it's about our family


"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar,yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."- Al-Tahrim : 6

Inilah antara ayat-ayat suci Al-Quran yang selalu memberi peringatan kepada saya. Peliharalah diri kalian dan KELUARGA kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

Gerun membicarakan akan azab Allah. Di luar mungkin ramai ulama', ustaz-ustazah, pendakwah bebas yang tengah bersemangat dalam memperjuangkan agama Allah ini. Namun pabila bersama keluarga kadang-kadang hujah-hujah yang hebat di luar sana tidak terkeluar dari mulut untuk disampaikan kepada ahli keluarga. Itulah realitinya. Pasti ada yang pernah mengalaminya. Tanggugjawab kita untuk menyampaikan kepada ahli keluarga adakala tidak tercapai hasratnya. Bagi golongan seperti ini, mereka pasti mempunyai sebab-sebab tertentu yang mungkin sukar untuk melepasi rintangan itu.

Suara Hati sendiri sukar untuk berlaku sedemikian. Kita semua tahu bab kata orang-orang tua dalam setandang pisang itu pasti ada yang elok dan buruknya. Inilah dikatakan dugaan dan ujian kepada kita untuk menyelesaikan masalah yang paling hampir dengan kita. Andai masalah ummat yang lebih sukar mungkin boleh diselesaikan, masalah berkaitan dalam ahli keluarga sendiri belum pasti dapat kita selesaikan.

Itulah dikatakan pentingnya berhikmah dalam memberi nasihat. Jangan putus asa dalam memberi peringatan walau telah kehabisan saliva dan kebosanan dalam mendengarnya. Asalkan kita telah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai ahli keluarga yang memberi peringatan kepada yang memerlukan. Sukar untuk dilaksanakan tetapi itulah pahitnya dalam perjuangan untuk mendapat kemanisan di akhirat kelak.

Tanggungjawab lelaki terutamanya, kalian mempunyai peranan yang sangat besar.

Andai sengaja terlepas pandang atau tidak ambil tahu akan perkara mungkar yang dilakukan oleh ANAK-ANAK KALIAN akan di soal kelak.

Andai sengaja terlepas pandang atau tidak ambil tahu akan perkara mungkar yang dilakukan oleh ISTERI-ISTERI KALIAN akan di soal esok.

Andai sengaja terlepas pandang atau tidak ambil tahu akan perkara mungkar yang dilakukan oleh IBU KALIAN jua akan di soal kelak

Andai sengaja terlepas pandang atau tidak ambil tahu akan perkara mungkar yang dilakukan oleh ADIK BERADIK PEREMPUAN jua akan di soal kelak.


Perempuan pula pandai-pandai la jaga diri. Jangan menambahkan lagi bebanan kaum lelaki ini. Takut kita akan dipersoalkan kelak akibat kita tidak menjaga ahli keluarga kita daripada bahan api neraka.

Memang betapa sukar untuk diungkapkan bagaimana susahnya untuk mendidik ahli keluarga kita. Untuk kita melihat hasil yang baik, hendaklah kitalah yang memulakan dahulu dengan menunjukkan khudwah hasanah berdasarkan akhlak-akhlak islamiyyah yang berpandukan akhlak Nabi yang juga merupakan akhlak berpandukan Al-Quran. Andai tidak mampu mencegah dengan kuasa dan lisan cukuplah dengan membenci dengan hati. Sambil itu sama-sama la kita mendidik mereka dengan perbuatan kita.

Melalui perbuatan kadangkala lebih berkesan daripada lidah

*moga dapat mengjentik hati-hati kecil pembaca insyaAllah

Comments

Popular Posts