we all are daie


Perjuangan itu pahit namun syurga itu sangat manis..

Perjuangan itu memerlukan pengorbanan yang sukar untuk dinyatakan namun pengorbanan itu sangat tinggi nilainya disisi Allah selari dengan niat.

Perjuangan itu kadang kala perlu dirempuh dengan pelbagai ujian dan mehnah yang tersendiri namun segala ujian itu mempunyai hikmah tersendiri.

Perjuangan itu bukan hanya perjuangan di medan perang tetapi perjuangan itu ada dalam pelbagai situasi dan keadaan yang memerlukan kita menegakkan yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan memperjuangkan syariat Islam agar ia gah berdiri kembali di muka bumi ini.

Kita bukan yang memulakan tetapi kita sebagai penyambung rantai-rantai perjuangan terdahulu.

Tiada ungkapan letih dalam perjuagan...

walaupun fizikal mengadu letih namun rohani, mental dan spritual jangan sesekali terungkap kata-kata yang melemahkan...

Ayuh kita bersatu hati elakkan persengketaan untuk menjadi suatu ikatan yang kukuh dan sukar untuk diuraikan walaupun beribu-ribu tribulasi yang melanda...

Kita akan menjadi lemah apabila berseorangan oleh itu dengan adanya ikatan hati sesama kita itulah punca kita menjadi kuat untuk terus berada di jalan-Nya

Saling mengingatilah antara satu sama lain...

kita semua insan biasa yang tidak terlepas daripada dosa-dosa...

dan ingatlah

"semua anak Adam itu bersalah & paling baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat (drpd kesalahannya)" hadith riwayat at-Tirmizi & Ibn majah.


Ukhwah fillah abadan abada...


Apa bidang kita ceburi sekali pun kita tetap seorang muslim yang wajib menyampaikan dakwah...

Tiada istilah part time muslim but we are full time muslim..remember it..we all are daie..

TIADA MASA LAGI UNTUK BERPANGKU TANGAN

AYUH KITA SAMA-SAMA MENYEMARAKKAN ISLAM DI MUKA BUMI IPG..

JANGAN KITA BANDINGKAN DENGAN MEREKA YANG BELUM TERJAGA...

BANDINGKAN KITA DENGAN PERJUANGAN-PERJUANGAN ORANG-ORANG YANG HEBAT SEBELUM KITA



"AKU ADALAH ANAK PANAH ISLAM.. CAMPAKKAN AKU KEMANA SAHAJA, NESCAYA AKU AKAN BERJUANG UNTUK ISLAM.."
-SAAD BIN ABI WAQAS-


Comments

من قال لا اله الا الله وههو داعي

salam perjuangan sahabatku.. truskan perjuangan mu wahai srikandi.. aku akan sntiasa disisimu.. takbir!!
bisikan insan said…
Allahuakbar....

syukran sahabatku..

semoga kita semua direhai dan diberkati.