Bismillah..Dengan nama Allah.
Buat bakal guru dan juga semua insan yang bergelar guru di atas dunia ini. Seringkali saya fikirkan bagaimanakah ragam anak-anak didik saya akan datang. Dengan masalah gejala sosial yang bermaharajalela sekarang ini, membuat saya terfikir bagaimana saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru kelak. Jika dilihat akan peratus jumlah kelahiran anak luar nikah semakin hari semakin bertambah kini, saya bakal mendidik anak-anak murid yang berkemungkinan 50% daripadanya merupakan anak luar nikah.
Persiapan mental, fizikal dan ilmu yang secukupnya amat penting bagi menghadapi hari akan mendatang. Kesan daripada perbuatan keji dan hina remaja sekarang memberi kesan kepada anak-anak mereka yang akan membesar kelak. Anak-anak luar nikah yang semakin hari, semakin membesar sudah pasti mempunyai kekurangan dalam hidup mereka. Mereka yang tidak mempunyai bapa pasti mempunyai masalah peribadi yang tersendiri. Bermulanya alam persekolahan mereka akan bergaul dengan kanak-kanak yang lain yang mempunyai ibu bapa yang lengkap. Golongan yang tidak mempunyai bapa ini pasti mempunyai perasaan rendah diri dan mungkin akan melakukan perkara yang tidak disenangi di sekolah kelak. Terutamanya mereka yang di pusat jagaan kanak-kanak sejak kecil lagi. Perhatian yang sepenuhnya tidak mungkin diperolehi dengan baik kerana masih ramai yang lain perlu diberikan perhatian di pusat jagaan tersebut.
Oleh itu, gurulah yang memainkan peranan besar sebagi pengjaga mereka yang kedua setelah ibu ataupun bapa. Psykology kanak-kanak perlu difahami dengan sebaiknya. Sensitiviti kanak-kanak tersebut juga perlu dijaga. Jangan kita berasa pelik sekiranya banyak persoalan-persoalan yang diluar jangkaan bakal ditanya kepada guru-guru kelak. Konsep kendiri golongan ini perlu dilatih untuk bersifat positif. Masalah moral dan sikap akan dapat diubah sekiranya semua guru memainkan peranan masing-masing.
Jika dahulunya, saya pernah bertanyakan akan hal berkaitan hukum islam kepada guru subjek, jawapan yang saya perolehi adalah cikgu bukanlah ustazah, kamu tanyalah ustazah. Sekarang, sekiranya saya bercakap isu yang berkaitan agama dengan bakal guru bukan aliran agama, pasti ada yang diantara mereka menyatakan kami bukan ustazah. Tetapi bukan semua bersikap sedemikian. Daripada peristiwa ini, saya dapat membuat kesimpulan beginilah situasi sejak dahulu hingga sekarang. Guru-guru bukan agama bagaikan melepaskan bulat-bulat tugas membentuk pelajar dengan akhlak islamiyyah kepada ustazah dan ustaz di sekolah. Sedangkan semua guru dan ustazah merupakan agama islam. Tidak wajar sekiranya tugas membentuk ummah hanya digalas kepada insan bergelar ustaz dan ustazah sahaja.
Sekurang-kurang walupun bukan bergelar ustaz -ustazah, guru-guru masih boleh menyampaikan perkara-perkara mudah berkaitan islam kepada pelajar. Inilah dikatakan kesan pendidikan sekular. Agama dipisahkan daripada subjek lain sehinggakan guru-guru tidak merasakan tanggungjawab mereka membentuk akhlak ummah. Bukan hanya mengajar untuk habis silibus sahaja tetapi mendidik dengan fikrah-fikrah islam agar generasi akan datang tidak terus hanyut dibawa arus permodenan.
Walau apapun subjek yang bakal kita ajar, namun persiapkan diri dengan ilmu-ilmu akhirat yang boleh dijadikan bekalan buat anak didik kita kelak. Persiapkan diri sebaiknya, selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Segalanya telah termaktub. Ingatlah, tugas membentuk ummah bukan tugas ustaz dan ustazah sahaja tetapi ditaklifkan kepada manusia yang bergelar Islam. Sebagai khalifah dimuka bumi, sebagai pendakwah dan sebagai hamba yang mengabdikan diri kepada Allah. Jangan kita sibuk mencari keredhaan manusia sahaja, cari keredhaan Allah yang kekal selamanya.
Ayuh bangkit wahai pembentuk UMMAH. Tugas ditanganmu sangat bermakna buat ISLAM. Kerana didikan kita semua, kita bakal membentuk sebuah ummah yang kuat dan mampu mengikut landas-landas berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Tugas ini bukan hanya kepada ustazah atau guru tetapi kepada kedua-duanya sekali dan semua insan yang bergelar cikgu.
**bakal guru MATEMATIK**
Comments