rebutan sehingga sekarang sangat bermakna buat ummat islam seluruh dunia.

Salahudin seorang pejuang Islam yang sangat bijak dan tidak takutkan mati. Daripada menjadi seorang panglima perang kemudian menjadi Perdana Menteri kemudian menjadi Sultan Salahudin. Sultan Salahudin sangat baik hati dan bertanggungjawab. Orang-orang tua dan orang kurang upaya dijaga akan kebajikannya. Diharapkan di takluknya tiada yang tertindas.

Menggunakan strategi perang Rasulullah sebagai panduan untuk membuat keputusan dalam strategi perangnya.

" Di medan perang, Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya." -ibnu Shaddad.

Saluladin dikatakan sedemikian kerana di medan perang Salahudin bergerak dari satu tempat ke suatu tempat para tenteranya untuk memberi kata-kata semangat juang untuk teruskan semangat jihad tenteranya.

Nabi Muhammad berkata,"Barang siapa mati padahal tidak pernah berjihad atau tidak pun pernah berniat hendak berjihad maka matilah dia seperti jahiliah - Bukhari dan Muslim

Itulah sedikit sebanyak yang boleh saya ceritakan. Untuk lebih lanjut boleh dapatkan buku ini.

Comments