Siapa tahu apa matlamat kejadian manusia dimuka bumi ini? siapa tahu angkat jari..
Allah telah memjelaskan dengan nyata tujuan kita dijadikan dengan firmanNya:

" Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu(Allah)"
Az-Dzariyaat ayat 56
Az-Dzariyaat ayat 56
Allah menjadikan kita bukan semata-mata untuk bersuka ria, kehulur kehilir tanpa ada matlamat tertentu..bukan jua untuk mencari harta sebanyak mungkin hingga tidak menyedari habisnya ke jalan mana. Allah menjadikan manusia semata-mata untuk sentiasa beribadah kepadaNya serta mengingatkanNya serta bertasbih kepadaNya pagi dan petang.
Apabila membicarakan akan soal ibadah, kebanyakannya terus terfikir dan terbayangkan perbuatan sujud dan rukuk menyembah Maha Pencipta.
Sedangkan dari segi pengertian ibadah itu sendiri daripada bahasanya bermaksud merendahkan diri, tunduk patuh dan taat. Manakala dari segi istilahnya pula bermaksud taat,tunduk dan merendah diri kepada Allah. Mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Jelasnya di sini ruang lingkup ibadah dalam Islam sangat luas, merangkumi seluruh aspek kehidupan dan seluruh anggota badan.

Ibn Taimiyyah dalam kitab al-Ubudiyyah:38 berkata,
" Ibadah ialah kata nama yang merangkumi segala sesuatu yang disukai oleh Allah S.W.T dan diredhaiNya sama ada perkataan,perbuatan yang zahir dan batin. Jesteru itu, sembahyang , zakat, puasa haji, jujur dalam kata-kata, menunaikan amanah , melakukan kebajikan kepada ibu bapa , menunaikan janji, amar makruf nahi mungkar, berjihad menentang orang-orang kafir dan munafiqin, melakukan ehsan kepada jiran tetangga, anak yatim, orang fakir miskin dan musafir juga hamba-hamba abdi dan binatang , doa , zikir, dan bacaan Al-Quran semuanya adalah ibadah."

Kita juga sejak kecil difahamkan dengan peringatan bahawa segala perbuatan yang dilakukan niat kerana Allah adalah ibadah. Perkara ini adalah hanya asas kefahaman kepada seorang muslim. Secara terangnya. Ibadah itu terbahagi kepada dua iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.
Ibadah Khusus merupakan ibadah yang telah ditetapkan caranya dan tidak harus ditokok tambah. Ia adalah perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat,puasa , zakat , haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah al-Quran , zikir dan seumpamanya.
Ibadah Umum merupakan segala perkara atau amalan selain daripada ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Termasuklah aktiviti dan amalan harian manusia dengan syarat-syarat tertentu.
Tahukah anda? Amalan kita akan menjadi ibadah apabila mengikuti syarat-syarat tersebut:
1) Amalan itu hendaklah bertepatan dengan syara' yang telah ditetapkan dalam Islam
2) Diiringi dengan niat yang soleh kerana Allah
3)Amalan tersebut mestilah dibuat dengan bersungguh-sungguh
4) ketika membuat amalan tersebut, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syara' dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak kianat, tidak menipu dan merampas hak orang lain.
5) Tidak mencuaikan ibadah-ibadah khusus seperti solat, zakat, dan sebagainya semasa melaksanakan ibadah umumi.
Ayuh sahabat-sahabat..andai kita mengikut landas dan syarat amal menjadi ibadah, tidak sia-sialah Allah menjadikan kita. Cuba bayangkan sekiranya tidur kita tidak dikira sebagai ibadah, andai umur kita 20 tahun, tempoh tidur tidak lebih daripada 10 tahun..Tidakkah itu merupakan tempoh masa yang lama. Sekiranya kita mampu membuatkan setiap saat kita bernyawa di dunia sebagai ibadah, alangkah indahnya akhirat kelak.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada pembacaan ini. Hanya Allah Maha Mengetahui..

Comments